omniture

Selamat datang ke Heathrow Festive Express

Heathrow Express
2022-12-05 16:22

LONDON, 5 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Heathrow Express – laluan terpantas dari pusat bandar London ke Lapangan Terbang Heathrow – hari ini melancarkan Festive Express. Sehingga 7 Disember ini, mereka yang berpeluang untuk menggunakan perkhidmatan ini akan menikmati pengalaman perjalanan yang lebih ceria kerana salah sebuah gerabaknya telah diubah menjadi gerabak yang dipenuhi suasana perayaan yang mempesonakan. 

Hop on board The Festive Express at Paddington Station direct to London Heathrow airport.
Hop on board The Festive Express at Paddington Station direct to London Heathrow airport.

Mulai hari ini sehingga hari Rabu, para petugas berpakaian Krismas (elf) bersedia untuk menyambut para penumpang ketika mereka melangkah masuk ke dalam gerabak, di mana mereka dikelilingi oleh lampu yang berkelip-kelip dengan bunyi loceng kereta luncur salji. Sebaik sahaja para penumpang duduk, mereka akan terpesona dengan gerabak ajaib yang dihiasi dengan perhiasan berwarna-warni dan dipenuhi dengan bungkusan hadiah serta suasana perayaan yang menyeronokkan. Semasa dalam perjalanan, setiap keluarga berpeluang untuk menulis surat kepada Santa, selain ditawarkan dengan hadiah istimewa termasuk Tiket Emas percuma dan peluang memenangi tawaran beli-belah sepanjang tiga hari tersebut.

Penjelajah terkenal di dunia, Sir Ranulph Fiennes merupakan individu pertama yang menikmati pengalaman Festive Express, memulakan ekspedisi Yuletide untuk meneroka suasana perayaan Hari Krismas. Persiapan untuk pengembara berpengalaman tersebut telah dirakam sebelum beliau memulakan perjalanannya. Sir Ranulph Fiennes berkata, "Sekiranya anda gemar mengembara seperti saya dan merancang untuk meneroka sesuatu yang menarik pada Hari Krismas ini, maka rancanglah perjalanan anda menuju ke Stesen Paddington di London. Heathrow Festival Express adalah cara terbaik untuk menghayati suasana Hari Krismas.

Selain itu, bagi mereka yang melakukan perjalanan sepanjang bulan Disember, kegirangan ini ditambah dengan kehadiran sebatang pokok Krismas di tengah-tengah Stesen Paddington yang dipenuhi dengan aksesori bergemerlapan dan hiasan vintaj sehingga 6 Januari tahun hadapan. Para penumpang kanak-kanak pasti teruja dengan Heathrow Express versi kecil yang akan bergerak di atas landasan di sekeliling pokok tersebut dalam latar belakang bersalji.

Akhir sekali, dari 12 hingga 23 Disember ini, sesiapa sahaja yang melintasi stesen Paddington di London pasti tidak akan terlepas peluang untuk menikmati suasana perayaan ini apabila sekumpulan penyanyi koir menyanyikan lagu-lagu Krismas secara langsung di stesen tersebut manakala para pengembara pula dialu-alukan untuk menangkap gambar Instagram musim perayaan yang bakal menggembirakan mereka.

Heathrow Express memberi pengalaman tanpa tekanan dengan hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai ke destinasi yang dituju, dengan kabin yang luas, Wi-Fi percuma dan sistem Hiburan Dalam Gerabak. Tambahan pula, kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran*, menjadikan perjalanan ke Kutub Utara (atau mana-mana destinasi lain) lebih berbaloi.

Pengangkutan Heathrow Festive Express ini tersedia kepada para penumpang mengikut prinsip siapa cepat dia dapat dan tersedia dengan harga tiket biasa. Sila layari www.heathrowexpress.com untuk menempah tiket dan ikuti @HeathrowExpress untuk maklumat terkini tentang Heathrow #FestiveExpress.

* Tiket Percuma untuk Kanak-Kanak Terma dan syarat

  • Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran bagi tiket Express Class apabila ditemani oleh orang dewasa yang membayar tiket atau mereka juga boleh melakukan perjalanan tanpa ditemani sesiapa sekiranya mempunyai bukti perjalanan udara seperti tempahan penerbangan atau pas penumpang yang sah. ID bergambar adalah diperlukan. 
  • Heathrow Express tidak akan bertanggungjawab ke atas kanak-kanak yang mengembara seorang diri. Ibu Bapa/Penjaga yang membenarkan anak-anak mereka melakukan perjalanan tanpa ditemani sesiapa boleh berbuat demikian atas risiko mereka sendiri.
  • Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran bagi kelas Business First hanya jika ditemani oleh orang dewasa yang telah membeli tiket Business First. Kanak-kanak tidak dibenarkan melakukan perjalanan seorang diri bagi kelas Business First. 
  • Bilangan maksimum sembilan orang kanak-kanak dibenarkan melakukan perjalanan pada satu-satu masa, ditemani seorang dewasa yang membayar tiket. 
  • Tiket masih perlu dikeluarkan untuk kanak-kanak yang melakukan perjalanan. Tiket kanak-kanak tidak boleh dibeli secara berasingan daripada tiket orang dewasa secara dalam talian, tetapi boleh dibeli bersama-sama dengan tiket seorang dewasa. Kanak-kanak yang melakukan perjalanan seorang diri hendaklah mendapatkan tiket daripada kakitangan Heathrow Express sama ada di terminal, stesen atau di dalam kereta api. 

Heathrow Express ialah perkhidmatan kereta api premium tanpa persinggahan antara stesen Paddington ke Terminal 2 & 3 Heathrow dengan tambahan enam minit perjalanan untuk ke Terminal 5 dan pemindahan percuma yang disediakan untuk ke Terminal 4. Dengan kereta api elektrik yang mengambil masa hanya 15 minit, ia menyediakan perkhidmatan yang paling pantas, boleh dipercayai dan lestari untuk perjalanan pergi dan balik dari lapangan terbang utama Britain. Sebagai perkhidmatan lapangan terbang khusus, ia juga menawarkan pengangkutan yang tenang dan selesa kepada para penumpang untuk menikmati perjalanan dengan kabin yang luas serta mempunyai kapasiti tambahan yang direka untuk memuatkan bagasi.

Saksikan rakaman video persiapan sebelum Sir Ranulph menaiki Heathrow Festive Express di sini:
https://vimeo.com/775114194 

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1961115/Heathrow_Express.jpg?p=medium600
Video - https://www.youtube.com/watch?v=84kWVX2pvsE 

Source: Heathrow Express
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel Children-related news New products/services Trade show news Future Events