SAN FRANCISCO, 30 November 2022 /PRNewswire/ -- IDEO, sebuah syarikat reka bentuk dan inovasi global, hari ini mengumumkan bahawa Derek Robson telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkuat kuasa pada 5 Januari 2023.
Robson sebelum ini merupakan Rakan Kongsi Pengurusan kepada agensi pengiklanan perkhidmatan penuh, Goodby Silverstein & Partners (GS&P), sejak tahun 2006 dan memegang jawatan Presiden sejak tahun 2017. Beliau telah memimpin syarikat tersebut sehingga mencapai pertumbuhan besar-besaran, menempuhi satu tempoh kewangan yang mencabar serta melakukan pembaharuan yang menyaksikan firma tersebut dinobatkan sebagai Agensi Kemunculan Semula Tahun Ini (Comeback Agency of the Year) oleh Ad Age pada tahun 2018. Pada tahun lalu, Fast Company telah menganugerahkan syarikat tersebut dengan gelaran Agensi Paling Inovatif dan Syarikat ke-36 Paling Inovatif di Dunia.
"Apa yang membuatkan saya tertarik kepada IDEO bukan sahaja tahap kreativiti firma ini yang begitu mendalam, malah impiannya yang tinggi," kata Derek Robson. "Penambahbaikan secara beransur-ansur ini bukan sahaja melibatkan usaha yang jitu dengan pelanggan yang berani dan berwawasan atau pun reka bentuk yang digunakan. Malah IDEO juga berhasrat untuk melakukan perubahan positif melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat lain pada skala besar, semua orang ingin mengubah dunia, bukan?"
Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Interim, Paul Bennett dan Tim Brown, akan berkhidmat sebagai Pengerusi Bersama. Bennett dan Brown juga akan terus memegang jawatan semasa masing-masing iaitu sebagai Ketua Pegawai Kreatif dan Naib Pengerusi Kolektif IDEO.
"Kami bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang calon yang berkaliber dan bertaraf dunia semasa menjalankan pencarian Ketua Pegawai Eksekutif kami yang seterusnya serta mengucapkan terima kasih kepada mereka atas segala maklumat yang diberikan kepada kami," kata Tim Brown. "Kami berpendapat bahawa gabungan antara kualiti dengan pengalaman kepemimpinan dalam diri Derek yang sukar ditemui bakal mendorong IDEO ke fasa seterusnya. Saya gembira kerana mempunyai peluang untuk bekerja bersama-sama."
"Sejak kami mula-mula bertemu Derek, kami percaya beliau merupakan seorang pemimpin yang memahami bagaimana untuk memupuk budaya yang dapat meningkatkan kreativiti ke tahap tertinggi. Keupayaan ini, disertai dengan kerendahan hati dan keazaman untuk mendengar pendapat orang lain, adalah antara ciri-ciri yang harus dimiliki oleh para pemimpin hebat hari ini," tambah Paul Bennett."Saya berasa sungguh teruja dengan penyertaan beliau ke dalam syarkat kami pada saat-saat yang penting sebegini."
Tentang IDEO
IDEO ialah sebuah syarikat reka bentuk global yang komited untuk mencipta kesan positif melalui reka bentuk berasaskan manusia. Kami bekerjasama dengan pelanggan kami untuk menangani cabaran yang kompleks termasuk mengendalikan perubahan iklim serta memeterai usaha sama baharu untuk membantu menjadikan organisasi lebih berdaya saing.
Tentang Derek Robson
Derek memulakan kerjaya beliau di Ogilvy & Mather Direct di London. Beliau berpindah ke Ogilvy & Mather dan kemudian ke Bartle Bogle Hegarty (BBH), di mana beliau membina kerjaya selama 13 tahun dengan memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Pengarah Urusan syarikat. Di bawah kepemimpinan beliau, BBH memenangi anugerah Agensi Terbaik Tahun Ini daripada majalah Campaign. Pada tahun 2004, Derek telah dipilih antara 40 orang lelaki paling berpengaruh bawah umur 40 tahun oleh majalah Esquire di UK.
Derek menyertai Goodby Silverstein & Partners (GS&P) pada tahun 2006 sebagai Rakan Kongsi Pengurusan dan telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 2017. Beliau bertanggungjawab terhadap fungsi strategik dan pengeluaran serta operasi komersial dan kewangan GS&P.
Sepanjang perkhidmatan beliau, Derek telah bekerjasama dengan pelanggan utama, membawa tawaran perkhidmatan baharu yang berjaya ke pasaran dan mengetuai pelbagai pencapaian perniagaan baharu agensi ini. Di bawah arahan dan seliaan beliau, agensi ini telah menjadi peneraju industri yang berjaya merapatkan jurang jantina dalam hal ehwal kepemimpinan serta menerima pelbagai anugerah daripada Adweek, Ad Age, Cannes dan Fast Company. Bagi menangani jurang bakat yang pelbagai serta bertindak berdasarkan kepercayaan bahawa semua bakat kreatif mempunyai peluang yang sama untuk mengasah bakat mereka menjadi pengiklan yang kreatif dan profesional, Derek membantu mengasaskan sebuah sekolah latihan pengiklanan dalaman secara percuma.
Derek telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua orang anak perempuan. Pada waktu lapang, beliau meluangkan masa menyokong Derby County Football Club, menonton pasukan kriket Inggeris dari jauh dan berlari jarak jauh secara perlahan-lahan.
Hubungan Media:
Megan Dawe
Edelman, bagi pihak IDEO
T: 585-305-5647
E-mel: megan.dawe@edelman.com
Atau melalui media@ideo.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1957020/Robson_Derek_5943.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1957019/IDEO_LOGO_FINAL_Logo.jpg?p=medium600