omniture

Ekspo Penjagaan Warga Emas & Rehabilitasi ITOE 2022 Bermula

2022 Guangdong Boutique International Trade Digital Exhibition Series Exhibition - Elderly Care Industry Online Exhibition
2022-12-05 20:57 70

GUANGZHOU, China, 5 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong 2022 - Ekspo Penjagaan Warga Emas & Rehabilitasi, dianjurkan oleh Jawatankuasa Guangdong CCPIT dan Guangdong Silver Industry Association, akan berlangsung mulai 4 hingga 8 Disember. Ekspo ini, dengan tumpuan diberikan pada trend pembangunan global dalam sektor kesihatan warga emas, dijangka menghimpunkan perkhidmatan, produk, teknologi dan penyelesaian yang paling canggih di wilayah Guangdong dalam format dalam talian.

Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong 2022-Ekspo Penjagaan Warga Emas & Rehabilitasi
Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong 2022-Ekspo Penjagaan Warga Emas & Rehabilitasi

Ekspo ini akan mewujudkan zon-zon yang ditampilkan secara tradisi termasuk khidmat jagaan warga emas, komuniti persaraan dan kemudahan bantuan hidup, bantuan kejururawatan dan produk untuk warga emas. Di samping itu, ia juga akan memaparkan tawaran yang inovatif seperti produk pintar untuk warga emas dan kehidupan tanpa halangan. Lebih daripada 500 syarikat jagaan warga tua tempatan yang terkenal akan mengadakan pameran di acara ini, meliputi hampir 60 kategori dan merangkumi kira-kira 4,000 produk paling laris terjual.

Melalui siri aktiviti seperti pameran dalam talian, pertukaran dagangan, sesi perangkaian dan sidang kemuncak awan industri, Ekspo ini bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat tempatan berhubung secara lancar dengan pertubuhan-pertubuhan perolehan yang berkaitan dengan warga tua dan juga para pembeli luar negara.

Ekspo ini akan mengadakan Forum Sidang Kemuncak Penjagaan Warga Emas & Rehabilitasi 2022 secara dalam talian pada 4 Disember yang membolehkan para tetamu bertemu secara maya untuk membincangkan amalan antarabangsa dalam menangani isu penuaan penduduk, pendekatan yang berkesan untuk membangunkan ekonomi warga emas serta peluang yang terbaik untuk mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Sekiranya anda berminat dengan Industri Penjagaan Warga Emas & Rehabilitasi, sila kunjungi ekspo ini di www.itoegd.com/ex/6 Ikuti akaun rasmi,
Facebook:@ITOE
Instagram:@itoexpo
Twitter:@ITOExpo
Whatsapp:0086-18027207709 

Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong 2022-Ekspo Penjagaan Warga Emas & Rehabilitasi
Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong 2022-Ekspo Penjagaan Warga Emas & Rehabilitasi

 

Source: 2022 Guangdong Boutique International Trade Digital Exhibition Series Exhibition - Elderly Care Industry Online Exhibition
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Senior Citizens Trade show news