NEW YORK, 2 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pemenang Anugerah Grammy®, Ariana Grande, menjemput anda menikmati koleksi minyak wangi baharunya, MOD, keluaran pertama di bawah portfolio Minyak Wangi Ariana Grande. Menampilkan dua wangian baharu yang mewah, koleksi ini dilancarkan secara eksklusif di Ulta.com hari ini dan akan tersedia di kedai Ulta Beauty di seluruh negara bermula pada 11 Disember ini.
Diilhamkan daripada unsur pemodenan, kebebasan ekspresi dan identiti diri, MOD mendapat namanya daripada subbudaya yang popular pada tahun 1960-an di kota London. Koleksi minyak wangi MOD Vanilla dan MOD Blush ini membangkitkan pengalaman deria serta menghidupkan kembali semangat penuh keberanian dan moden pada era tersebut.
"Saya sangat teruja untuk melancarkan dua jenis wangian berganda saya yang pertama melalui MOD Vanilla dan MOD Blush," kata Grande. "Semasa kami mula mengusahakan dua wangian ini lebih setahun yang lalu, saya benar-benar jatuh hati dengan kedua-duanya serta elemen kreatif yang telah saya usahakan bersama Stefan. Saya benar-benar ingin menghasilkan sesuatu yang berbeza dan menarik untuk para peminat saya dengan melancarkan dua wangian baharu ini serentak dan saya berharap mereka menyukainya sebagaimana saya, pasukan dan rakan-rakan saya menyukainya. Kami telah menguji kedua-dua minyak wangi ini berulang kali di sini! Mod Vanilla dan Mod Blush adalah dua jenis wangian yang serta-merta menjadi kegemaran saya dalam koleksi minyak wangi kami yang indah dan saya tidak sabar untuk menunggu anda menikmati sendiri bau haruman ini!"
"Koleksi MOD ialah suatu evolusi yang menarik untuk portfolio minyak wangi Ariana Grande," jelas Noreen Dodge, Ketua Pegawai Pemasaran LUXE Brands. "Cara kami menghasilkan wangian ini menggambarkan perasaan saya tentang masa depan minyak wangi; keringkasan dan kemewahan berteraskan elemen semula jadi, reka bentuk, kempen dan harumannya merupakan suatu pembaharuan yang moden dan menggembirakan untuk dinikmati oleh para peminat."
MINYAK WANGI
MOD Vanilla:
MOD Blush:
PEMBUNGKUSAN
Reka bentuk botol MOD menampilkan sentuhan moden yang meraikan etos fesyen selepas abad pertengahan. Ia menampilkan ukiran yang menyerlah dan baharu melalui bentuk dan keringanannya. Lengkungan yang jelas memaparkan mod berbentuk bulat di mana tiada dua sisi yang kelihatan serupa. Didatangkan dalam botol berwarna putih dan merah jambu, ia turut mempunyai tetingkap berkabut yang merangkumi asas bagi dua wangian MOD- MOD Blush dan MOD Vanilla.
Untuk reka bentuk karton yang menarik, potret geometri Ariana yang teguh diadaptasi menggunakan pengulangan, warna moden dan aplikasi grafik untuk mencipta pengalaman deria yang jelas pada pembungkusannya. Dengan 2 jenis haruman dan warna yang pelbagai, setiap sisi menampilkan penerokaan baharu…
HARGA
Semburan Eau de Parfum, 3.4 FL OZ/100 mL $68.00
Semburan Eau de Parfum, 1.0 FL OZ/30 mL $48.00
Semua harga merupakan harga runcit dalam dolar AS yang dicadangkan oleh pengeluar.
Jenama ini akan dilancarkan kepada peruncit berprestij tambahan di seluruh dunia termasuk:
TENTANG ARIANA GRANDE
Seorang artis rakaman pelbagai platinum yang memenangi anugerah Grammy dan bintang terkenal antarabangsa, Ariana Grande juga merupakan artis pertama yang menduduki tiga kedudukan teratas pada Billboard Hot 100 selepas the Beatles pada tahun 1964 dengan "7 Rings," "Break Up With Your Girlfriend, I'm Bored," dan "Thank U, Next." Pada tahun 2020, beliau menjadi artis pertama dan satu-satunya yang mempunyai 5 single debut pada kedudukan #1 dalam sejarah carta muzik. Pada tahun 2021, Grande mencipta sejarah sebagai artis pertama yang menduduki tiga daripada 10 kedudukan terbaik pada carta Billboard Pop Airplay dan Mediabase Top 40 Charts dengan "positions", "34+35" dan "pov." Pada usia 29 tahun, beliau telah berjaya mengeluarkan enam album hingga mencapai tahap platinum dan mengatasi 98 bilion penstriman di seluruh dunia – beliau merupakan artis wanita paling banyak distrim di Spotify dalam dekad lalu – serta dengan pantas menjadi salah seorang bintang pop paling hebat generasi kita dengan suara yang menakjubkan serta penampilan pentas dan penampilan bersama para peminat yang tiada tandingan. Pada tahun 2022, Grande menjadi artis pertama yang mempunyai empat album dengan lebih 4 bilion penstriman untuk setiap satu albumnya di Spotify. Pada tahun 2019, Grande memulakan Jelajah Dunia Sweetener dan tampil dalam lebih 100 persembahan sepanjang tahun, termasuk barisan pengacara di Lollapalooza dan Coachella - yang menampilkan beliau sebagai pengacara termuda dalam sejarah festival tersebut. Pada tahun 2021, Grande menyertai THE VOICE NBC sebagai jurulatih dan turut ditampilkan dalam filem yang dicalonkan untuk Anugerah Academy, DON'T LOOK UP, yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dan Jennifer Lawrence untuk saluran Netflix. Beliau akan mula terlibat dalam penggambaran filem adaptasi WICKED arahan Jon M. Chu sebagai Glinda bersama-sama dengan Cynthia Erivo yang memegang watak Elphaba.
TENTANG LUXE BRANDS
LUXE Brands, Inc. ialah sebuah syarikat kecantikan berprestij global yang dikhususkan untuk membangunkan jenama kecantikan bertaraf dunia serta memberi inspirasi kepada pengguna di seluruh dunia. Pendekatan inovatif syarikat untuk mereka bentuk, memasar dan membina jenama dengan etos yang mengutamakan digital telah memperoleh pelbagai anugerah di serata dunia. LUXE Brands telah dianugerahkan dengan gelaran Minyak Wangi Terbaik Tahun 2019 mewakili Cloud, oleh Ariana Grande. Portfolio penuh ini merangkumi Ariana Grande, Nicki Minaj, Eau de Juice oleh Cosmopolitan dan perkongsian berlesen dengan General Motors untuk jenama Hummer.
Hubungan Akhbar Ariana Grande Fragrance:
Lede Company
AGFragrance@ledecompany.com