omniture

FOUNDATION FOR ANGELMAN SYNDROME THERAPEUTICS (FAST) MENGUMUMKAN HADIAH BERNILAI $5 JUTA UNTUK MEMAJUKAN UJIAN KLINIKAL GANGGUAN PERKEMBANGAN SARAF JARANG JUMPA

Foundation for Angelman Syndrome Therapeutics
2022-12-04 05:35

Ujian yang Berpusat di Rush University ini Akan Diketuai Oleh Dr. Elizabeth Berry-Kravis

MIAMI, 4 Disember 2022 /PRNewswire/-- Foundation for Angelman Syndrome Therapeutics (FAST) hari ini mengumumkan pemberian bernilai $5 juta untuk memulakan ujian klinikal baharu dan usaha penyelidikan translasi bagi gangguan perkembangan saraf jarang jumpa yang akan dikendalikan di sebuah pusat penyelidikan utama di bawah pimpinan Dr. Elizabeth Berry-Kravis. Dinamakan sebagai Pusat Penyelidikan Translasi F.A.S.T. Rush, ia akan menjadi ibu pejabat global untuk melatih individu tentang cara menjalankan ujian klinikal neurogenetik dan melaksanakan terapi intervensi inovatif yang memerlukan kaedah penyampaian baharu dan penjagaan khusus.

Kebanyakan doktor yang terlibat dalam bidang gangguan neurogenetik mengendalikan klinik penjagaan am dan khusus yang sangat baik untuk subset gangguan tertentu, tetapi mereka tidak dilatih dalam selok-belok untuk menubuhkan, menjalankan dan melaporkan ujian klinikal—yang bermaksud bahawa ketiadaan latihan khusus untuk menjalankan ujian dengan cepat telah mengehadkan keupayaan mereka untuk mendaftarkan pesakit ke dalam ujian secara signifikan.

"Ini adalah permulaan kepada era baru. Hari ini terdapat lebih 25 program terapeutik yang sedang dibangunkan untuk sindrom Angelman, dengan sebahagian besar daripadanya dibiayai oleh FAST," kata Dr. Allyson Berent, Ketua Pegawai Sains FAST. "Kami berada pada satu titik peralihan di mana kami bersedia untuk melibatkan pesakit ke dalam program ujian klinikal peringkat awal yang pertama ke atas manusia, namun kebanyakan pusat perubatan di hospital tidak mempunyai kapasiti untuk memenuhi keperluan yang mendesak ini."

Untuk memenuhi keperluan ini, pusat baharu tersebut—di bawah kepimpinan Dr. Berry-Kravis yang telah mengetuai ujian klinikal selama lebih 20 tahun—akan menjadi program latihan terancang pertama untuk individu yang memberi tumpuan untuk melaksanakan ujian klinikal dan menyampaikan ubat-ubatan baharu bagi gangguan neurogenetik jarang jumpa. Dengan mewujudkan program tajaan rasmi untuk kedua-dua calon kebangsaan dan antarabangsa ini, pakar perubatan akan dilatih dalam: memahami langkah-langkah yang diperlukan untuk menyertai ujian klinikal prospektif; kerumitan kawal selia yang perlu dihadapi untuk mendapatkan kelulusan etika dan kontrak; cabaran dalam menyediakan infrastruktur untuk ujian pesakit, dan cabaran membentuk pasukan klinikal khusus yang diperlukan untuk ujian-ujian ini (cth. pakar anestesia, penyelaras ujian, ahli neuropsikologi terlatih, ahli neurologi/ahli epileptologi, pakar bedah saraf dan mana-mana pakar lain yang berkaitan dengan ujian tertentu) dan banyak lagi. Di samping itu, program ini akan menyokong infrastruktur dan binaan yang diperlukan untuk mewujudkan kemudahan canggih di Rush dengan ruang ujian klinikal yang dibina mengikut keperluan populasi pesakit yang unik ini.

Pusat ujian FAST ini akan menempatkan kesemua unit ini di bawah satu bumbung sebagai model contoh bagi menunjukkan cara untuk melaksanakan ujian klinikal yang paling cekap dan berkesan—sekali gus membolehkan Dr. Berry-Kravis berkongsi kepakaran beliau secara rasmi dengan peserta lain dan membantu mengembangkan keupayaan di berpuluh-puluh pusat kajian tambahan di seluruh dunia. Apabila pelatih FAST menamatkan latihan, mereka akan dapat membawa kepakaran ini ke institusi lain di seluruh dunia. Bagi menyokong matlamat ini, FAST komited untuk memberi bantuan kewangan dalam usaha menaik taraf pusat ujian klinikal semasa dan menubuhkan pusat ujian klinikal baharu bagi memanfaatkan kepakaran ini dan demi memastikan keupayaan pelbagai pusat ini dapat memenuhi permintaan yang besar.

Para pelatih FAST akan menjalani latihan praktikal dan disepadukan ke dalam Pusat tersebut selama setahun dengan tumpuan sepenuhnya dikhususkan kepada hal-hal berkaitan ujian klinikal yang dijalankan untuk NDD. Selain daripada para pelatih, Pusat F.A.S.T. Rush juga akan melatih peserta dari luar dalam tempoh yang lebih singkat untuk mempelajari tentang pemberian ubat-ubatan, mengembangkan kemahiran dan melatih mereka untuk menjadi lebih cekap agar dapat kembali ke institusi masing-masing dan menyampaikan terapi intervensi yang lebih baik kepada lebih ramai pesakit dengan cara yang paling selamat dan paling berkesan.

"Kami kini memperoleh begitu banyak penemuan rintis yang penting, itulah sebabnya saya sangat berbesar hati apabila dilantik sebagai Pengarah Pusat F.A.S.T. Rush pada waktu yang begitu penting ini," kata Dr. Elizabeth Berry-Kravis. "Ini akan membantu ramai orang dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan golongan bijak pandai dalam bidang ini untuk menjana hasil penemuan perubatan baharu untuk digunakan pada masa hadapan."

Hubungan Media:
Eric Koch
617-733-6891
ericdkoch@gmail.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1960763/FAST_Logo_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Foundation for Angelman Syndrome Therapeutics
Keywords: Biotechnology Education Health Care/Hospital Higher Education Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Not for profit Personnel announcements