omniture

Forum Warga Global menyampaikan Sidang Kemuncak imersif pertama seumpamanya di Ras Al Khaimah, UAE yang bermatlamat untuk mendorong perkembangan budaya secara kolektif demi menjadikan dunia yang lebih inklusif

Global Citizen Forum
2022-12-01 19:50 0

Lebih 650 orang tetamu dari lebih 90 buah negara telah menghadiri acara imersif selama dua hari ini

"Kita boleh bersama-sama mengubah dunia" – Ricky Martin

GALERI MEDIA SIDANG KEMUNCAK TAHUNAN FORUM WARGA GLOBAL  

RAS AL KHAIMAH, UAE, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Dianjurkan di bawah naungan Yang Amat Mulia Sheikh Saud bin Saqr Al Qasimi, Ahli Majlis Tertinggi UAE yang juga Pemerintah Ras Al Khaimah serta melalui kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Pelancongan Ras Al Khaimah (RAKTDA), Sidang Kemuncak Tahunan Forum Warga Global (GCF) telah menerima kedatangan lebih 650 orang penceramah dan tetamu yang datang dari lebih 90 buah negara.

Armand Arton, Global Citizen Forum

 

Sidang Kemuncak Tahunan Forum Warga Global 2022 ini telah menghimpunkan pelbagai kumpulan hadirin untuk fasa pertamanya daripada trilogi 'The Butterfly Effect' (Kesan Rama-rama) di Ras Al Khaimah yang bertemakan Metamorfosis Manusia – mengakui anjakan paradigma era baharu yang dibawa oleh evolusi individu dan budaya.  

Kesalinghubungan manusia, komuniti dan pembangunan peribadi merupakan mesej yang meliputi acara selama dua hari yang sarat dengan tindakan ini di mana para hadirin berkumpul untuk memulakan perjalanan penemuan diri bagi menangani isu-isu dunia secara kolaboratif melalui lensa kewarganegaraan global.

Armand Arton, Pengasas Forum Warga Global mengulas tentang kepentingan tema ini dalam ucapan pembukaannya pada hari pertama Sidang Kemuncak tersebut dengan berkongsi: "Ramai di antara kita di sini telah melakukan perjalanan yang hebat – secara harfiah dan juga metafora. Kita telah mengelilingi planet ini berkali-kali untuk sampai sehingga ke tahap ini serta telah membantu menghimpunkan kumpulan manusia yang istimewa ini. Menjadi warga global tidak bermakna bahawa kita merupakan warganegara yang tidak mempunyai negara tertentu, […] ia bermakna kita adalah warganegara walau di mana sahaja kita berada, tanpa melupakan dari mana kita bermula – ini merupakan tugas kita, ini adalah tujuan kita."

Arton turut berkongsi: "Cabaran dan peluang yang ada di dunia pada hari ini adalah saling berhubung kait dan kunci untuk mengungkap potensi manusia yang kita miliki adalah melalui kuasa kerjasama dan komuniti. Jika kita boleh membayangkan sebuah dunia yang baharu – kita juga boleh mewujudkannya bersama-sama."

Para penceramah di sepanjang acara selama dua hari ini menyeru agar memperbaharui semula fokus terhadap perkembangan diri dan hubungan manusia untuk memperkasakan kemanusiaan bagi mencapai kejayaan dalam dunia kita yang sentiasa berubah. Para hadirin telah menyertai sesi interaktif dan pengalaman imersif yang diterajui oleh para pemimpin berwawasan dan pembuat perubahan global seperti Ricky Martin, Deepak Chopra, Richard Quest, Vishen Lakhiani, Karen Wazen, Chris Voss dan Wyclef Jean.

Dalam ucaptama beliau yang hebat di atas pentas tepi pantai, bintang handalan dan aktivis kemanusiaan global, Ricky Martin berkongsi: "Kita mesti menyesuaikan dan mengubah komuniti kita semasa berlakunya krisis kerana kita akan menjadi lebih kuat jika kita menempuhinya bersama-sama. Mewujudkan keterangkuman adalah inti patinya. Mewujudkan keadaan yang saksama dalam rangka kerja penerimaan dan menghormati keperibadian adalah satu-satunya laluan yang membawa kita lebih dekat kepada pemikiran yang sama dan kemakmuran yang berpanjangan."

