omniture

Coty Inc. Peroleh Lena White Ltd.

Coty Inc.
2014-01-06 22:00 151

- Peneraju Kecantikan Global Memperkukuh Pengagihan Jenama Terkemuka, OPI

NEW YORK, 6 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Syarikat kecantikan global yang menerajui, Coty Inc. (NYSE: COTY) mengumumkan pada hari ini syarikat ini telah memeterai perjanjian bagi memperoleh Lena White Ltd. yang merupakan pengedar OPI terbesar pada peringkat antarabangsa dan juga salah satu daripada jenama terkemuka milik Coty. Sepanjang 30 tahun lalu, Lena White Ltd. telah berkhidmat sebagai pengedar OPI di UK bagi saluran kecantikan profesional dan peruncitan.

Menerusi pembelian ini, Coty akan menerajui pembangunan jenama OPI secara terus di UK, yang merupakan pasaran kedua terbesar mereka dengan menyediakan sumber yang diperlukan bagi mempercepat pertumbuhan dalam saluran peruncitan mahupun profesional, yang menerusinya Coty akan terus memanfaatkan kepakaran pengurusan mantap milik Lena White.

"Pemerolehan ini ialah langkah penting dalam mengukuhkan kedudukan OPI di Eropah," kata Michele Scannavini, Ketua Pegawai Eksekutif Coty Inc. "Strategi OPI tetap memberi tumpuan terhadap saluran berprestij dan profesional salon, serta kami menjangkakan untuk mempercepat pertumbuhannya dalam pasaran antarabangsa dengan memanfaatkan pelaburan kami dalam kedua-dua bidang. Kami mengalu-alukan kehadiran pasukan Lena White ke dalam keluarga syarikat Coty dan kami berharap dapat menyepadukan kepakaran tersendiri mereka ke dalam perniagaan kami di UK."

"Kami semua amat teruja dengan fasa peluang seterusnya untuk Lena White Ltd. dan OPI," ujar Lena White. "Pasukan pengurusan kami akan terus berusaha dalam struktur baharu ini dan kami berharap dapat menerapkan budaya Coty iaitu 'Lebih Pantas. Lebih Jauh. Lebih Bebas.'"

Latar Belakang Coty Inc.

Coty merupakan syarikat kecantikan global yang menerajui dengan pendapatan bersih sebanyak $4.6 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2013. Coty ditubuhkan di Paris pada tahun 1904 sebagai syarikat kecantikan semata-mata dengan portfolio minyak wangi terkenal, kosmetik warna dan produk penjagaan tubuh dan kulit yang dijual di lebih 130 negara dan wilayah. Tawaran produk Coty termasuklah jenama peringkat global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.

Latar Belakang Lena White Ltd.

Lena White Limited menyediakan kepakaran dalam bidang Jualan dan Pendidikan untuk jenama kuku profesional global OPI sejak 30 tahun yang lalu. Pasukan Lena White menawarkan pengalaman mendalam terhadap sektor profesional, menyampaikan sokongan pendidikan, pembarangan, jualan dan promosi secara langsung kepada Beauty & Nail Professional. Pasukan Seluruh Negara kami hadir dengan pengetahuan mendalam berkenaan industri ini dan pakar dalam produk OPI bagi memastikan para pelanggan kami peka terhadap rawatan, arah aliran dan inovasi produk terkini.

Source: Coty Inc.
Related Stocks:
NYSE:COTY
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Acquisitions, mergers, takeovers