omniture

Jermyn St, St James's akan Mempamerkan Aksesori Lelaki Terbaik Semasa London Collections: Men

The Crown Estate, St James's
2014-01-07 07:00 122

LONDON, 7 Januari 2014  /PRNewswire/ --

Buat julung kalinya London Collections: Men akan menganjurkan pameran baharu bagi aksesori lelaki British terbaik di Fortnum & Mason, yang berpusat di Jermyn Street, St James's yang bersejarah pada 8 Januari.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130107/662705-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130107/662705-b)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130107/662705-c)

Dengan kerjasama The Crown Estate, pameran tersebut akan memaparkan koleksi yang dikelolakan dengan teliti bagi pakaian lelaki yang paling ikonik dan diiktiraf, lalu menonjolkan kecemerlangan dan gaya yang boleh didapati di Jermyn Street St James's. Jenama lain yang turut mengambil bahagian ialah Budd, Tricker's dan Lock & Co yang tidak asing lagi di St James's serta jenama baharu iaitu Emma Willis, Emmett dan Barbour.

Jermyn Street St James's merupakan bahagian tersendiri yang membentuk West End London yang bergaya dengan warisan kebagusan luar biasa serta koleksi yang tiada tandingan bagi kedai pakaian lelaki, pembuat kemeja, dandanan mewah serta pakar pakaian lelaki yang istimewa. Kawasan yang diiktiraf selama berabad lamanya sebagai gedung koleksi pakaian lelaki, jalan di St. James amat bersinonim dengan keanggunan, ketukangan dan kecanggihan yang teliti. Kehalusannya telah membantu menggayakan lelaki British dengan gaya yang tidak lapuk dek zaman. Dylan Jones, Pengerusi London Collections: Men mengulas, "St. James's adalah amat penting bagi perkembangan pakaian lelaki di London serta salah satu pusat yang paling berpengaruh dengan kecemerlangannya di ibu negara ini."

Bagi memberi sokongan dan menggalakkan pertumbuhan tradisi yang kaya ini, The Crown Estate telah memulakan program pelaburan yang bernilai £500 juta yang memberi tumpuan terhadap St James's untuk memelihara warisan tersendiri kawasan ini di samping mempertingkatkan reputasinya sebagai destinasi menjamu selera dan peruncit yang bertaraf dunia. James Cooksey, Ketua Portfolio Serantau dan Portfolio St James's The Crown Estate mengulas, "The Crown Estate memberi komitmen untuk memperhalus dan mempertingkatkan St James's yang mencerminkan warisan tersendirinya serta bagi memenuhi keperluan penghuni, pelawat dan penduduk pada abad ke 21, menggalakkan campuran tersendiri perniagaan yang dikendalikan oleh keluarga serta kedai utama yang membawakan gaya moden dan terkini. Jermyn Street dan St James's akan terus memberi tumpuan terhadap pakaian lelaki yang ditempah – warisan yang perlu digalakkan dan ditingkatkan untuk terus maju ke hadapan."

Berikutan Pameran tersebut, para tetamu dapat melawat Jermyn Street St James's, meninjau jenama tempatan bagi merasai sendiri kecemerlangan kebagusan selama 400 tahun serta melihat perancangan masa depan pemakaian kemas bagi lelaki.

Nick Brooke, Ketua Pegawai Eksekutif bagi jenama Sunspel yang mengambil bahagian dan baru muncul di kawasan ini mengulas, "Jermyn Street merupakan salah satu daripada jalanan membeli-belah yang terkenal dan dipandang tinggi di dunia bagi pakaian lelaki dan kami merasakan Sunspel perlu menjadi sebahagian daripadanya. Kami merupakan jenama yang menerajui bagi asas kemewahan lelaki dan dengan warisan kami yang kaya ini, saya percaya kami mampu menjadi sebahagian daripada St James's dengan sesuai pada hari ini."

Turnbull & Asser yang merupakan penghuni lama Jermyn Street akan turut mengambil bahagian dalam persembahan tersebut. Nigel Blow, Pengarah Urusannya berkata, "Kebangkitan semula bagi kualiti dan ketukangan dalam pemakaian telah menarik perhatian terhadap kawasan ini. Jermyn Street dan St James's adalah amat penting untuk masa depan pakaian lelaki British dan telah sekian lama menjadi penting untuk pembangunan London sebagai ibu negeri bagi pakaian lelaki."

The Crown Estate:

The Crown Estate menguruskan perniagaan hartanah yang pelbagai bernilai £8.6 bilion. Pendapatan lebihan (keuntungan) organisasi ini akan terus disalurkan ke dalam Perbendaharaan bagi manfaat negara pada setiap tahun: pada 2012/13 jumlahnya adalah sebanyak £252.6 juta. Dalam tempoh lebih sepuluh tahun, The Crown Estate telah membayar lebih £2 bilion kepada Perbendaharaan.

The Crown Estate memiliki hampir 50% bangunan di St James's dan kawasan tersebut merupakan sebahagian daripada fabrik teras portfolio bandarnya. Portfolio itu kini merupakan tumpuan rancangan pelaburan sebanyak £500 juta. Pendekatan kami dibantu oleh strategi yang jelas dan bermatlamat untuk mempertingkatkan dan memperhalus St James's dengan peka dan teliti serta bagi jangka panjang. Pelaburan ini akan meningkatkan perpaduan pemegangan kami di samping memelihara masa depan St James's sebagai bidang tersendiri dalam pasaran pejabat West End serta sebagai destinasi terkenal dunia bagi kedai dan restoran.

Ikuti kami di Twitter:

@_StJamesLondon dan #JermynSTJames

Source: The Crown Estate, St James's
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Textiles Trade show news