omniture

Next.e.GO Mobile SE dan Sibros Bekerjasama untuk Menyediakan Data Kenderaan Terhubung dan Pengurusan Perisian OTA Canggih pada Kenderaan Elektrik Bandar e.wave X yang Serba Baharu

Next.e.GO Mobile SE
2022-12-01 21:23 2
  • Kerjasama bagi membolehkan mobiliti terhubung yang lebih pintar dan lebih lancar dengan memanfaatkan kuasa data
  • e.wave X akan menggunakan Deep Connected Platform daripada Sibros untuk memperbaharui pengalaman pemilik terhadap mobiliti bandar lestari

AACHEN, Jerman dan SAN JOSE, California, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Next.e.GO Mobile SE (e.GO), pengeluar kenderaan elektrik bandar yang inovatif, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan syarikat platform kenderaan terhubung, Sibros, untuk menggunakan penyelesaian mobiliti terhubung yang terkemuka dalam industri ke dalam model kenderaan baharu e.GO yang bermatlamat untuk meletakkan e.GO pada kedudukan yang boleh memanfaatkan transformasi mobiliti bandar yang dipacu data. e.GO mengumumkan permulaan jualan kenderaan elektriknya yang baru dilancarkan iaitu e.wave X pada bulan Oktober 2022.

e.GO e.wave X, Copyright Next.e.GO Mobile SE

 

e.wave X ialah sebuah kenderaan elektrik berbateri yang dibina khas untuk persekitaran bandar yang menggunakan teknologi kerangka ruang yang inovatif. Bersama-sama dengan bahan lestari dan proses pengeluarannya yang unik, e.wave X menampilkan kulit polimer yang boleh dikitar semula dan diganti serta bateri pintar dan boleh ditukar yang direka untuk menguasakan sistem pemanduan elektrik yang tahan lama dengan penyelenggaraan yang rendah.

e.GO memilih Deep Connected Platform daripada Sibros untuk pengurusan data seluruh kenderaan dan kemas kini perisian melalui udara (OTA) demi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan. Pengumpulan data ini akan menghasilkan pemahaman dan membolehkan pelbagai perkhidmatan armada yang terhubung dengan nilai tambah, manakala kemas kini perisian OTA bertujuan untuk membolehkan semua kenderaan berkembang dan meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh kitaran hayat kenderaan tersebut. Kedua-dua e.GO dan Sibros komited untuk menghasilkan potensi mobiliti bandar terhubung sepenuhnya yang memudahan pengguna secara menyeluruh dan ekosistem perkhidmatan terhubung yang memiliki nilai tambah.

"Rangkaian produk kenderaan terhubung Sibros yang komprehensif menyediakan pemahaman dipacu data kepada para pengeluar kenderaan bagi memperkasakan mereka untuk membuat keputusan yang bermaklumat sambil membantu mempercepat usaha mereka dalam peningkatan produk dan pengalaman pengguna," kata Hemant Sikaria, Ketua Pegawai Eksekutif Sibros. "Inovator seperti e.GO memanfaatkan keupayaan kenderaan ke awan yang selamat dan mendalam daripada Sibros untuk membantu mempercepat perjalanan dan meletakkan syarikat mereka di barisan hadapan industri. Sebagai peneraju dalam bidang teknologi kenderaan terhubung, kami teruja untuk menggunakan Deep Connected Platform kami yang telah memenangi anugerah pada e.wave X dan memperluas kerjasama strategik kami sepanjang tahun-tahun yang akan datang serta melakukan pembaharuan terhadap mobiliti terhubung yang lestari dalam persekitaran bandar."

Kesalinghubungan dianggap sebagai pendaya utama mobiliti dan bandar-bandar pintar. Kerjasama antara e.GO dengan Sibros ini ini akan membolehkan Pengilang Peralatan Asal (OEM) inovatif seperti e.GO untuk menyasarkan peluang perniagaan dalam pengurusan armada serta menawarkan rangkaian perkhidmatan yang luas sepanjang hayat kenderaan sambil menambah baik cara pemandu berinteraksi dengan kenderaan mereka.

