omniture

COP15: Persidangan Antarabangsa tentang Penyelesaian kepada Punca Utama yang Menyebabkan Kemusnahan Biodiversiti

SNAP Québec
2022-12-07 20:46

MONTREAL, 7 Disember 2022 /PRNewswire/ -- COP15 tentang Biodiversiti akan dianjurkan di Montreal dari 7 hingga 19 Disember 2022 dan merupakan satu peluang unik untuk membincangkan isu-isu berkaitan perlindungan alam semula jadi. Collectif COP15, sebuah kumpulan yang terdiri daripada 94 pertubuhan masyarakat awam di Quebec, akan menganjurkan satu persidangan antarabangsa yang penting dari 6 hingga 8 Disember tentang penyelesaian kepada punca utama yang menyebabkan kemusnahan biodiversiti.


Persidangan ini diadakan bagi menyahut seruan IPBES dan IPCC terhadap perubahan sistemik yang diperlukan segera bagi menangani punca utama kepada dua krisis alam sekitar yang penting dan saling berkaitan: kemusnahan biodiversiti dan perubahan iklim.

Objektif persidangan ini adalah untuk membuka ruang diskusi dan mengaturkan beberapa siri tindakan bagi menangani isu-isu yang terlibat dalam mengubah model ekonomi dan sistem nilai yang berbahaya kepada alam semula jadi.

Selain itu, pihak penganjur juga berharap agar persidangan ini dapat diakhiri dengan seruan rasmi kepada pihak berkepentingan untuk terus mengusahakan penyelesaian bagi menangani punca berlakunya masalah ini pada COP akan datang dengan menggabungkan isu iklim dan biodiversiti.

Petikan: 
"Kami berharap Persidangan tentang Penyelesaian kepada Punca Utama yang Menyebabkan Kemusnahan Biodiversiti ini bakal menjadi suatu legasi COP15 yang hebat. Kepimpinan masyarakat awam semasa COP15 -- dengan menganjurkan pelbagai acara dan mengaturkan aktiviti bagi melindungi penghidupan – mungkin merupakan pemulihan terbaik untuk suasana sinisisme yang sudah menjadi kelaziman, dengan menentangnya dan menyebarkan harapan. Penyelesaiannya ada dan kita harus mewujudkan satu ruang di mana ia dapat didengari dan dilaksanakan."
Alain Branchaud, Pakar Biologi merangkap Pengarah Eksekutif SNAP Québec serta Jurucakap untuk Collectif COP15

"Persidangan tentang Penyelesaian kepada Punca Utama di Montreal ini menghimpunkan beberapa orang saintis terkenal di peringkat antarabangsa dari beberapa benua: Afrika, Eropah dan Amerika yang menyertai para penyelidik pribumi dari Kanada. Pakar-pakar yang terlibat daripada pelbagai disiplin saintifik ini akan mengkaji transformasi sistemik yang diperlukan dalam ekonomi dan masyarakat di sini dan di seluruh dunia bagi mengatasi kemusnahan biodiversiti dan memulihkan ekosistem yang sihat,"
Éric Pineault, Profesor merangkap Presiden Jawatankuasa Saintifik Institut des sciences de l 'environnement di UQAM serta Pengarah Saintifik "Pôle sur la ville résiliente"

Untuk maklumat lanjut tentang persidangan ini: http://causessousjacentes.eventbrite.ca

MAKLUMAT

Penyelesaian kepada Punca Utama yang Menyebabkan Kemusnahan Biodiversiti pada
6 hingga 8 Disember 2022
Salle Polyvalente di Pavillon Sherbrooke (UQAM)
200 Rue Sherbrooke Ouest, Montréal, QC H2X 1X5
Métro Place-des-Arts

HUBUNGAN: SNAP Québec, Charlène Daubenfeld, Pengarah Komunikasi, (514) 378-3880, communications@snapquebec.org

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1961928/SNAP_Qu_bec_COP15__An_International_Conference_on_Solutions%C2%A0to_t.jpg?p=medium600

 

Source: SNAP Québec
Keywords: Conference call announcements Environmental Issues