-- Huawei melancarkan telefon pintar 6.1 inci baharu di CES 2014
LAS VEGAS, 7 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang menerajui, hari ini melancarkan HUAWEI Ascend Mate2 4G di Pertunjukan Elektronik Pengguna 2014 (CES). Telefon pintar 4G dibolehkan LTE ini merupakan peranti hebat baharu Huawei yang memberikan kepada para pengguna di seluruh dunia kuasa yang lebih dan skrin yang lebih besar untuk memanfaatkan setiap peluang yang muncul. Dengan skrin IPS 6.1 inci, bateri 4050 mAh[1] yang tahan lama dan kamera hadapan 5 megapiksel, HUAWEI Ascend Mate2 4G amat sesuai bagi menikmati lebih hiburan tanpa henti dan mempunyai kuasa yang mencukupi bagi menonton enam filem yang dimuat turun atau mendengar muzik sehingga 100 jam dengan hanya sekali pengecasan.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140106/HK39905 )
"Dengan HUAWEI Ascend Mate2 4G, kami membawakan kelebihan dan kemudahan bagi sambungan yang amat pantas kepada setiap individu di mana-mana sahaja," kata Colin Giles, Timbalan Presiden Eksekutif, Huawei Consumer Business Group. "HUAWEI Ascend Mate2 4G padat dengan kuasa bagi generasi mudah alih yang mahukan hiburan tanpa henti di mana-mana sahaja seperti kemampuan menangkap foto dan memuat naik album foto dalam sekelip mata atau menggunakan telefon pintar sebagai pejabat mudah alih mereka."
HUAWEI Ascend Mate2 4G mempunyai pemproses 1.6 GHz empat teras yang berkuasa berserta bateri 4050 mAh yang tahan lama bagi membolehkan pelayaran web dilakukan selama separuh hari dengan sekali pengecasan. Telefon pintar ini juga hadir dengan teknologi penjimatan kuasa tersendiri yang memperbaiki prestasi sebanyak lebih 30% berbanding telefon pintar lain yang setanding dengannya. HUAWEI Ascend Mate2 4G adalah senipis 9.5mm dan bentuknya yang bergaya serta sarung ergonomiknya menjadikannya selesa untuk dipegang.
HUAWEI Ascend Mate2 4G juga hadir dengan proprietari Huawei Emotion UI 2.0.[2] Antara muka pengguna yang intuitif memaparkan One-Hand UI Huawei yang membolehkan pengendalian satu tangan, yang dijadikan lebih mudah dengan nisbah skrin kepada badan HUAWEI Ascend Mate2 4G sebanyak 79%. Fungsi Floating Window memberikan akses kepada nota, mesej, kalendar dan kalkulator untuk pengguna berbilang tugas pada bila-bila masa dan Simple UI Huawei memudahkan penyesuaian mudah, yang sesuai untuk pengguna yang ingin mengekalkan skrin utama yang ringkas. Bagi memastikan penggunaan yang selesa pada setiap masa, fungsi Gloves Mode telefon pintar ini menyokong penggunaan ketika menggunakan sarung tangan dan Driving Mode membolehkan pengaktifan suara dilakukan ketika sedang memandu.
Dengan saiz yang berukuran 6.1 inci, skrin besar HUAWEI Ascend Mate2 4G adalah ideal bagi melihat dokumen, menonton filem atau melihat gambar. Foto boleh ditangkap dan dilihat secara spontan dengan kamera belakang BSI 13 megapiksel HUAWEI Ascend Mate2 4G dengan apertur 2.0, yang menghasilkan foto yang jelas dan berkualiti profesional bagi apa jua keadaan. Pusingkan telefon pintar ini dan kamera hadapan 5 megapiksel HUAWEI Ascend Mate2 4G dengan panorama vertikal dan Auto Face Enhancement menambahkan keluasan gambar bagi menghasilkan pengalaman peribadi yang menyeronokkan.
Bagi mengikuti perkembangan gaya hidup sepanjang masa pada masa kini, HUAWEI Ascend Mate2 4G menawarkan sambungan yang sentiasa ada. Sama ada anda berada di meja, sedang memandu atau di rumah, sambungan pantas LTE Cat4 HUAWEI Ascend Mate2 4G membolehkan muat turun filem dengan pantas atau memuat naik fail kerja dengan sekelip mata dengan kelajuan sehingga 150 Mbps. HUAWEI Ascend Mate2 4G menawarkan sokongan penuh dengan rangkaian pilihan sambungan yang termasuk WiFi dan Bluetooth 4.0.
Bagi menambahkan lebih warna dan keseronokan kepada HUAWEI Ascend Mate2 4G, aksesori tambahan boleh didapati untuk pembelian, termasuklah fon telinga Bluetooth, penutup selak bergaya dan pek bateri luaran berwarna-warni.
[1] Bagi rujukan sahaja, saiz bateri sebenar mungkin berbeza mengikut kawasan.
[2] Bagi rujukan sahaja, versi antara muka pengguna mungkin berbeza mengikut kawasan.
Latar Belakang Huawei Consumer Business Group
Pada penghujung tahun 2012, produk dan perkhidmatan Huawei telah dibawakan ke lebih 140 negara, untuk berkhidmat kepada lebih satu pertiga daripada populasi dunia. Huawei juga turut menubuhkan lebih 16 pusat penyelidikan dan pembangunan di serata dunia di negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Rusia, India dan China. Salah satu daripada tiga kumpulan perniagaan Huawei, Huawei Consumer Business Group (BG) menyediakan rangkaian produk termasuk peranti jalur lebar mudah alih (MBB), peranti di rumah, telefon bimbit dan perkhidmatan awan. Sebagai syarikat yang masih baharu dan progresif, Huawei Consumer BG telah menduduki tempat ketiga dalam penghantaran telefon pintar global pada suku tahun ketiga tahun 2013. Huawei Consumer BG amat komited bagi memungkinkan apa yang mustahil, memperkaya kehidupan setiap individu menerusi komunikasi dan membawakan manfaat dan keriangan teknologi kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia.
Bagi maklumat lanjut, layari Huawei Consumer BG secara dalam talian: consumer.huawei.com/en/
Bagi kemas kini yang tetap berkenaan Huawei Consumer BG, ikuti kami di:
Facebook: facebook.com/huaweidevice
Twitter: twitter.com/HuaweiDevice
Google+: plus.google.com/+HuaweiDevice
YouTube: youtube.com/user/HuaweiDeviceCo
Flickr: flickr.com/photos/huaweidevice