omniture

KENNAMETAL MEMPERKENALKAN INOVASI PERINGKAT SETERUSNYA

Kennametal Metal Cutting
2022-12-01 23:07

Produk baharu dan dipertingkatkan ini memperluas keupayaan pemotongan logam serta membantu pelanggan menghasilkan mesin dengan lebih baik daripada sebelumnya

PITTSBURGH, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Kennametal telah memperluas siri Inovasi alat dan penyelesaian Pemotong Logamnya dengan penawaran produk baharu yang menyediakan kecekapan dan produktiviti maksimum kepada para pelanggan untuk penggunaan pemesinan yang merangkumi daripada kenderaan elektrik dan aeroangkasa kepada kejuruteraan am.

Kennametal introduces expanded Innovations series of metal cutting tools and solutions
Kennametal introduces expanded Innovations series of metal cutting tools and solutions

Setiap produk dalam pelancaran musim luruh ini memberikan ciri-ciri yang dipertingkatkan dan prestasi unggul yang dapat menyelesaikan beberapa cabaran pemesinan paling sukar yang dihadapi pelanggan:

Platform gerudi modular KenTIP™ FS ini telah diperluas bagi merangkumi gerudi batang lurus untuk penggunaan statik pada mesin larik serta gerudi batang lurus untuk penggunaan gabungan penggerudian dan pembenaman dengan pemegang. Selain itu, platform ini kini merangkumi sisipan KenTIP FS GTP yang serba boleh dengan reka bentuk titik GOdrill. GOtip ialah satu-satunya sisipan pada platform KenTIP FS yang dibina untuk penggerudian pelbagai bahan dan sesuai untuk pelanggan yang mencari satu alat yang dapat digunakan pada pelbagai bahan kerja apabila melibatkan penggerudian lubang dengan diameter sederhana dan besar.

Gerudi karbida pepejal telah dimodenkan pada platform Kenna Universal™ Drill yang berprestasi tinggi. Gerudi yang dinaik taraf ini merangkumi siri B979 dengan gred KCU15A untuk penggerudian 12xD yang boleh digunakan tanpa gerudi rintis pada pelbagai jenis bahan. Selain itu, platform ini telah menambah gerudi berlapis siri B73* dengan gred KCU15 untuk lubang teras dalam saiz pengulir tradisional.

Apabila berkenaan melulas berprestasi tinggi dalam keluli dan besi tuang, KenReam™ S baharu ini memberikan kadar penyingkiran logam tertinggi dalam penggunaan lubang buta dan lubang tembus untuk kedua-dua bahan keluli dan besi tuang. Reka bentuk unik ini memberikan kebolehpercayaan proses yang sangat baik dan kualiti lubang yang konsisten.

Direka bentuk untuk pengisaran dinamik dengan penglibatan jejari yang rendah dan panjang potongan penuh, siri KOR™ ini telah diperluas untuk merangkumi panjang potongan 5xD dalam siri KOR™ 5DA untuk pengisaran dalam aluminium.

Sistem modular Duo-Lock™ revolusioner untuk penggunaan pengisaran akhir karbida pepejal ini menggabungkan ketepatan yang tinggi dalam keterulangan alir keluar dan panjang dengan kestabilan yang maksimum, menjadikannya antara muka yang tepat dan hampir tiada tandingan. Siri inovasi ini menyepadukan produktiviti siri pengisar akhir HARVI™ I TE dengan keupayaan modular daripada sistem modular Duo-Lock.

Portfolio Modular Boring Bars yang diperluas dengan bahan pendingin dan antara muka bergerigi telah direka untuk memberikan kekuatan sambungan dan peningkatan ketepatan yang lebih tinggi serta boleh menampung juntaian sehingga 4xD.

Untuk pemesinan ringan hingga sederhana atau pemotongan keluli dan keluli tahan karat, platform pengisaran permukaan Dodeka™ Mini 45 telah diperluas untuk merangkumi empat geometri baharu yang memberikan sudut utama yang ideal, dengan pembentukan cip yang sangat baik dan geometri sisipan bebas gegaran positif.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian perkakas canggih ini, sila layari Kennametal Innovations.

Tentang Kennametal 

Dengan lebih 80 tahun pengalaman sebagai peneraju teknologi perindustrian, Kennametal Inc. memberikan produktiviti kepada para pelanggan melalui sains bahan, perkakas dan penyelesaian tahan haus. Para pelanggan di seluruh bidang aeroangkasa, kerja tanah, tenaga, kejuruteraan am dan pengangkutan beralih kepada Kennametal untuk membantu mereka menghasilkan pembuatan dengan tepat dan cekap. Setiap hari, kira-kira 8,600 orang pekerja membantu para pelanggan di lebih 60 buah negara untuk kekal berdaya saing. Kennametal menjana kira-kira $1.8 bilion pendapatan pada tahun fiskal 2021. Ketahui lebih lanjut di www.kennametal.com. Ikuti @Kennametal: Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn dan YouTube.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1958195/129609_22_KMT_Fall_Innovation_Social_Post_2500x2500.jpg?p=medium600

 

Source: Kennametal Metal Cutting
Related Stocks:
NYSE:KMT
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals New products/services