"Penyepaduan pelbagai domain yang semakin meningkat dalam dunia automotif yang merangkumi komunikasi kenderaan terhubung, kenderaan-ke-semuanya (V2X) dan seterusnya, mobiliti autonomi adalah bertujuan untuk mengesahkan kereta bandar terhubung yang ditentukan perisian pada masa hadapan dan itulah sebabnya yang membuatkan kami sangat teruja dengan kerjasama ini," kata Ali Vezvaei, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah e.GO. "Kami berhasrat untuk menawarkan kebebasan dan pilihan kepada para pelanggan kami untuk memilih perkhidmatan terhubung yang sesuai dengan keperluan mereka sama ada pengecasan, perkongsian, insurans atau pemanduan terhubung yang pada asasnya, pilihan ini boleh menukar e.wave X mereka menjadi sebuah telefon pintar yang mempunyai empat roda."

Penyelesaian kenderaan terhubung daripada Sibros akan memanfaatkan pelbagai perkongsian industri strategik termasuk Google Cloud untuk Automotif yang menyatukan keseluruhan ekosistem penyelesaian kenderaan ke awan yang boleh diskala yang merangkumi alatan pengurusan analisis data, visualisasi, AI, pembelajaran mesin dan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API). OEM automotif yang menggunakan platform Sibros termasuk syarikat pembuat kereta, trak, bas, kenderaan 2 roda dan traktor yang paling ikonik di dunia serta syarikat pemula EV baharu yang inovatif dalam segmen penumpang dan komersial, yang amat pantas berkembang.

Tentang e.GO 

Beribu pejabat di Aachen, Jerman, e.GO mereka bentuk dan mengeluarkan kenderaan elektrik berbateri untuk persekitaran bandar, dengan memberi tumpuan kepada kemudahan, kebolehpercayaan dan harga mampu milik. e.GO telah membangunkan penyelesaian baharu untuk menghasilkan kenderaan elektriknya menggunakan teknologi proprietari dan kilang mikro kos rendah, malah kenderaannya telah pun berada di atas jalan raya pada hari ini. e.GO membantu bandar dan penduduknya memperbaiki cara mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat merealisasikan mobiliti bandar yang bersih dan mudah. Sila layari www.e-go-mobile.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Tentang Sibros 

Sibros menguasakan ekosistem kenderaan terhubung dengan Deep Connected Platform™ untuk kemas kini perisian OTA, pengumpulan data dan diagnostik kenderaan yang lengkap dalam satu sistem bersepadu menegak. DCP menyokong sebarang seni bina kenderaan - daripada kenderaan ICE, Hibrid, EV hingga Sel Bahan Api - serta turut memenuhi piawaian keselamatan dan pematuhan yang ketat. Melalui penggabungan alatan pengurusan data dengan perisian automotif yang hebat pada satu platform, Sibros memperkasakan OEM untuk menghasilkan berpuluh-puluh kes penggunaan kenderaan terhubung baharu dengan pantas yang merangkumi pengurusan armada, penyelenggaraan ramalan, peningkatan ciri berbayar dan pelbagai lagi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang syarikat yang berpangkalan di Silicon Valley ini, sila kunjungi www.sibros.com.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Komunikasi ini merangkumi "pernyataan berpandangan ke hadapan" mengikut takrifan peruntukan "perlindungan selamat" dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta Amerika Syarikat 1995. Pernyataan berpandangan ke hadapan boleh dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti "anggar," "rancang," "unjur," "meramalkan," "hasrat," "akan," "jangka," "menjangka," "percaya," "berharap," "sasar" , "mungkin", "bermaksud", "ramal", "sepatutnya", "akan", "ramal", "berpotensi", "kelihatan", "masa depan", "pandangan" atau ungkapan lain yang serupa (atau versi negatif perkataan atau ungkapan tersebut) yang meramalkan atau menunjukkan peristiwa atau trend masa depan atau yang bukan pernyataan mengenai perkara berkaitan sejarah. Pernyataan ini adalah berdasarkan pelbagai andaian, sama ada dikenal pasti atau tidak dikenal pasti dalam siaran akhbar ini dan bukan merupakan ramalan terhadap prestasi sebenar. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini disediakan untuk tujuan ilustrasi sahaja dan tidak bertujuan untuk berfungsi sebagai dan tidak boleh dipercayai oleh mana-mana pelabur sebagai jaminan, kepastian, ramalan atau kenyataan fakta atau kebarangkalian yang muktamad. Peristiwa dan keadaan sebenar adalah sukar atau mustahil untuk diramalkan serta mungkin berbeza daripada andaian dan perbezaan tersebut mungkin penting.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1958798/e_GO_e_wave_X.jpg?p=medium600

Source: Next.e.GO Mobile SE
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Transportation Joint ventures New products/services