omniture

Pengulang alik output tinggi Toyota LC300 baharu kini tersedia untuk penaiktarafan kuasa bagi kenderaan yang khusus & berperisai

American Power Systems, Inc.
2022-12-02 15:01

American Power Systems, Inc. telah mengeluarkan empat penaiktarafan kuasa pengulang alik output tinggi yang baharu untuk Toyota Land Cruiser 300 (LC300) baharu.

DAVENPORT, Iowa, 2 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat pengeluar tersebut telah menghasilkan pengulang alik HPI berkuasa 255-amp dan 360-amp untuk kedua-dua enjin diesel 3.3L dan gasolin (petrol) 3.5L yang dipasang dalam kedudukan pelekap OEM untuk versi terkini Toyota bagi platform Land Cruiser yang popular. APS turut menawarkan pilihan untuk pemasangan pengawal melahu tinggi bagi membantu output semasa kenderaan melahu.

 

Dilancarkan di luar negara oleh Toyota Motor Corporation pada bulan Ogos 2021, Land Cruiser 300 Series semua rupa bumi yang baharu ini direka bentuk semula sepenuhnya daripada Land Cruiser 200 Series yang telah diberhentikan pengeluarannya. Land Cruiser mempunyai reputasi dari segi kebolehpercayaan, ketahanan dan prestasi luar jalan raya, menjadikannya pilihan pengangkutan yang popular bagi persekitaran lasak.

"Sebagai kenderaan untuk keselamatan atau pertahanan, pelbagai platform Toyota sering dilengkapi dengan perisai dan/atau peralatan khas yang membolehkan pengguna akhir kekal terhubung, mengumpul maklumat dan juga menjalankan aktiviti pengintipan senyap. Walau bagaimanapun, semua peralatan ini menambah berat kepada kenderaan tersebut dan menyebabkan tarikan arus elektrik yang tidak dapat dipenuhi oleh sistem OEM," kata Amy Lank, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif APS. "Pengulang alik output tinggi baharu ini boleh bertahan dalam persekitaran yang paling sukar untuk memberikan kuasa yang stabil dan boleh diharapkan yang diperlukan bagi menyiapkan kenderaan ini untuk menjalankan misi serta membolehkan pengguna akhir kekal selamat dan terhubung semasa di lapangan."

APS mempunyai sejarah yang panjang dalam membangunkan pengulang alik gantian OE output tinggi yang tahan lasak untuk pelbagai platform Toyota, termasuk siri Land Cruiser sebelumnya iaitu Hilux, Fortuner, Tacoma, Tundra, Hi Ace, Regius dan banyak lagi. Para pelanggan menggunakan pengulang alik output tinggi daripada syarikat ini untuk memberi tenaga kepada peralatan seperti penyekat isyarat anti IED, sistem komunikasi, peralatan satelit, sistem penyejukan dan banyak lagi merentasi pelbagai platform kenderaan.

Sebagai tambahan kepada TLC 300 Series, pengulang alik HPI berkuasa 255-amp dan 360-amp milik APS ini adalah pengulang alik gantian yang serasi untuk Lexus LX600 & LX500D 2022. Untuk spesifikasi teknikal, sila layari blog APS.

Tentang American Power Systems, Inc.

Sejak tahun 2006, APS telah mereka bentuk dan mengeluarkan sistem kuasa mudah alih canggih, pengulang alik, penukar, pengatur dan penjana kuasa untuk kenderaan berperisai, keselamatan, komersial, marin dan kenderaan khusus yang dibina khas seperti RV dan koc motor mewah. Syarikat yang berpangkalan di Davenport, Iowa ini mengkhusus dalam inovasi dan pembuatan tersuai bagi sistem penukaran dan pengagihan kuasa oleh kakitangan dengan hampir 300 tahun gabungan pengalaman dalam pelbagai bidang kepakaran yang dikendalikannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.americanpowerinc.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1959143/American_Power_Systems_Inc_Logo_Logo.jpg?p=medium600 

Source: American Power Systems, Inc.
Keywords: Auto Transportation New products/services