omniture

Xinhua Silk Road: 111 perjanjian melibatkan RMB135.28 bln ditandatangani di persidangan industri bahan baharu diadakan di Bengbu, Anhui

Xinhua Silk Road
2022-12-01 08:39 130

BEIJING, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Sejumlah 111 perjanjian projek dalam bidang-bidang industri bahan baharu telah ditandatangani semasa Persidangan Industri Bahan Baharu Antarabangsa (INMIC) kedua yang bermula di Bandar Bengbu, Wilayah Anhui, timur China pada hari Sabtu dengan jumlah pelaburan sebanyak 135.28 bilion yuan.

Foto menunjukkan majlis penandatanganan INMIC ke-2 (Foto disediakan untuk Xinhua, diambil oleh Chen Ang)
Foto menunjukkan majlis penandatanganan INMIC ke-2 (Foto disediakan untuk Xinhua, diambil oleh Chen Ang)

Wang Qingxian, gabenor Wilayah Anhui, berkata bahawa Anhui telah meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap pembangunan industri bahan baharu sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan memasukkannya ke dalam senarai sepuluh industri baru muncul teratas wilayah berkenaan dalam tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-14.

Menjadikan persidangan ini sebagai satu peluang, Anhui akan menggalakkan lagi kerjasama domestik dan antarabangsa dalam bidang bahan baharu dan menggalakkan penyelarasan menegak dan mendatar industri bahan baharu serta mengintegrasikan secara mendalam rantaian inovasi, rantaian perindustrian, rantaian modal serta rantaian bakat, menurut Wang.

Aktiviti-aktiviti seperti promosi perniagaan, demonstrasi pencapaian dan majlis penandatanganan projek telahpun diadakan semasa persidangan tersebut. Sekelompok pencapaian inovasi dan keperluan inovasi dalam bidang industri bahan baharu di Anhui telah dipamerkan.

Ketika ini, industri bahan baharu telah menjadi hala tuju transformasi utama dan penaiktarafan Bandar Bengbu. Bandar tersebut memfokuskan kepada penggunaan bahan baharu, membangunkan bahan baharu berasaskan silikon dan berasaskan bio serta pembuatan peralatan canggih dengan bersungguh-sungguh.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/331384.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Mining/Metals Publishing/Information Service Trade show news