omniture

UST Bekerjasama dengan Intel dan SAP untuk Mendigitkan Perjalanan Industri 4.0 PKS di Malaysia

UST
2022-12-07 14:28

Firma teknologi global terkemuka membantu menjadikan inovasi canggih lebih mudah diakses oleh perniagaan dan usahawan di Malaysia

PULAU PINANG, Malaysia, 7 Disember 2022 /PRNewswire/ -- UST, sebuah syarikat penyelesaian transformasi digital terkemuka, mengumumkan kerjasamanya dengan Intel dan SAP untuk menilai dan mendayakan perjalanan transformasi digital Industri 4.0 bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di utara Malaysia. Kerjasama ini akan mempercepat transformasi perniagaan tempatan ke arah 'perusahaan pintar', memperkasakan syarikat-syarikat untuk menyampaikan pengalaman Industri 4.0 yang lebih kemas dan automatik yang diperlukan untuk berkembang maju dalam sebuah ekonomi moden yang berorientasikan pertumbuhan.

Inovasi teknologi Industri 4.0 telah mencipta peluang baharu yang menarik buat syarikat pembuatan yang memanfaatkan penyelesaian baharu seperti Internet Benda (IoT), pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin. Industri 4.0 telah mengubah cara syarikat membuat, menambah baik dan mengedarkan produk mereka. Syarikat pembuatan menyepadukan teknologi baharu, termasuk Internet Benda (IoT), pengkomputeran awan dan analisis, AI serta pembelajaran mesin ke dalam kilang pembuatan dan seluruh operasi mereka. Walau bagaimanapun, menurut data daripada Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), penerimagunaan Industri 4.0 dalam kalangan firma tempatan adalah kurang daripada satu peratus. Ini menunjukkan bahawa mereka agak ketinggalan dari segi standard antarabangsa, seterusnya mewujudkan suatu jurang yang perlu diatasi jika firma Malaysia ingin kekal berdaya saing dalam jangka panjang.

Kerjasama ini menggabungkan sumber daripada peneraju pasaran yang terkemuka dalam pelbagai sektor termasuk dalam domain, proses dan teknologi industri. Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, UST, Intel dan SAP akan bersama-sama mewujudkan pusat Pengalaman Pelanggan di Makmal Inovasi UST tempatan yang akan membantu menyampaikan idea tentang pendigitan penyelesaian tersuai. Selain itu, Makmal Inovasi UST akan menyediakan sebuah pusat pengalaman canggih di mana PKS boleh mendapatkan khidmat rundingan dan merancang transformasi untuk perniagaan mereka.

Terdapat permintaan yang tinggi terhadap penyelesaian berorientasikan inovasi di Koridor Utara Malaysia yang dapat meningkatkan produktiviti, mencipta peluang pekerjaan dan menawarkan peluang untuk membina kemahiran yang diperlukan demi menjadikan rantau ini sebuah hab pembuatan pilihan. Dengan memanfaatkan 'Makmal Inovasi' UST, perniagaan kini dapat mempercepat pembangunan idea yang menggunakan infrastruktur, platform, alat dan pasukan yang saling terhubung di seluruh dunia.

"Kerjasama berprofil tinggi ini bakal menyatukan peneraju industri dalam sektor perkakasan dan perisian bagi mempercepat pembangunan penyelesaian Industri 4.0 yang sangat penting. Dengan mengusahakannya secara bersama-sama, ketiga-tiga syarikat akan menyumbang ke arah pencapaian matlamat perniagaan PKS Malaysia yang penting sambil membantu mereka merancang masa depan," kata Amar Chhajer, Ketua UST di seluruh Malaysia.

Intel dan SAP komited untuk bekerjasama dengan UST bagi mempercepat penerimagunaan sistem dan penyelesaian Industri 4.0. Intel telah memantapkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dengan menyediakan ekosistem penyelesaian IoT perindustrian asas yang selamat dan boleh ditingkatkan yang dapat memberikan kecerdasan apabila aset dikendalikan dan cerapan didedahkan daripada data. Intel Xeon, peranti IoT & Komputer Industri berasaskan Core & Atom, produk Intel Vision & VPU Movidius adalah antara penyelesaian dan teknologi yang ditawarkan oleh Intel untuk IoT perindustrian. Sebagaimana Intel, SAP juga berusaha untuk mencipta inovasi yang menghubungkan dunia fizikal dan digital untuk mewujudkan sebuah sistem autonomi yang pintar. Melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat yang dinamik ini, UST membolehkan perusahaan merealisasikan manfaat teknologi generasi seterusnya dengan sempurna.

Tentang UST 

Selama lebih 22 tahun, UST telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat terbaik di dunia untuk memberi impak yang sebenar melalui transformasi. Dikuasakan oleh teknologi, diilhamkan oleh para pekerja dan diterajui oleh matlamat kami, kami bekerjasama dengan para pelanggan bermula daripada reka bentuk hingga operasi. Melalui pendekatan yang tangkas, kami mengenal pasti cabaran teras mereka dan mencipta penyelesaian baharu yang mampu merealisasikan visi mereka. Dengan kepakaran domain yang mendalam dan falsafah kalis masa depan, kami memupuk inovasi dan ketangkasan ke dalam organisasi pelanggan kami—memberikan nilai yang boleh diukur dan perubahan yang berkekalan di seluruh industri dan di seluruh dunia. Bersama-sama dengan lebih 30,000 orang pekerja di lebih 30 buah negara, kami berkembang untuk memberikan kesan tanpa had—menyentuh kehidupan berbilion-bilion manusia sepanjang proses yang terlibat. Sila layari laman web kami di www.UST.com

Hubungan Media UST: 
Tinu Cherian Abraham
+1 (949) 415-9857

Merrick Laravea
+1 (949) 416-6212

Neha Misri
+91-9284726602
media.relations@ust.com

Hubungan Media untuk A.S.: 
S&C PR
+1-646.941.9139
media@scprgroup.com

Makovsky
ust@makovsky.com

Hubungan Media untuk Australia:
Team Lewis
ust@teamlewis.com

Hubungan Media untuk U.K.: 
FTI Consulting
UST@fticonsulting.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1422658/UST_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: UST
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Contracts New products/services Data Analytics