Selain daripada acara program minda-jasmani-rohani yang interaktif serta sebuah majlis Gala pengumpulan dana bagi membantu UNHCR, Ricky Martin Foundation dan Global Gift Foundation, Sidang Kemuncak ini turut berusaha untuk memainkan peranannya dari perspektif alam sekitar dengan menanam 700,000 batang pokok di Amazon Brazil bagi mengimbangi pelepasan karbon.

Dihoskan oleh bintang realiti Sara Al Madani dan Kris Fade, tetamu terkenal yang menghadiri majlis Gala Warga Global yang dipenuhi barisan bintang terkenal ini termasuklah Huda dan Mona Kattan, Pengasas Huda Beaty; Caroline Scheufele, Presiden Bersama Chopard; Bobby Sager, jurugambar terkenal yang juga aktivis kemanusiaan; serta menampilkan persembahan yang menakjubkan daripada pemuzik yang telah Memenangi Anugerah Grammy iaitu Ashanti dan Wyclef Jean.

"Secara keseluruhannya, meraikan keadaan huru-hara sebagai tenaga suci untuk permulaan baharu menjadi inti pati sidang kemuncak tersebut," kata Ketua Pegawai Eksekutif Forum Warga Global, Talimka Yordanova. "Kami mengalu-alukan kedatangan para peserta dalam perjalanan penemuan diri demi membangkitkan kesedaran kolektif kami dan membawa perubahan yang kami ingin saksikan dalam dunia ini."

Dalam 22 buah sesi imersif dan interaktif tersebut yang dipenuhi dengan hadirin yang ramai telah mengungkap keajaiban dan peluang yang terdapat dalam keadaan huru-hara — daripada pemimpin pemikir global termasuk Perdana Menteri, Antigua dan Barbuda, Yang Berhormat Gaston Browne; Pelakon, Penerbit dan Penyampai audio siar La Magia del Caos, Aislinn Derbez; Pakar Ekonomi, Nouriel Roubini; Ahli Parlimen Eropah, Elena Yoncheva; Penasihat Kanan dan Wakil Negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), UNHCR, Khaled Khalifa; serta Naib Presiden dan Pesuruhjaya untuk Mempromosikan Cara Hidup Eropah, Suruhanjaya Eropah, Margaritis Schinas.

"Ia benar-benar memberi inspirasi untuk mengalu-alukan kedatangan tokoh-tokoh pemikir utama ke Ras Al Khaimah dan menjadi sebahagian daripada acara penting ini yang membantu membentuk masa depan untuk generasi seterusnya. Dengan visi untuk menjadi peneraju serantau dalam pelancongan lestari menjelang tahun 2025, kami berhasrat untuk memupuk industri yang lestari dari segi ekonomi, alam sekitar dan sosial yang menyokong kualiti kehidupan rakyat kami," ulas Raki Phillips, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Pelancongan Ras Al Khaimah.

Forum Warga Global ini telah ditubuhkan pada tahun 2013 sebagai sebuah platform tindakan sosial yang dibangunkan berlandaskan komitmen komuniti para pemimpin untuk meningkatkan keadaan kewarganegaraan global bagi generasi akan datang. Para pemimpin ini terikat dengan kepercayaan bersama bahawa kewarganegaraan bermaksud kebebasan, perwakilan, kesaksamaan, malah termasuk tanggungjawab, kelestarian dan kesan.

Pada masa akan datang — perancangan untuk fasa kedua 'The Butterfly Effect' telah pun dijalankan, dengan fokus yang mendalam untuk menggalakkan perbincangan tentang bagaimana dunia secara kolektif dapat membawa perubahan global dan memperkasakan inisiatif yang menghubungkan dialog dengan tindakan.

Ricky Martin menyimpulkan: "Bagi mencapai keamanan, kita mesti mengubah diri kita dan melalui metamorfosis kita sendiri terlebih dahulu… Kita boleh bersama-sama mengubah dunia."

Ikuti perkembangan terkini Forum Warga Global melalui 

www.globalcitizenforum.org  |  Facebook  |  Twitter  |  Instagram  |  Linkedin  |  YouTube  

#GCF2022 #GCFRAK #HumanMetamorphosis #VisitRasAlKhaimah

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang aktiviti Forum Warga Global yang akan datang, sila layari www.globalcitizenforum.org  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1959154/Armand_Arton.jpg?p=medium600

Source: Global Citizen Forum
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Travel New products/services Trade show news