omniture

Belon Bersalut Sirolimus dalam Rawatan BTK tampil dengan jelas di VEITH 2022 - Menerangi Paparan di NASDAQ, Times Square New York

Concept Medical Inc.
2022-12-05 11:00

TAMPA, Florida, 5 Disember 2022 /PRNewswire/ -- VEITH 2022 menyaksikan peningkatan mendadak data klinikal sokongan Belon Bersalut Sirolimus untuk rawatan penyakit Bawah Lutut (BTK). Concept Medical Inc. telah menganjurkan simposium makan tengah hari bertajuk 'Belon Bersalut Sirolimus dalam Rawatan PAD: Pilihan Masa Depan' yang meneroka kegunaan Belon Bersalut Sirolimus dalam rawatan PAD. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Sahil Parikh, yang dikendalikan bersama oleh Prof. Edward Choke dan Prof. Aloke Finn dengan pembentangan menarik daripada Prof. Ulf Teichgräber dan Prof. Francesco Liistro.

Congratulations Global Principal Investigator A/Prof Edward Choke, Sengkang General Hospital, Singapore
Congratulations Global Principal Investigator A/Prof Edward Choke, Sengkang General Hospital, Singapore

Salah satu sorotan bagi sesi ini ialah data susulan hasil keputusan klinikal Ujian XTOSI.  XTOSI (singkatan bagi Xtreme Touch Sirolimus coated PTA balloon) ialah sebuah ujian kumpulan tunggal untuk Belon Bersalut Sirolimus (MagicTouch PTA) yang menyelidiki penggunaan klinikal dan keselamatan peranti dalam rawatan Penyakit Arteri Periferal infrainguinal. Kajian kumpulan tunggal prospektif, prapasaran, bukan rawak dan terbuka yang diketuai oleh PI Prof. Edward Choke ini mendaftarkan 50 orang pesakit untuk mengkaji Belon Bersalut Sirolimus Magic Touch PTA (Concept Medical Inc.) di Hospital Besar Sengkang, Singapura. Ia merupakan ujian pertama di dunia bagi Belon Bersalut Sirolimus untuk penyakit BTK dan mempunyai data susulan yang paling lama. Walaupun titik akhir utama telah mencadangkan kejelasan dan keselamatan yang memberangsangkan pada bulan ke-6, data yang dibentangkan di VEITH 2022 memberikan lebih banyak penerangan tentang keberkesanan jangka panjang dan keselamatan Belon Bersalut Sirolimus.

Prof. Edward Choke, seterusnya membentangkan kemas kini tentang FUTURE SFA dan FUTURE BTK RCT, sebuah kumpulan ujian rawak yang bakal mendaftarkan 279 dan 219 orang pesakit melibatkan belon tidak bersalut standard pada nisbah 2:1 yang sedang dijalankan di Singapura, Taiwan dan Thailand. FUTURE BTK telah melengkapkan 25% daripada sasaran pendaftarannya hasil daripada usaha penyelidik utama di semua lokasi yang terlibat.

Belon Bersalut Sirolimus untuk PAD meneruskan perjalanannya, menarik perhatian warga AS dan menerangi Times Square New York yang ikonik dengan paparan yang mempesonakan yang menunjukkan hasil keputusan kajian XTOSI dan status pendaftaran pesakit untuk kajian FUTURE BTK.

Tonton sesi video lengkap untuk mengetahui lebih lanjut tentang data klinikal yang menarik: https://youtu.be/2xokmMuhzuc

 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1926812/Concept_Medical_Logo.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1960489/Edward_Choke_MagicTouch_XTOSI.jpg?p=medium600

 

 

Source: Concept Medical Inc.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries