SAN FRANCISCO, 2 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Sojern, sebuah platform pemasaran digital terkemuka yang dibina untuk tempahan perjalanan, hari ini menyiarkan satu penemuan daripada tinjauan yang dijalankan pada tahun 2022 untuk mengetahui "Cara Jenama Hotel Menggunakan Data Pihak Pertama untuk Memacu Pendapatan dan Membina Hubungan yang Lebih Kukuh." Kajian yang dijalankan oleh Benchmark Research Partners bersama-sama dengan eksekutif hotel global ini berusaha memahami cara para pemasar hotel berfikir dan menggunakan data pihak pertama untuk mendapatkan maklumat tentang usaha menembusi pasaran. Apabila tinjauan dibuat tentang langkah-langkah mencapai kejayaan untuk perniagaan mereka, 81 peratus pengusaha hotel mengatakan bahawa mereka dapat menyaksikan peningkatan pendapatan setelah melaksanakan strategi data pihak pertama.
Tinjauan ke atas eksekutif hotel daripada jenama global terbesar mendapati 57 peratus daripadanya telah menyaksikan peningkatan dari segi kepuasan tetamu di hartanah mereka. Penemuan daripada tinjauan ini mendapati bahawa 59 peratus daripada pengusaha hotel telah melaksanakan strategi data pihak pertama dan 62 peratus mengatakan bahawa ia adalah "amat penting" untuk pemasaran digital, manakala 75 peratus daripada mereka yang masih belum mempunyai strategi data pihak pertama menyatakan hasrat mereka untuk mewujudkannya. Dalam kalangan mereka yang telah melaksanakan strategi data pihak pertama, kebanyakan strategi ini dilaksanakan untuk memaksimumkan prestasi kempen (73 peratus), membina hubungan dengan pelanggan yang lebih kukuh (67 peratus) dan memaksimumkan pertumbuhan pendapatan keseluruhan (67 peratus).
Penemuan lanjut menunjukkan bahawa pengusaha hotel telah mengguna pakai strategi data pihak pertama bukan sahaja kerana mereka melihat manfaat dari segi kewangan, tetapi juga kesannya yang positif terhadap kepuasan pelanggan. Dalam kalangan mereka yang ditinjau, 86 peratus melihat strategi data pihak pertama ini berkesan dalam memaksimumkan pendapatan keseluruhan, 76 peratus melihat strategi ini berkesan dalam meningkatkan prestasi kempen, 68 peratus melihat strategi ini mampu membina hubungan pelanggan yang lebih kukuh dan 64 peratus melihat bahawa strategi ini dapat meningkatkan nilai jenama.
"Penglibatan peribadi dengan pengguna merupakan suatu alat yang hebat untuk memahami tingkah laku pengembara dan mencipta kempen digital yang dapat menyampaikan mesej yang tepat pada masanya. Para pemasar hendaklah menjadikan kutipan data pihak pertama yang mesra privasi seperti e-mel bercincang, sebagai suatu keutamaan untuk memperkasakan strategi personalisasi mereka," kata Kurt Weinsheimer, Ketua Pegawai Penyelesaian Sojern.
Untuk melihat tinjauan penuh, sila klik di sini.
Tentang Sojern
Sojern ialah sebuah platform pemasaran digital terkemuka yang dibangunkan untuk pemasar perjalanan. Dikuasakan oleh kecerdasan buatan dan data hasrat pengembara, Sojern menyediakan penyelesaian pemasaran berbilang saluran untuk memacu permintaan langsung. Sejumlah 10,000 buah hotel, pusat tarikan, badan pelancongan dan pemasar perjalanan bergantung pada Sojern setiap tahun untuk menarik dan mempengaruhi para pengembara di seluruh dunia.
Tentang Benchmark Research Partners
Benchmark Research Partners menjalankan kajian untuk membantu para peserta industri dan inovator teknologi memahami perubahan dan peluang pasaran melalui data penanda aras rakan sebidang.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/249299/sojern_logo.jpg?p=medium600