-- Projek pelaburan swasta terbesar di Timor Timur, negara yang baru mencapai kemerdekaannya
-- Projek infrastruktur dan minyak dijangka akan turut berjaya direbut hasil penglibatan yang berjaya ke dalam pasaran simen
SEOUL, 8 Januari 2014 /PRNewswire/ -- POSCO E&C (Naib Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif, Chung Dong-Hwa) telah mengumumkan pada 3 Disember yang ia telah berjaya mendapat satu projek loji simen bernilai 350 juta dolar, bersamaan dengan kira-kira 370 bilion won, daripada TL Cement Timor Timur (Timor-Leste Cement ialah syarikat kegunaan khusus yang dimiliki sepenuhnya oleh BGC, syarikat pembinaan terbesar di Australia Barat).
Projek baharu itu adalah untuk membina loji simen dengan kapasiti tahunan sebanyak 1.5 juta tan di Baucau, timur laut Timor Timur. Pembinaan dijangka akan mengambil jumlah masa 34 bulan mulai masa kontrak dimuktamadkan.
Sehubungan dengan itu, acara penyampaian LOA (Surat Pemberian) telah diadakan di Perth, Australia Barat, yang telah dihadiri oleh pemilik projek TL Cement, BGC, POSCO E&C dan lain-lain.
Timor Timur, yang telah menjadi negara bebas apabila ia mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Indonesia pada tahun 2002, ialah satu negara kecil dengan jumlah populasi seramai hanya 1.1 juta orang. Kerajaan Timor Timur telah berusaha sejak tahun-tahun kebelakangan ini untuk memperluas projek pembinaan infrastrukturnya selaras dengan Pelan Pembangunan Strategik Timor Timur 2011-2030.
Sebagai projek pelaburan swasta terbesar bagi sebarang projek loji perindustrian berskala besar yang sedang digalakkan oleh kerajaan Timor Timur, projek ini menggalas jangkaan tinggi daripada kerajaan.
Apa yang memainkan peranan penting dalam kejayaan mendapat projek ini, selain sokongan aktif kerajaan Timor Timur, ialah kepercayaan yang disemai oleh POSCO E&C semasa bekerjasama dengan BGC dalam pelbagai projek di Australia dalam masa 2 tahun lepas.
POSCO E&C sedang merancang untuk melaksanakan projek ini berdasarkan EPC (Kejuruteraan, Pemerolehan dan Pembinaan), merangkumi semuanya daripada perancangan ke kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan penugasan.
POSCO E&C menjangkakan ia mampu menggunakan kelebihan kedudukan yang berguna dalam pasaran daripada kejayaannya dalam projek ini bagi mendapatkan projek pembangunan infrastruktur dan minyak lain pada masa hadapan daripada kerajaan Timor Timur, termasuk untuk projek kemudahan jalan, pelabuhan, lapangan terbang dan penyahgaraman.
SUMBER POSCO E&C