omniture

Templestay Menyatukan Semua Merentas Sempadan dan Etnik

Cultural Corps of Korean Buddhism
2022-12-01 22:00 143

Sekitar enam juta orang mengambil bahagian dalam program Templestay sepanjang dua dekad lalu yang mana lebih daripada 650,000 (11%) merupakan warganegara asing dengan etnik-etnik yang berbeza.

SEOUL, Korea Selatan, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Tahun 2022 merupakan ulang tahun ke-20 Templestay sejak ia dilancarkan pada tahun 2002, bertujuan untuk menyediakan kepada pengunjung antarabangsa dengan peluang untuk merasai budaya tradisional Korea semasa Piala Dunia Korea-Jepun 2002. Sekitar enam juta orang mengambil bahagian dalam program ini sepanjang dua dekad yang lalu, yang mana lebih daripada 650,000 (11%) merupakan warganegara asing. Lebih ketara berbanding bilangan pengunjung ialah pelawat asing datangnya dari pelbagai negara dengan etnik yang berbeza. Khususnya, jumlah kerakyatan pelawat ialah 205 negara, lebih tinggi berbanding negara-negara anggota PBB. Mereka juga menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi, dinilai 6.33 daripada tujuh. Ia membuktikan bahawa Templestay ialah kandungan pengalaman budaya yang dapat dinikmati oleh semua orang dengan selesa dalam apa jua keadaan.

Alami Siaran Berita Berbilang Saluran interaktif penuh di sini:
https://www.multivu.com/players/English/9117151-templestay-unifying-across-borders-ethnicity/

Pelawat daripada kerakyatan dan etnik yang berbeza mendapati program ini memuaskan hati dan selesa kerana mereka dapat merasai pengalaman kehidupan harian pengamal agama Buddha di tokong-tokong tradisional yang dipelihara dengan sejarah Budisme selama 1,700 tahun, sesuatu yang tidak dapat dirasai oleh orang ramai di tempat lain. Peserta-peserta program ini meluangkan sedikit masa untuk merenung sendiri sepenuhnya sambil berehat daripada keletihan dan tekanan hidup seharian dengan mengikuti program-program seperti "Chamseon" (meditasi Seon), "108 bae" (108 sembah) dan perbualan bersama seorang sami sambil minum teh dalam alam semula jadi yang damai. Masa yang diluangkan sedemikian mungkin dibenarkan hanya dalam program Templestay Korea.

Detik penyembuhan, yang datangnya dengan meluangkan masa untuk diri sendiri, memainkan peranan penting dalam menyejukkan hati mereka yang bosan dengan pandemik yang telah lama berlarutan. Seorang individu yang terlibat dalam program ini berkata sekitar 127,000 orang mengambil bahagian dalam Templestay yang disediakan untuk petugas perubatan COVID-19, pemilik perniagaan kecil-kecilan dan artis kebudayaan yang terjejas oleh pandemik ini sejak tahun 2020. Pada tahun 2022, yang merupakan ulang tahun ke-20, Templestay melangkah lebih jauh dan melancarkan program khas dengan kata kunci "berkongsi" untuk orang ramai yang mudah terpinggir dalam masyarakat, seperti warga emas, keluarga berbilang budaya dan kumpulan rentan. "Kami berasa terdorong untuk merawat kesakitan dan meneruskan kehidupan selepas merenung kembali diri kami sendiri dan mengosongkan fikiran semasa tinggal di tokong gunung," kata seorang peserta Templestay.

Setakat ini, Templestay telah menyaksikan begitu ramai pelawat dengan latar belakang yang berbeza dari pelbagai negara menyertai program ini dan berasa tersentuh dan sembuh, yang menunjukkan bahawa ia mempunyai nilai yang dapat dirasakan oleh insan merentas sempadan linguistik. Walaupun jangkaan tentang perjalanan ke luar negara semakin meningkat dalam era pasca-COVID, Templestay Korea akan memberi pengalaman yang hebat untuk menyembuhkan minda yang tertekan dengan "COVID-19 Blues" dan meluangkan masa untuk diri sendiri. Untuk maklumat lanjut dan tempahan Templestay, anda boleh mengunjungi laman sesawang berbahasa Inggeris rasmi Templestay (eng.templestay.com).

Source: Cultural Corps of Korean Buddhism
Keywords: Travel Asian-related news Broadcast feed announcements Religion