omniture

DryWired Menyediakan Saduran Nano Kalis Air IPX7 bagi Pemenang Telefon Bimbit Wayarles Terbaik CES 2014, Telefon SpareOne Plus Emergency

DryWired; SpareOne
2014-01-08 01:43 193

- Telefon SpareOne Plus Emergency menjadi peranti wayarles pertama di dunia yang diperakui kalis air IPX7 tanpa saduran mekanikal

LAS VEGAS, 8 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, firma nanoteknologi DryWired yang berpusat di Los Angeles, CA, mengumumkan kerjasamanya dengan XPAL Power yang beribu pejabat di Irvine, CA bagi menyediakan perlindungan saduran nano cecair 101X revolusioner DryWired bagi telefon SpareOne Plus Emergency yang memenangi pelbagai anugerah. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, DryWired telah pun menjalankan perkhidmatan saduran nano kepada telefon SpareOne Plus Emergency yang terkini dengan penyaduran floropolimer 101X proprietari untuk menjadikan peranti wayarles yang beroperasi dengan bateri AA ini kalis air dan kalis kakisan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140107/LA41637)

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130110/LA40401LOGO)

Julung kali diperkenalkan di Ekspo Asia Mudah Alih pada bulan Jun 2013, 101X DryWired merupakan penyaduran floropolimer yang jelas bebas daripada PFOA dan PFOS yang diaplikasikan dengan mencelup atau menyemburkan PCB dengan larutan cecair yang dihasilkan di A.S dan dipatenkan. Bagi mendapatkan perlindungan daripada pendedahan terhadap air dan kakisan, PCB didedahkan kepada 101X selama beberapa saat dan kemudiannya dibiarkan beberapa minit. Sudut sentuhan air pada permukaan yang disadur dengan 101X boleh melebihi 120 darjah. Tidak seperti penyaduran lama yang berasaskan plasma dan parylene, saduran floropolimer 101X DryWired ini tidak memerlukan mesin yang mahal, sangat berkesan kos, berskala, disahkan oleh FDA bagi peranti perubatan dalaman dan boleh dimasukkan dengan mudah ke dalam apa-apa proses pembuatan. Di samping itu, pewarna pengesanan UV boleh ditambahkan ke dalam larutan 101X bagi membolehkan kakitangan kawalan kualiti untuk mengesahkan ketepatan penyaduran di bawah cahaya UV. Penyaduran nano 101X ini adalah kira-kira 1,500 lebih nipis berbanding sehelai rambut manusia.

DryWired juga mendapatkan khidmat Santa Clara, Quanta Laboratories yang berpusat di California bagi mengesahkan Telefon SpareOne Plus Emergency yang disadur nano cecair 101X miliknya. Selepas ujian ketat Standard Ketenteraan, telefon SpareOne Plus Emergency yang disadur nano cecair 101X telah disahkan oleh Quanta sebagai mematuhi Ujian Kelembapan Suhu (Per MIL-STD-810G Kaedah 507.5), Ujian Kabut Garam (Per MIL-STD-810G Kaedah 509.5) dan Ujian Kemasukan Air (Per IEC 60529 IPX7). Tahap dan kepelbagaian ujian yang dijalankan ini menunjukkan lagi kebolehan saduran nano cecair 101X DryWired bagi mempertingkatkan jangka hayat peranti elektronik yang tertakluk kepada pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan XPAL Power dan teruja kerana berjaya mendapatkan penyelesaian yang dicari-cari selama ini bagi melindungi telefon SpareOne Plus Emergency daripada pendedahan yang tidak sengaja terhadap air dan kakisan. Kami juga berbangga penyelesaian kami dapat membantu keandalan telefon SpareOne Plus Emergency dalam keadaan cuaca yang paling buruk. Penerimaan pensijilan IPX7 oleh penyelesaian saduran nano cecair 101X pada peranti wayarles tanpa saduran mekanikal merupakan pencapaian besar dalam bidang pembuatan elektronik. Tiada sebab mengapa kejayaan ini tidak boleh diduplikasikan di seluruh industri bagi manfaat peranti elektronik lain," ujar Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas DryWired, C.C. Elchidiac.

"SpareOne telah dimantapkan sebagai peranti persediaan yang mesti dimiliki menerusi inovasi dan kemampuannya untuk mengekalkan saluran komunikasi apabila kuasa tidak dapat diperoleh atau dikesan. Kami telah meneroka perkongsian ini bersama DryWired setelah produk sedia ada mencetuskan minat mendalam terhadap telefon yang kalis air," kata Alan Cymberknoh, Pengarah Produk SpareOne. "Versi SpareOne Plus 101X boleh didapati melalui projek dan kami amat berbesar hati untuk terus memacu inovasi dalam kerjasama bersama DryWired ini." 

Latar Belakang DryWired

DryWired yang berpusat di Los Angeles mengeluarkan lesen, menyesuaikan dan mengedarkan teknologi penyaduran nano dipatenkan yang melindungi alatan elektronik, tekstil, infrastruktur, pengangkutan dan peralatan misi kritikal daripada pendedahan kepada air, wasap, kakisan, haba dan pelelasan. Bahan kimia DryWired dan sistem mesin penyaduran nano kesemuanya dibuat di Amerika Syarikat.
www.drywired.com

Perhubungan DryWired:
Cik Samantha Gonzalez
samantha@drywired.com / +1-310-855-1201

Latar Belakang SpareOne

SpareOne merupakan satu-satunya telefon mudah alih kecemasan di dunia yang dikuasakan hanya dengan menggunakan satu bateri AA. Menawarkan sehingga 15 tahun cas bateri jika disimpan tanpa sebarang penggunaan atau 10 jam waktu berbual ketika digunakan*, SpareOne direka bagi situasi kecemasan yang mungkin berlaku dalam kehidupan seharian. Ia hadir dengan ciri TorchLight yang memberikan cahaya berterusan selama 24 jam, butang dail 911 yang dikhususkan bagi memaklumkan pihak berkuasa dan kemampuan pratetapan 9 nombor dail pantas utama, SpareOne berfungsi sebagai alat yang amat penting, serta bagi keperluan negara membangun yang mempunyai akses terhad terhadap kuasa.

Perhubungan SpareOne:
Puan Jeniece Aragon
media@spareone.com / +1-707-921-9581

Latar Belakang XPAL Power

XPAL Power, syarikat subsidiari milik TennRich International merupakan syarikat yang berpusat di California dengan pasukan jualan dan pemasaran yang bertempat di Amerika Syarikat. Pasukan rekaan TennRich yang bertempat di Taiwan dan kilang yang dimiliki oleh syarikat di Shenzhen, PRC ialah kilang pertama di China yang memberi tumpuan terhadap bateri polimer litium boleh dicas semula dan kini merupakan salah satu pengeluar terbesar bagi pek kuasa mudah alih di Asia.

Source: DryWired; SpareOne
Related Links:
Keywords: Chemical Consumer Electronics Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news