omniture

Scytáles AB bersama-sama dengan Netcompany-Intrasoft memperoleh kontrak Dompet Digital EU yang penting

Scytáles AB
2022-12-06 14:00

STOCKHOLM, 6 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Scytáles AB bersama-sama dengan Netcompany-Intrasoft, ahli NETCOMPANY Group A/S, telah dianugerahkan kontrak Dompet Identiti Digital Eropah yang amat dinanti-nantikan, yang merangkumi perkhidmatan pembangunan, perundingan dan sokongan.

Pada tahun 2021, semasa kemuncak pandemik COVID-19, dan susulan pengumuman tentangnya seawal tahun 2020 oleh Presiden Suruhanjaya, Suruhanjaya Eropah mengumumkan rancangan untuk mewujudkan rangka kerja Identiti Digital Eropah yang tersedia kepada semua rakyat, penduduk dan perniagaan di Kesatuan Eropah.

Objektif utamanya adalah untuk menyediakan identiti elektronik yang selamat di Eropah untuk semua warga EU, di seluruh EU dan untuk pelbagai aktiviti. Ini termasuk menggunakan kaedah identiti digital, tandatangan elektronik dan pengesahan dokumen serta akan melibatkan ketelusan penggunaan data.

Dompet Identiti Digital Eropah akan menjadi penanda aras untuk identiti digital yang selamat dan telus di seluruh EU dan pada masa yang sama memastikan keselamatan data yang diberikan oleh setiap warganya. Manfaatnya adalah berlipat kali ganda merangkumi penggunaan yang mudah, kos yang kurang untuk perniagaan serta transaksi rentas sempadan yang boleh dilakukan.

Dompet ini akan dibangunkan oleh Scytáles AB dan ketua konsortium yang berpangkalan di Luxembourg iaitu Netcompany-Intrasoft, dan akan ditawarkan kepada Negara Anggota serta pihak berkepentingan lain untuk melaksanakan Peraturan yang disyaratkan pada sebuah rangka kerja yang diwujudkan untuk Identiti Digital Eropah.

Encik  Konstantin Papaxanthis, Ketua Pegawai Eksekutif Scytáles AB : "Sejak berlakunya pandemik global, pendigitalan proses bagi kedua-dua syarikat dan perkhidmatan awam telah menyebabkan identiti digital yang selamat itu sesuatu yang penting. Dompet Digital EU akan memudahkan kehidupan harian penduduk dan perniagaan di EU serta mewujudkan peluang pertumbuhan bagi sektor perkhidmatan awam dan swasta di seluruh EU. Kami berbesar hati kerana telah dianugerahkan kontrak Dompet Digital EU bersama-sama dengan rakan kongsi kami yang terkenal dan kami berasa bangga kerana teknologi Scytáles yang terkemuka di dunia kini diiktiraf."

Tentang Scytáles:

Scytáles ialah pembangun terkemuka bagi Lesen Memandu Mudah Alih ISO, ID Mudah Alih dan ID Mudah Alih Terbitan sebagai pelengkap kepada mekanisme Pengesahan dan Dokumen dengan Cetakan Keselamatan di kaunter dan melalui laman web. Dengan teknologi kami yang mematuhi ISO sepenuhnya, kami merupakan peneraju global generasi baharu bagi kelayakan peribadi yang menggunakan telefon bimbit dan pada masa yang sama memberi kebenaran untuk data yang akan dikongsi. Kami membolehkan penggunaan mudah alih dan pengesahan masa nyata pada mod dalam talian dan luar talian. Scytáles AB mewakili Sweden sebagai sebuah syarikat yang pakar dalam beberapa Badan Penyeragaman. Syarikat ini beribu pejabat di Stockholm, Sweden dan mempunyai pejabat di AS, Greece dan Portugal.

www.scytales.com 

https://www.linkedin.com/company/scytales-ab/ 

Hubungan Media: 

Anna Seddigh
Ketua Pegawai Komunikasi
aseddigh@scytales.com
marketing@scytales.com 
0046 (0) 70 988 60 48

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1959272/Scytales_Logo.jpg?p=medium600

Source: Scytáles AB
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Contracts Financial Technology