LONDON, 6 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Tusk Inc. Limited (www.tusklimited.com), syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai sebuah syarikat pengurusan modal di United Kingdom dan Kuala Lumpur dengan pejabat-pejabat yang terletak di seluruh dunia dan kini merupakan salah sebuah syarikat penyelesaian elektrik terkemuka yang fokus dalam mengeluarkan peralatan perlombongan, tenaga solar dan penyesuai, mengumumkan kombo produk baharunya. Barisan Produk syarikat ini dikeluarkan khusus untuk kegunaan elektrikal. Bagi mana-mana peralatan perlombongan yang dibeli, produk-produk ini didatangkan dengan panel solar secara automatik untuk mengurangkan penggunaan kuasa. Lihat rangkaian produk di sini https://tusklimited.com/products
Sebagai salah sebuah syarikat penyelesaian Elektrik terbaik, Tusk Innovation telah mengumumkan diskaun sebanyak 30% untuk peralatan perlombongannya yang menggabungkan panel solar dengan pelombong bitcoin. Dengan beralih daripada bahan polihabluran kepada bahan fotovoltan baru-baru ini, Tusk Inc. menguji kecekapan gabungan produk solar mereka dengan pelombong mata wang kripto dari semasa ke semasa dan gabungan ini telah dibuktikan sebagai yang paling berkesan. Para pelabur Tusk Inc. kini boleh membeli syiling mereka dengan mudah tanpa sebarang gangguan, dengan risiko yang kurang dan keuntungan yang maksimum.
Ini adalah satu usaha untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik apabila pelanggan melombong mata wang kripto dan telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Operasi, John Wall pada minggu lepas. Menurut Walls, "Laporan yang telah banyak diterima membuktikan bahawa bilangan pelombong elektrik mungkin terlalu besar untuk dikendalikan, oleh itu kami mempunyai pilihan yang lebih meyakinkan."
Melombong Keuntungan
Walaupun menubuhkan ladang perlombongan mata wang kripto adalah sesuatu yang kini diminati dan menguntungkan bagi kebanyakan orang, khabar angin telah tersebar luas bahawa mereka mungkin menanggung kos yang tinggi, terutamanya dari segi penggunaan elektrik. Dengan menyediakan Panel Solar yang tidak disambungkan kepada bil elektrik anda dan peranti perlombongan bitcoin yang boleh melakukan dua tugas perlombongan serentak, Tusk Inc. telah berjaya mencipta suatu penyelesaian yang berkekalan. Anda boleh melombong syiling anda dengan mudah tanpa menghiraukan ketidaktentuan pasaran, sambil turut mengabaikan penggunaan bekalan kuasa.
Tusk Inc. telah mencipta kelainan di mana para pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pembangunan dompet kripto serta unit pemprosesan grafik daripada syarikat yang mempunyai pejabat di tiga benua ini. Syarikat ini juga mempunyai pengalaman yang luas dalam pembangunan Blok Rantai dan penyelesaian perlombongan bitcoin serta bidang-bidang lain.
Tentang Tusk
Ditubuhkan pada tahun 2012 oleh pasukan pakar pengurusan yang kemudiannya menyertai pasukan pakar teknologi, Tusk Inc. kini merupakan salah satu pembekal penyelesaian elektrik yang terkemuka. Mereka juga terkenal dengan keupayaan untuk menguruskan risiko secara berkesan, memandangkan bidang perniagaan pengurusan risiko yang telah diceburi selama lebih satu dekad. Dan dengan beberapa kemajuan dalam bidang teknologi, mereka telah menyepadukan usaha sama yang kurang berisiko ke dalam sistem Pengurusan Risiko di mana salah satu daripadanya adalah perlombongan mata wang kripto menggunakan bahan fotovoltan.
John Walls,
Pengurus Perhubungan Awam
john@tusklimited.com
(+44)7451214344