omniture

Darwinbox melantik Ketua Jualan Teknologi Sumber Manusia, Arun Dhaka, untuk mempercepat pertumbuhan perniagaan di rantau Asia Pasifik dan Jepun

Darwinbox
2022-12-02 11:09

SINGAPURA, 2 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Darwinbox, salah sebuah syarikat unicorn Teknologi Sumber Manusia yang paling pesat berkembang, mengumumkan pelantikan Arun Dhaka ke dalam barisan Kepimpinan Eksekutif syarikat. Beliau menyertai syarikat tersebut sebagai Naib Presiden Jualan - Asia Pasifik dan Jepun (APJ), mengetuai syarikat untuk menembusi pasaran ASEAN, Australia, New Zealand dan Jepun. Pasaran Teknologi Sumber Manusia telah cukup matang untuk berkembang maju di Asia dan Darwinbox sedang meningkatkan keupayaannya di seluruh domain untuk menawarkan penyelesaian Pengurusan Sumber Manusia yang serba lengkap kepada para pelanggannya.

Arun Dhaka, VP Sales – Asia Pacific & Japan (APJ), Darwinbox
Arun Dhaka, VP Sales – Asia Pacific & Japan (APJ), Darwinbox

Jawatan yang penting ini akan memperlihatkan kebolehan Arun dalam menerajui pertumbuhan dan perkembangan syarikat di APJ, mengetuai fungsi pendapatan di seluruh segmen pelanggan di rantau ini dan mencipta budaya yang mampu menarik bakat dan rakan kongsi terbaik. Beliau akan berpangkalan di luar Singapura.

Arun ialah seorang profesional pengurusan kanan dengan ciri-ciri keusahawanan serta memiliki pengalaman bekerja selama lebih 23 tahun di Amerika Syarikat, Asia Pasifik & Jepun (APJ). Perjalanan beliau dalam sektor Teknologi Sumber Manusia bermula pada tahun 2012 dan beliau pernah berkhidmat di Cornerstone OnDemand (CSOD), Skillsoft dan Atlas. Beliau telah membangun dan melaksanakan strategi peralihan ke Awan Hibrid/Awam untuk syarikat Perusahaan Perisian dan SaaS/Awan selama lebih 13 tahun sebagai Ketua Negara syarikat tersebut dan pernah dilantik sebagai ahli pasukan Kepimpinan dan Eksekutif utama di APJ. Beliau mempunyai kepakaran dalam menguruskan keperluan pasukan pengurusan kanan daripada syarikat pembeli global terbesar. Beliau telah membina dan mengetuai pasukan berprestasi tinggi yang memahami sensitiviti budaya di rantau ini serta memacu matlamat strategik dan memaksimumkan pulangan kewangan dengan tumpuan tanpa batasan terhadap pengalaman pelanggan.

"Dengan jenama terkenal di Asia Tenggara dan global yang telah bekerjasama dengan kami seperti Tokopedia, Indorama, MAP, Kopi Kenangan, Al Rajhi Bank, Aviva SingLife, Adani Wilmar, JG Summit, Nivea, Sephora, Starbucks dan Dominos, kami amat yakin dengan kemajuan pertumbuhan kami di sini. Kami beruntung dengan adanya pemimpin yang mempunyai pengalaman serantau yang begitu mendalam dan menyertai pasukan kami baru-baru ini dan kami juga teruja dengan penyertaan Arun sebagai sebahagian daripada pasukan pucuk pimpinan yang akan meningkatkan lagi kehadiran dan mendayakan jentera pertumbuhan kami," kata Jayant Paleti, Pengasas Bersama Darwinbox. "Pengalaman selama sedekad dalam bidang teknologi sumber manusia, pemahaman tentang nuansa serantau dan minat beliau terhadap transformasi akan memberikan nilai tambah kepada para pelanggan di rantau ini," tambah beliau.

Mengulas tentang pasaran Teknologi Sumber Manusia dan perpindahan beliau ke Darwinbox, Arun berkata, "Kita sedang menyaksikan perubahan besar pada pusat graviti dunia yang beralih ke Asia. Darwinbox memiliki kedudukan yang unik dengan falsafahnya 'Dari Asia untuk dunia' bagi perisian Pengurusan Modal Insan (HCM) yang dinilai pada kedudukan #1 dalam Gartner Magic Quadrant. Syarikat ini telah pun memberi kesan kepada kehidupan berjuta-juta pekerja di seluruh dunia! Saya teruja untuk menyertai mereka pada waktu yang tepat bagi mempercepat kehadiran kami di pasaran ini. Kami ingin memperkasakan pekerja peringkat akhir secara bersama-sama dan mendayakan ketangkasan para pelanggan kami untuk berkembang ke arah potensi tanpa had yang ditawarkan oleh landskap perniagaan dan bakat."

Darwinbox yang telah memperkasakan lebih 700 perusahaan global dengan lebih 2 juta pengguna di lebih 100 buah negara, disokong oleh para pelabur terkemuka antaranya seperti Sequoia, Salesforce Ventures dan Lightspeed.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: Darwinbox.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1958902/Arun_Dhaka_Darwinbox.jpg?p=medium600

 

Source: Darwinbox
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Personnel announcements