CHON BURI, Thailand, 6 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai menandakan semangat Hari Sukarelawan Antarabangsa, kami meraikan perpaduan melalui aktiviti kesukarelawanan. Demi masa depan planet kita, kita mesti bertindak bersama-sama dan kita mesti bertindak sekarang. Yayasan Swarovski bersama-sama dengan para pekerja Kumpulan Swarovski dan rakan kongsi, Teach for Thailand berkongsi kepakaran mereka sebagai sebahagian daripada rangkaian pemimpin yang menyokong peluang pendidikan saksama.
Inisiatif sukarelawan ini meliputi sebuah kelas bahasa Inggeris dan bengkel Kerjaya untuk lebih 100 orang pelajar yang berumur antara 12 hingga 15 tahun dari Sekolah Nong Yai Siri Worawat Witthaya di Chon Buri, Thailand. Para sukarelawan dari Kumpulan Swarovski berkongsi pengetahuan mereka melalui pendekatan praktikal dan juga teori. Akses kepada pendidikan berkualiti sepatutnya tersedia kepada semua tanpa mengira latar belakang sosioekonomi, oleh itu inisiatif ini membolehkan para pelajar bertemu dengan orang ramai dari pelbagai latar belakang dan memberi inspirasi kepada para pelajar untuk mempunyai cita-cita yang tinggi terhadap matlamat dan peluang kerjaya masa depan.
Selain itu, para pekerja Kumpulan Swarovski berpendapat adalah penting untuk menyumbang secara positif kepada manusia dan planet seperti yang dikongsi oleh Stefano Giacomelli, Pengarah Urusan Pembuatan Perkhidmatan Perniagaan Swarovski di Thailand "Mempromosikan pemerkasaan manusia melalui pendidikan secara bersama-sama dengan rakan sekerja Yayasan Swarovski yang memberi inspirasi membuatkan saya berbangga menjadi sebahagian daripada syarikat Swarovski. Kegembiraan para pelajar dari kelas bahasa Inggeris dan bengkel kerjaya Teach for Thailand yang jelas kelihatan ini membuatkan hati saya dipenuhi dengan harapan, malah saya lebih yakin dengan kesan jangka panjang daripada program Teach for Thailand dalam mendorong impian kanak-kanak ini untuk memperoleh masa depan yang lebih baik."
Felo Teach for Thailand, Khun King mengetuai pelajaran bahasa Inggeris tentang peluang kerjaya, manakala para sukarelawan terlibat dengan pelajar untuk membantu mengembangkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris dengan mempraktikkan sebutan perkataan dan untuk pelajar mempertimbangkan aspirasi kerjaya masa depan mereka. "Saya ingin menjadi seorang guru iaitu guru bahasa Inggeris," jawab salah seorang pelajar.
Selain daripada kelas bahasa Inggeris, bengkel Kerjaya yang diterajui oleh para pekerja Kumpulan Swarovski membolehkan para pelajar untuk menemubual pekerja di pelbagai bidang kerja bagi memahami tanggungjawab harian mereka. Para pelajar bertanya tentang bagaimana pekerja menyertai kerjaya mereka dan apa yang perlu dipelajari serta peperiksaan yang perlu mereka duduki. Para pelajar dapat mengetahui perspektif yang berbeza dan seterusnya memperluas pengetahuan mereka tentang laluan kerjaya baharu.
IMEJ TERSEDIA: DI SINI
Untuk pertanyaan akhbar, sila hubungi:
Charlotte Bancans
charlotte.bancans@swarovskifoundation.org
+44 20 3640 8471
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1961757/Swarovski_Teach_for_Thailand.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1961756/Swarovski_Foundation_Logo.jpg?p=medium600