omniture

Kementerian Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi menyatakan pendiriannya semasa persidangan di London: "Arab Saudi akan menjadi peneraju pengeluaran logam lestari demi memberi manfaat kepada peralihan karbon sifar."

Future Minerals Forum
2022-12-03 21:51

 

Tuan Yang Terutama Khalid Al-Mudaifer, Timbalan Menteri Hal Ehwal Perlombongan, Kementerian Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, membentangkan keperluan untuk melabur dengan segera dalam hal-hal berkaitan pengekstrakan mineral dan logam serta rantaian nilai di Arab Saudi.

LONDON, 3 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Para perwakilan antarabangsa dan pelabur perlombongan global yang menghadiri persidangan Mines and Money (Perlombongan dan Kewangan) di London telah mendengar bagaimana Arab Saudi mempertahankan bahawa peralihan tenaga daripada hidrokarbon kepada tenaga boleh baharu telah menjadi perintis jalan untuk negara tersebut menerajui pengeluaran mineral dan logam global yang lestari dan inovatif, terutamanya apabila sebuah rantau perlombongan mineral baharu yang luas dan belum diterokai kini ditemui di wilayah Afrika hingga ke Asia Tengah.

His Excellency Khalid Al-Mudaifer, Vice-Minister for Mining Affairs, Ministry of Industry and Mineral Resources, Kingdom of Saudi Arabia
His Excellency Khalid Al-Mudaifer, Vice-Minister for Mining Affairs, Ministry of Industry and Mineral Resources, Kingdom of Saudi Arabia

Tuan Yang Terutama Khalid Al-Mudaifer dalam ucaptamanya pada acara tersebut mengatakan bahawa mineral amat diperlukan untuk mengubah tenaga sedia ada kepada tenaga boleh baharu:

"Penyahkarbonan  – peralihan kepada sifar karbon – tidak boleh dilaksanakan tanpa mineral dan logam: mineral dan logam dalam kuantiti yang besar. Kita perlu meningkatkan penerokaan ini dan kita juga perlu meningkatkan pengeluaran mineral dan logam.

Arab Saudi telah pun menerajui pengeluaran baja fosfat dunia.

Negara tersebut menstabilkan pasaran aluminium dengan membina sebuah bandar perindustrian yang difokuskan kepada pengekstrakan dan penghasilan produk akhir untuk kegunaan seluruh dunia. Malah turut bekerjasama dengan pengeluar kenderaan elektrik terkemuka seperti Lucid Motors serta pembekal dalam sektor automotif seperti EV Metals untuk membina sebuah kompleks pembuatan kenderaan elektrik yang bersepadu.

TYT Timbalan Menteri seterusnya menyorot pelaksanaan projek-projek penting seperti usaha Kerajaan Arab Saudi untuk menghasilkan hidrogen dengan mewujudkan loji hidrogen hijau yang terbesar di dunia

Arab Saudi mengatakan bahawa ia telah cukup matang untuk menerima pelaburan, bukan sahaja untuk pelaksanaan di wilayah Arab yang dilindunginya tetapi juga untuk membantu menerajui pengekstrakan mineral di wilayah perlombongan utama:

"Kami berada pada kedudukan yang baik untuk meningkatkan perlombongan dan membina rantaian nilai yang bersepadu. Kami mempunyai kerajaan yang stabil dengan dasar fiskal yang juga stabil. Kami berpengalaman. Kami mempunyai bekalan tenaga kos rendah. Kami mempunyai infrastruktur yang sangat baik." 

TYT Timbalan Menteri sekali lagi menjemput para perwakilan untuk menghadiri edisi kedua Forum Mineral Masa Depan di negara tersebut, menyeru untuk turut sama menerajui masa depan perlombongan, menarik pelaburan yang besar dan menjalin kerjasama yang kukuh di Arab Saudi serta di seluruh wilayah perlombongan utama yang meliputi Afrika, Asia Barat hingga ke Asia Tengah.

Forum ini akan dilancarkan pada 10 Januari 2023 dengan Persidangan Meja Bulat yang berpengaruh yang disertai oleh Menteri-menteri serta perwakilan dari negara yang terlibat dan diikuti dengan persidangan dan pameran selama dua hari yang bakal dihadiri oleh 6,000 perwakilan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1959961/Future_Minerals_Forum.jpg?p=medium600

                                               

 

 

 

Source: Future Minerals Forum
Keywords: Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Environmental Issues