omniture

YTM Putera Mohammed bin Salman mengumumkan Sindalah, pembangunan pulau pertama NEOM

NEOM
2022-12-05 19:08

NEOM, Arab Saudi, 5 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Yang Teramat Mulia Mohammed bin Salman, Putera Mahkota, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah NEOM Company, telah mengumumkan pembangunan Sindalah, destinasi pulau mewah pertama di NEOM dan salah satu projek yang paling penting yang menyokong strategi pelancongan negara Arab Saudi.

Sindalah, the first luxury island development in NEOM, northwest Saudi Arabia (copyright: NEOM Company)
Sindalah, the first luxury island development in NEOM, northwest Saudi Arabia (copyright: NEOM Company)

Laluan utama ke Laut Merah menawarkan pengalaman nautika yang disesuaikan, Sindalah dijangka akan mula mengalu-alukan kedatangan para tetamu untuk menikmati kemudahan yang indah dan tawaran eksklusif bermula awal tahun 2024. Adalah dijangkakan bahawa pembangunan ini akan mewujudkan 3,500 peluang pekerjaan untuk sektor pelancongan dan hospitaliti serta perkhidmatan percutian.

Dengan memperluas kawasan kira-kira 840,000 meter persegi, Sindalah merupakan salah sebuah gugusan pulau yang akan dibangunkan di NEOM, masing-masing mengikut visi dan reka bentuknya yang unik.

Yang Teramat Mulia berkata: "Ini merupakan satu lagi detik penting bagi NEOM dan satu langkah penting dalam kerajaan ini merealisasikan cita-cita pelancongan di bawah Wawasan 2030. Sindalah akan menjadi pulau mewah pertama NEOM dan destinasi kelab kapal pesiaran di Laut Merah yang menyediakan laluan yang indah ke Laut Merah yang akan menjadi lokasi pelancongan yang paling cantik dan menarik di rantau ini. Ia akan menjadi destinasi di mana pelancong boleh menikmati keindahan NEOM dan Arab Saudi yang sebenar, di atas dan di bawah air, menjadikan Sindalah masa depan bagi perjalanan mewah."

Sebagai tambahan kepada tawaran pelancongan NEOM yang semakin berkembang, Sindalah akan membentuk semula kalendar sukan kapal layar antarabangsa mewah yang menawarkan musim baharu kepada para pengunjung dan tetamu untuk dinikmati. Ia akan menampilkan sebuah marina dengan 86 ruang berlabuh yang berprestij, satu destinasi yang ideal untuk menempatkan kapal-kapal mewah, manakala boya luar pesisir akan menempatkan kapal pesiaran yang sangat mewah. Dengan pengalaman nautika yang unik, Sindalah akan menawarkan 413 bilik hotel ultra premium, sebagai tambahan kepada 333 buah pangsapuri perkhidmatan terbaik. Kelab pantai mewah, kelab kapal layar glamor dan 38 tawaran kulinari yang unik akan memberikan pengalaman yang tiada tandingan di Laut Merah.

Dengan pelbagai kemudahan yang luar biasa, kemudahan marin yang canggih, lokasi strategik dan landskap semula jadi yang luar biasa, Sindalah dijangka akan terkenal sebagai salah sebuah pulau yang paling menarik di Laut Merah.

Berdasarkan keupayaannya untuk mereka bentuk peluang pelancongan baharu dari awal lagi, NEOM bekerjasama dengan jenama percutian dan hotel bertaraf dunia untuk menjadikan Sindalah sebagai sebuah destinasi yang eksklusif dan glamor di Laut Merah untuk komuniti sukan kapal layar dunia. NEOM sedang membangunkan pulau ini untuk menjadi sebuah destinasi premium yang dikelilingi oleh persekitaran marin yang menakjubkan dan pelbagai yang mempunyai salah satu rizab batu karang yang paling indah di dunia.

Sindalah juga dijangka akan menjadi destinasi golf popular dengan menawarkan peluang kepada para peminat untuk menikmati lapangan golf par 70 bertaraf dunia seluas 6,474 kaki (5,920 meter). Lengkap dengan 18 lubang, padang golf Sindalah akan memberikan dua pengalaman permainan sembilan lubang yang unik.

Pengumuman Sindalah mengesahkan kemajuan yang dipercepat dalam pembangunan NEOM ke arah mencapai visi yang bercita-cita tinggi kepada Yang Teramat Mulia Putera Mahkota, dengan pembangunan projek utamanya seperti THE LINE, reka bentuknya baru-baru ini didedahkan oleh Yang Teramat Mulia Putera Mahkota; TROJENA, destinasi pelancongan gunung globalnya yang akan menjadi destinasi ski luaran pertama di Teluk Arab; dan OXAGON, bandar pembuatan dan inovasi yang direka semula. Semua projek NEOM diselaraskan untuk mentakrifkan semula cara manusia hidup dan bekerja secara harmoni dengan alam semula jadi.

Tentang NEOM 

NEOM ialah pemacu perkembangan manusia dan sebuah wawasan tentang gambaran Masa Depan Baharu. Ia merupakan sebuah rantau yang terletak di Laut Merah, barat laut Arab Saudi yang dibangunkan dari awal sebagai sebuah makmal hidup – sebuah kawasan perusahaan yang mencorakkan perjalanan Masa Depan Baharu. Ia akan menjadi sebuah destinasi dan tempat tinggal bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi sebahagian daripada pembangunan model kediaman baharu yang menakjubkan, menubuhkan syarikat-syarikat yang berkembang maju dan melaksanakan semula pemuliharaan alam sekitar.

NEOM akan merangkumi bandar, pelabuhan dan zon perusahaan, pusat penyelidikan, lokasi sukan dan hiburan serta destinasi pelancongan yang sangat terhubung dan kognitif. Sebagai sebuah hab inovasi, usahawan, pemimpin perniagaan dan syarikat akan datang ke bandar ini untuk melakukan penyelidikan, inkubasi serta mengkomersialkan teknologi dan perusahaan baharu dengan kaedah yang menakjubkan. Penduduk NEOM akan menggambarkan etos antarabangsa dan menghayati budaya penerokaan, pengambilan risiko dan kepelbagaian.

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke media@neom.com atau layari www.neom.com dan www.neom.com/en-us/newsroom.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1957913/NEOM_SINDALAH.jpg?p=medium600

Source: NEOM
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Maritime/Shipbuilding Travel New products/services