HYDERABAD, India, 30 November 2022 /PRNewswire/ -- Kajian terkini menunjukkan koagulan Bacillus Sanzyme Biologics iaitu SNZ 1969® (koagulan Weizmannia SNZ 1969), sejenis strain probiotik yang membentuk spora secara semula jadi, didapati berkesan untuk menangani gejala penyakit IBS selepas lebih lima dekad penggunaannya dengan lebih 30 kajian ke atas manusia dijalankan di seluruh kumpulan umur. Kajian ini unik kerana ia merangkumi kedua-dua kumpulan IBS-Diarea dan IBS-Sembelit dengan bilangan subjek yang lebih besar.
Sindrom usus rengsa (IBS) ialah salah satu gangguan interaksi antara usus dengan otak yang paling biasa berlaku yang dianggarkan telah menjejaskan sekitar 11% populasi di seluruh dunia. Hasil kajian ini akan memberikan maklumat yang penting kepada pengeluar suplemen kerana ia boleh membantu menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan pengguna dalam menangani gejala penyakit IBS menggunakan strain probiotik yang dikaji secara saintifik. Beberapa faktor seperti peningkatan kebimbangan terhadap rintangan antibiotik, peningkatan permintaan pengguna terhadap pengganti ubat-ubatan secara alami serta kemunculan bukti saintifik dan klinikal yang menunjukkan keberkesanan probiotik, telah membuatkan ramai ahli profesional kesihatan mempertimbangkan probiotik sebagai alternatif kepada ubat-ubatan.
Dalam sebuah kajian rawak yang dibutakan dua kali dan dikawal plasebo, potensi probiotik SNZ 1969® telah dikaji pada subjek yang mengalami sindrom usus rengsa predominan-sembelit (IBS-C) dan sindrom usus rengsa predominan-diarea (IBS-D). Pengurangan ketara dalam skor GSRS IBS dapat dilihat dalam kedua-dua kumpulan rawatan ini berbanding kumpulan plasebo (p <0.0001). SNZ 1969® dapat diterima dengan baik dan menunjukkan pengurangan gejala klinikal berkaitan IBS yang signifikan berbanding kumpulan plasebo serta meningkatkan Kualiti Hidup pesakit IBS
Kajian ini dijalankan di Hospital Apollo di Hyderabad, India dan diterbitkan dalam International Journal of Basic & Clinical Pharmacology (Jurnal Farmakologi Asas & Klinikal Antarabangsa). https://www.ijbcp.com/index.php/ijbcp/article/view/5120
Strain yang sama telah dikaji lebih awal untuk ketidakselesaan gastrousus, motiliti usus dan sembelit berjeda dalam kalangan subjek yang sihat. Kajian ketidakselesaan gastrousus menunjukkan peningkatan dalam jumlah skor SODA, termasuk gejala-gejala khusus seperti sendawa, kembung perut, pedih hulu hati, kentut, loya, nafas berbau dan rasa masam berbanding kumpulan plasebo. Kajian motiliti usus menyimpulkan bahawa SNZ 1969® sampai ke kolon dalam bentuk yang kekal utuh dan memperbaiki motiliti usus serta komposisi mikrobiota usus.
Sanzyme Biologics telah ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai Uni-Sankyo. Sepanjang lima dekad yang lalu, Sanzyme Biologics telah mengukuhkan kedudukannya dalam penghasilan probiotik dengan membangunkan strain probiotik yang dikaji secara saintifik dan didokumentasikan dengan baik, serta mempelopori penggunaannya dalam bidang selain kesihatan manusia seperti akuakultur, veterinar, ternakan ayam itik dan biopenyembuhan. Sanzyme Biologics telah memasuki pasaran di lebih 40 buah negara.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://www.sanzymebiologics.com/ atau hubungi info@sanzymebiologics.com. Tel: +91-40-48589999
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1956162/SNZ_1969.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1956163/Sanzyme_Logo.jpg?p=medium600