omniture

PARK PLACE TECHNOLOGIES MELANTIK HYUNE SEBAGAI PRESIDEN JUALAN DAN PEMASARAN & KETUA KAKITANGAN

Park Place Technologies
2022-11-30 22:06

Hyune Hand membawa pengalaman selama hampir 30 tahun dalam bidang teknologi dan maklumat data korporat. 

CLEVELAND, 30 November 2022 /PRNewswire/ -- Park Place Technologies, firma pengoptimuman rangkaian dan pusat data global terkemuka, telah melantik Hyune Hand sebagai Presiden Jualan dan Pemasaran serta Ketua Kakitangan. Hand membawa lebih 27 tahun pengalaman yang luas dalam bidang teknologi dan maklumat data korporat. Beliau telah berjaya melaksanakan beberapa model perniagaan yang berbeza, termasuk pengurusan identiti, kandungan pengimejan dan kandungan data. Fasih berbahasa Inggeris, Korea dan Portugis, Hand mempunyai pengalaman mengurus perniagaan yang tersebar luas di seluruh dunia dan beroperasi secara intensif di lebih 100 buah negara.


Sebagai Presiden Jualan dan Pemasaran merangkap Ketua Kakitangan, tanggungjawab utama Hyune termasuk memacu pertumbuhan strategik fungsi Jualan dan Pemasaran Park Place serta bekerjasama rapat dengan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Chris Adams, sebagai Ketua Kakitangan yang akan memacu projek-projek penting lain bagi syarikat tersebut.

"Kejayaan Hyune yang terbukti -- dalam mengurus portfolio pelanggan, mengekalkan pangkalan pemasangan dan menyusun strategi pertumbuhan pendapatan - memberikan kami keyakinan penuh tentang masa depan beliau di Park Place," kata Adams. "Hyune menambah set kemahiran dan dinamik kepimpinan yang mengagumkan kepada barisan pucuk pimpinan kami. Dengan latar belakang dan bakat beliau yang mengagumkan, Hyune akan menerajui misi kami untuk menjadi firma pengoptimuman rangkaian dan pusat data yang unggul di dunia."

Sejak tahun 2019, Hyune telah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Penglibatan Pelanggan untuk Neustar, iaitu sebuah anak syarikat Transunion. Di Neustar, tanggungjawab beliau merangkumi Mengeratkan hubungan pelanggan melalui hubungan jangka panjang, mengurangkan gangguan dan memacu peningkatan pendapatan.

Hand berkata beliau teruja untuk menyertai Park Place ketika syarikat tersebut meneruskan teraju, inovasi dan tumpuannya terhadap pengalaman pelanggan.

"Saya berasa rendah diri dan berbesar hati kerana diberikan peluang dan peranan yang luar biasa di Park Place," kata beliau. "Saya membawa bersama pengalaman operasi dan disiplin pelanggan untuk memberikan perkhidmatan kepada pasukan dan pelanggan kami. Saya turut membawa semangat yang jitu untuk berjaya agar kami dapat berkolaborasi dan bekerjasama dengan pasukan yang ada untuk menyingkap potensi kami secara optimum dan membentuk pelan strategik secara kolektif yang akan menggalakkan pertumbuhan global PPT. Saya teruja untuk menyelami budaya Park Place dan menyumbang kepada kejayaan pelanggan dan inovasi syarikat."

Hand juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Agility Recovery Solutions serta merupakan Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Bahagian Komersial DigitalGlobe Inc. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Grove City College di Pennsylvania.

Tentang Park Place Technologies

Park Place Technologies ialah sebuah firma pengoptimuman rangkaian dan pusat data global. Dikuasakan oleh pasukan kejuruteraan di lapangan yang terbesar di dunia, sekumpulan jurutera canggih yang mantap dan Pusat Operasi Perusahaan kami yang beroperasi sepanjang masa dengan kakitangan yang mencukupi, kami menawarkan portfolio penyelesaian IT yang kukuh untuk mengoptimumkan Waktu Operasi serta prestasi rangkaian dan pusat data. Perkhidmatan yang kami berikan termasuk penyelenggaraan perkakasan pusat data pihak ketiga, perkhidmatan profesional, perkhidmatan infrastruktur terurus, pemantauan prestasi rangkaian dan jualan perkakasan. Melalui pendekatan DMSO (Discover, Monitor, Support, Optimize) kami yang unik dan bersepadu sepenuhnya, para pelanggan dapat menikmati pemantauan dan pengurusan infrastruktur yang diperkemas, menjimatkan kos, kurang bercelaru dengan tempoh penyelesaian masalah yang lebih pantas – sekali gus memberikan kebebasan untuk berfikir dengan lebih baik. Perkhidmatan Park Place yang terkemuka dalam industri dan memenangi anugerah termasuk Park Place Hardware Maintenance™, Park Place Professional Services™, ParkView Managed Services™, Entuity Software™ dan jualan Curvature Hardware. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.parkplacetechnologies.com. Park Place ialah sebuah syarikat portfolio Charlesbank Capital Partners dan GTCR.

Hubungan Media Park Place Technologies 

Jennifer Deutsch | Ketua Pegawai Pemasaran

Talian Utama 877-778-8707 | Talian Terus 440-991-3105


Michael Miller | Pengarah Komunikasi Global

Talian Utama 877-778-8707 | Talian Terus 734-945-6359

 

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1956919/Hyune_Hand.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/512023/Park_Place_Technologies_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Park Place Technologies
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Personnel announcements Women-related news Data Analytics