omniture

Trina Solar berjanji bina dunia sifar-bersih dengan rasa tanggungjawab, teknologi dan wawasan

Trina Solar Co., Ltd
2022-12-06 08:34 59

SHANGHAI, 6 Disember 2022 /PRNewswire/ -- China mendefinisikan semula perkataan pemodenan dan ia berbuat demikian agar industri tenaga baharu akan memainkan peranan yang penting, kata Helena Li, presiden perniagaan produk solar global di Trina Solar.

Tatkala dunia secara keseluruhan sedang berusaha untuk membina masa depan sifar-bersih, penting bagi setiap orang saling bekerjasama, kata beliau.

Li membuat kenyataan berkenaan dalam satu ucapan dengan menggunakan empat perkataan sebagai titik rujukan di Sidang Kemuncak Shanghai BloombergNEF yang diadakan mulai 29 hingga 30 November lalu.

"Dunia sedang mengalami perubahan yang amat besar dan tenaga baharu merupakan bahagian yang penting dalam campuran tenaga," kata Li.

"Perkataan pertama ialah konsensus. Panel Antara Kerajaan untuk Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata bahawa sehingga 3.6 bilion orang di seluruh dunia menjalani kehidupan dalam persekitaran yang amat terdedah kepada perubahan iklim. Bermula daripada Protokol Kyoto yang ditandatangani pada tahun 1997 hingga Perjanjian Paris yang ditandatangani dalam tahun 2016, kepada pencapaian emisi karbon dioksida puncak oleh China sebelum tahun 2030 serta keneutralan karbon sebelum tahun 2060, yang dicadangkan dua tahun lalu, dunia telah bersetuju bahawa menangani perubahan iklim dan mencapai keneutralan karbon merupakan perjuangan bersama untuk semua umat manusia."

"Perkataan penting yang kedua ialah tanggungjawab. Sedikit sebanyak, penubuhan Trina Solar bertitik tolak daripada Protokol Kyoto. Hal ini dikatakan demikian kerana dokumen inilah yang memberi ilham kepada pengasas syarikat berkenaan, memberikan kepada kita salah sebuah syarikat PV yang pertama di dunia. Sejak Trina Solar ditubuhkan 25 tahun yang lalu, ia benar-benar komited terhadap misinya iaitu "Tenaga Solar Buat Semua". Sebagai bukti hal berkenaan, kami telah menghantar lebih daripada 120 GW modul ke lebih daripada 100 negara dan wilayah, menjana kira-kira 162 TWj tenaga elektrik daripada tenaga bersih saban tahun. Bermula daripada produk karbon rendah kepada pengeluaran dan operasi hijau hinggalah pelaksanaan penuh strategi ESG, Trina Solar menggalas tanggungjawab sosialnya dengan menghormati setinggi-tingginya etos pembangunan mampan.

"Ketiga, teknologi. Kami percaya pencapaian keneutralan karbon merangkumi empat unsur kritikal: Penjanaan kuasa PV, teknologi storan tenaga, pendigitan tenaga, rangkaian voltan ultra-tinggi. Trina Solar tegas dalam misinya untuk menggalakkan kemasukan industri ini ke dalam era 600W+ dan aplikasi modul PV secara menyeluruh dengan mematuhi prinsip berorientasikan LCOE. Modul-modul jenis-n generasi baharu ini berasaskan kepada platform teknologi 210mm dan teknologi sel i-TOPCon jenis-n, lalu mengurangkan selanjutnya LCOE demi pertumbuhan tenaga boleh baharu yang berterusan."

"Keempat, wawasan. Kami percaya bahawa industri tenaga baharu dan PV mempunyai prospek yang luar biasa bagus. Walaupun keneutralan karbon tempatan sukar dicapai, Trina Solar amat berbangga dengan peranan untuk menjadikannya suatu kenyataan dan juga yang dimainkan olehnya sepanjang 25 tahun yang lalu bagi menawarkan penyelesaian tenaga solar pintar kepada dunia. Kami berasa teruja tentang 25 tahun yang akan datang, termasuk prospek untuk membina ekosistem PV berorientasikan pengguna. Dalam masa yang sama, kami berpandangan serius ketika kami berdepan dengan tanggungjawab bersama pihak-pihak lain dalam industri ini untuk mencipta masa depan sifar bersih buat semua."

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities