omniture

SAFCSP dan Informa lancar usaha sama 'Tahaluf' bagi menyokong Wawasan 2030 Arab Saudi

Tahaluf
2022-12-01 20:17
  • Persekutuan Arab Saudi untuk Keselamatan Siber, Pengaturcaraan dan Dron (SAFCSP) dan Informa mewujudkan usaha sama Tahaluf bagi melancarkan jenama pameran bertaraf dunia di Arab Saudi
  • Usaha sama baharu ini akan mewujudkan peluang kerjaya profesional untuk rakyat Arab Saudi dalam industri acara dan berkaitan
  • Kerjasama ini akan melancarkan satu siri acara berskala besar pada tahun 2023 dan 2024 untuk memberikan perkhidmatan kepada vertikal utama di Arab Saudi yang merangkumi sektor Teknologi, AI, Makanan, Farmaseutikal, Kecantikan, Hartanah dan Penjagaan kesihatan

RIYADH, Arab Saudi, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- SAFCSP dan Informa, penganjur pameran dagangan terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pembentukan sebuah usaha sama baharu iaitu 'Tahaluf' bagi menyokong objektif Wawasan 2030 Kerajaan tersebut dalam mempelbagaikan ekonominya dan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Arab Saudi.

SAFCSP and Informa launch ‘Tahaluf’ joint venture
SAFCSP and Informa launch ‘Tahaluf’ joint venture

 

Melalui pelancaran usaha sama Tahaluf dengan Informa, SAFCSP memperluas misinya untuk merangsang pertumbuhan sektor ekonomi utama Kerajaan Arab Saudi yang kini turut merangkumi industri acara.  Tahaluf akan memanfaatkan kepakaran global Informa untuk mewujudkan sebuah sektor acara bertaraf dunia di negara ini yang akan terus memajukan kepelbagaian ekonomi, menyediakan akses kepada pasaran baharu untuk perniagaan antarabangsa, menarik pelaburan asing dan menyokong pemodenan aktiviti perniagaan di negara ini.  Tahaluf juga akan menyokong penciptaan laluan kerjaya baharu untuk penduduk negara ini dari golongan muda yang berbakat dan mahir digital bukan sahaja dalam sektor acara tetapi juga dalam ekonomi kreatif dan digital yang lebih luas yang meliputi komunikasi dan penjenamaan hinggalah pemasaran digital dan pembangunan produk digital. Akademi Tahaluf akan menyediakan peluang kepada kohort tahunan para profesional muda Arab Saudi untuk memperoleh pengalaman latihan dan acara antarabangsa secara langsung melalui satu siri giliran di seluruh perniagaan global Informa serta mendapat manfaat selanjutnya daripada sebuah program akreditasi profesional acara yang diiktiraf dalam industri.

Usaha sama Tahaluf ini dibangunkan hasil daripada kejayaan kerjasama antara SAFCSP dengan Informa yang telah melancarkan acara teknologi yang memenangi anugerah iaitu LEAP (www.onegiantleap.com) pada tahun 2022 yang dianjurkan bersama dengan Kementerian Komunikasi dan IT serta acara jenama siber yang terkenal di dunia iaitu Black Hat (www.blackhatmea.com) yang dianjurkan bersama dengan Pihak Berkuasa Hiburan Umum dan sebahagian daripada Riyadh Season.  Tahaluf akan melesenkan jenama-jenama milik Informa yang terkemuka di pasaran untuk melancarkan pelbagai acara B2B, pengalaman dan perkhidmatan digital baharu pada tahun 2023 dan seterusnya yang pada peringkat awalnya, memberi tumpuan kepada sektor strategik yang penting seperti teknologi, hartanah, farmaseutikal, makanan, kesihatan dan kecantikan serta pelancongan dan hospitaliti.

Pelancaran baharu Tahaluf akan merangkumi acara kecerdasan buatan, DeepFest  (www.deepfest.com) 6-9 Februari 2023; pertunjukan makanan dan hospitaliti, Feast (www.Onegiantfeast.com) 24 – 26 Oktober 2023; festival industri kecantikan, Cosmoprof Middle East; pertunjukan hartanah antarabangsa, Cityscape Global (www.cityscapeglobal.com) 10-13 September 2023 dan edisi Timur Tengah bagi jenama farmaseutikal terkemuka, CPHI Middle East (www.cphi.com) 15-17 Januari 2024. 

Mike Champion, Naib Presiden Eksekutif Serantau Informa Markets mengulas bahawa hasrat Tahaluf adalah untuk memberi tumpuan kepada kuasa dan nilai acara antarabangsa demi menyokong pertumbuhan industri strategik yang penting di Arab Saudi.

"Acara-acara besar boleh memberikan rangsangan ekonomi yang signifikan dengan menyediakan akses pasaran, mendorong pelaburan masuk dan menjana perdagangan antarabangsa. Kami berbesar hati dapat memperluas kerjasama kami dengan SAFCSP untuk mewujudkan Tahaluf dan kami berhasrat untuk bersama-sama menghasilkan acara bertaraf dunia dan lestari di Arab Saudi yang merupakan pameran antarabangsa untuk sektor ekonomi utama Arab Saudi serta menyumbang kepada industri acara yang semakin berkembang maju di negara ini. Misi kami adalah untuk membawa acara bertaraf dunia ke Arab Saudi dan menjadi pendorong yang positif dalam menjadikan Arab Saudi sebagai sebuah hab acara global," ujar Champion.

Faisal Al-Khamisi, Pengerusi SAFCSP berkata: "Arab Saudi telah menganjurkan portfolio acara global yang semakin berkembang dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan kini, SAFCSP sedang melabur melalui Tahaluf untuk meningkatkan lagi industri acara Arab Saudi serta sektor kreatif dan digital yang berkaitan. Tahaluf akan menjadi sumbangan yang signifikan terhadap misi SAFCSP dalam menyokong pembangunan kemahiran dan mewujudkan peluang kerjaya untuk golongan belia Arab Saudi dalam sektor profesional yang dinamik serta akan turut menyumbang kepada kepelbagaian dan pemodenan keseluruhan industri utama di Arab Saudi."

"Informa telah memainkan peranan yang penting dalam industri acara di peringkat antarabangsa termasuk menjadi perintis pengalaman digital, atas permintaan dan dipacu data serta menerajui inisiatif kelestarian di seluruh sektor tersebut. Kepakaran ini telah membantu kami bersama-sama melancarkan acara yang meraih kejayaan pada masa lalu dan akan menjadi amat berharga dalam menyampaikan rancangan yang bercita-cita tinggi seperti yang diumumkan hari ini. Tahaluf – perkataan Arab untuk 'Pakatan' - menggambarkan kekuatan kerjasama antara SAFCSP dengan Informa serta rancangan kami untuk bekerjasama rapat dalam peringkat seterusnya bagi membangunkan acara-acara bertaraf dunia untuk Arab Saudi," tambah Al-Khamisi.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1958795/Tahaluf_Joint_Venture_Launch.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1958794/Tahaluf_Joint_Venture.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1958796/Tahaluf_Logo.jpg?p=medium600

 

SAFCSP and Informa launch ‘Tahaluf’ joint venture
SAFCSP and Informa launch ‘Tahaluf’ joint venture

 

 

Source: Tahaluf
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Joint ventures New products/services Trade show news Future Events