HWACHEON, Korea Selatan, 7 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Ribuan pengunjung telah memenuhi sungai beku sepanjang hujung minggu bagi menikmati aktiviti memancing di dalam ais pada pesta kebudayaan yang diadakan di bandar di bahagian utara Hwacheon, kata jawatankuasa penganjur pesta tersebut pada hari Isnin.
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140106/8521400040 )
Lebih 240,000 pengunjung telah menghadiri Pesta Ais Hwacheon Sancheoneo 2014 bermula pada 4 hingga 5 Januari bagi hujung minggu pertama pembukaannya, kata jawatankuasa penganjur dan pegawai daerah Hwacheon.
Pesta ais tahunan ini dijadualkan berlangsung pada 4 hingga 26 Januari di bandar Wilayah Gangwon yang terletak kira-kira 118 kilometer di bahagian utara Seoul, dengan menawarkan 60 program berbeza termasuk memancing di dalam ais dan menaiki kereta geluncur ais.
Ahli jawatankuasa berkata acara tersebut berjaya menarik seramai 130,000 pengunjung pada hari Sabtu lalu ketika berlangsungnya majlis pembukaan, diikuti seramai 110,000 pengunjung pada hari berikutnya.
Para pengunjung pesta ini memenuhi kira-kira 12,000 lubang yang digerudi pada sungai berais dengan ketebalan 25 cm bagi aktiviti memancing di dalam ais untuk menangkap sancheoneo iaitu sejenis ikan trout gunung.
Tiket bagi aktiviti memancing di dalam ais yang merupakan tarikan utama pesta berkenaan telah habis dijual dalam tempoh tiga jam pertama, menurut jawatankuasa penganjur.
Kebanyakan pengunjung turut berkumpul bagi mengambil bahagian dalam aktiviti musim sejuk seperti menaiki kereta geluncur ais dan meneroka istana ais setinggi 100 meter, tambahnya.
Pesta Hwacheon Sancheoneo telah menarik seramai 1 juta pengunjung pada setiap tahun dan pesta ini dijangka akan mengatasi jumlah pengunjungnya sekali lagi pada tahun ini, menurut pegawai daerah.
Ia dinamakan sebagai pesta tempatan terbaik bagi empat tahun berturut-turut oleh kementerian kebudayaan.
Pesta ini akan ditutup pada 26 Januari dengan majlis penutupan pada jam 6 petang (TAMAT)
Perhubungan Media
An gyu-jeong
+82-33-440-2227
a4891@korea.kr
SUMBER: Foundation NARA