Liputan Sorotan Berita Best of SABCS® akan menyediakan ringkasan video daripada pakar setiap hari berserta slaid asal ujian kanser payudara yang paling signifikan kepada ahli onkologi di seluruh dunia.
SAN ANTONIO, 2 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Encore Medical Education, sebuah syarikat pendidikan perubatan yang berpangkalan di AS, akan melancarkan edisi program Sorotan Berita Best of SABCS® 2022 daripada Simposium Kanser Payudara San Antonio (SABCS®) 2022 yang akan bermula pada 7 Disember ini.
Program Sorotan Berita SABCS® rasmi ini telah menjangkau lebih 5,000 orang profesional penjagaan kesihatan pada tahun 2021 , dari lebih 50 buah negara. "Rumusan terbaik bagi pelbagai jenis pembentangan daripada SABCS®. Ia merupakan sebuah persidangan yang padat, oleh itu ringkasan pembentangan ini boleh dikatakan wajib" kata seorang pengguna yang telah mendaftar untuk program pada tahun 2021. "Pembentangan yang disertakan dalam sorotan ini membincangkan topik-topik sains yang panas oleh pakar-pakar dalam bidang ini. Penemuan yang paling terkini turut disediakan yang sekali gus memberi pemahaman yang mendalam tentang potensi kemajuan dalam persekitaran klinikal," kata seorang lagi pengguna berdaftar.
Sebuah fakulti cemerlang akan membentangkan keputusan penting daripada ujian utama mereka dengan slaid asal yang dipilih daripada #SABCS22, yang merangkumi:
Sorotan video pakar yang pertama akan tersedia mulai 7 Disember pada pukul 4 petang Waktu Tengah (GMT -6 jam). Daftar hari ini di https://bestofsabcsnews.com/#/home/register dan untuk mendapatkan kemas kini harian tentang kemajuan kanser payudara yang paling relevan melalui e-mel.
Sorotan Berita Best of SABCS® ini bertujuan untuk semua profesional penjagaan kesihatan termasuk pakar perubatan akademik dan swasta serta penyelidik yang terlibat dalam onkologi perubatan, pembedahan, ginekologi dan radiasi kanser payudara, termasuk pembantu pesakit dan profesional penjagaan kesihatan lain yang berkaitan.
Tentang program Best of SABCS®
San Antonio Breast Cancer Symposium® (Simposium Kanser Payudara San Antonio) yang kini memasuki tahun ke-45, merupakan persidangan utama untuk para profesional penyelidikan kanser asas, translasi dan klinikal.
Program Best of SABCS® menawarkan peluang kepada para profesional untuk menyertai serta membincangkan penyelidikan dan kemajuan terkini dalam bidang kanser payudara dengan rakan sekerja dan pemimpin pendapat utama dengan akses kepada pembentangan dan poster asal.
Untuk mendapatkan maklumat tentang peluang daripada Best of SABCS®, sila hubungi Encore Medical Education LLC di sabcs@encoremeded.com
Video - https://www.youtube.com/watch?v=A49ituFmMVw&feature=youtu.be
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1959278/SABCS_Logo.jpg?p=medium600