omniture

Dana Pembangunan Kebudayaan Menekankan Kepentingan dalam Mendayakan Sektor filem Negara melalui Penyertaan pada Festival Filem Laut Merah Antarabangsa

Cultural Development Fund
2022-12-07 22:10

JEDDAH, Arab Saudi, 7 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Selama 10 hari, bandar yang paling utama di Laut Merah menjadi sebuah tempat untuk para pembuat filem, bintang terkenal serta perintis filem dari seluruh dunia memandangkan Festival Filem Laut Merah antarabangsa kali ke-2 yang dianjurkan oleh Red Sea Film Festival Foundation berlangsung di Jeddah, dengan Dana Pembangunan Kebudayaan (CDF) Arab Saudi bertindak sebagai rakan kongsi rasmi festival tersebut.

The Cultural Development Fund Highlights the Importance of Enabling the Kingdom’s film Sector through Participation in International Red Sea Film Festival
The Cultural Development Fund Highlights the Importance of Enabling the Kingdom’s film Sector through Participation in International Red Sea Film Festival

Diadakan di bawah tema Filem adalah Segala-galanya dari 1 - 10 Disember, festival ini merupakan acara berskala besar yang tiada tandingannya di mana perintis filem berkumpul untuk meraikan pengalaman audio visual yang menggabungkan keadaan sebenar dengan keadaan yang dibayangkan. Para pembuat filem, penerbit dan pakar Arab dan antarabangsa berada di bandar tersebut untuk mempamerkan peranan dan produksi filem mereka yang sentiasa menyentuh hati peminat di seluruh dunia.

Melalui penyertaan di acara tersebut, CDF bermatlamat untuk membiasakan para pengunjung dengan pelbagai inisiatif dan peranan sebagai fasilitator pembiayaan dan perkhidmatan lain. Dana tersebut berfungsi sebagai penggerak utama dan pembiaya utama industri filem Kerajaan Arab Saudi serta kekal komited untuk memastikan kelestariannya sebagai sektor kebudayaan yang aktif dan berdaya maju untuk menyumbang kepada pendapatan negara dan meningkatkan kandungan tempatan.

Selain itu, festival tersebut turut menawarkan peluang yang sempurna untuk meneroka peluang pelaburan dalam sektor filem dan industri yang berkaitan serta sektor kebudayaan dan sektor berkaitan budaya yang lain di Arab Saudi.

Najla AlNomair, Ketua Pegawai Strategi dan Pembangunan Perniagaan CDF, menekankan peranan dana tersebut dalam memperkukuh kelestarian sektor kebudayaan Arab Saudi: "Dana ini memanfaatkan kehadirannya di festival ini untuk membina kerjasama yang kukuh dengan tokoh kebudayaan dan penggerak industri terkemuka serta memulakan program dan inisiatif yang direka untuk membantu bakat kreatif," kata beliau. "Salah satu daripada program ini, iaitu Program Pembiayaan Sektor Filem, berjaya mengumpulkan SAR879 juta untuk menyokong para pembuat filem tempatan dan merupakan komponen utama dalam strategi CDF untuk membangunkan industri filem tempatan. Kami berbangga dapat menyokong bakat kreatif tempatan kerana mereka berkongsi minat, kisah dan karya kreatif mereka dengan para pembuat filem terkemuka di dunia dan membentangkan kisah-kisah yang memberi inspirasi dan mempesonakan."

Pavilion CDF di Red Sea Souk, sebuah pasaran filem yang beroperasi bersama-sama dengan festival awam, menganjurkan satu siri perbincangan dan dialog dengan para peserta di sepanjang festival yang menyerlahkan peranannya dalam memperkasakan industri filem Arab Saudi. Para peserta berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan program CDF yang boleh dimanfaatkan oleh para pekerja sektor budaya untuk projek, kerja dan idea pelaburan mereka.

Festival Filem Laut Merah Antarabangsa merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan bagi individu dan syarikat swasta yang beroperasi dalam industri filem Arab Saudi serta syarikat-syarikat antarabangsa dan organisasi bukan berasaskan keuntungan untuk bertemu dan melibatkan diri dengan para pembuat filem terkemuka di dunia. Acara tersebut menyediakan sebuah platform yang unik untuk membincangkan kemungkinan projek bersama yang dapat membina reputasi dan portfolio industri filem tempatan Arab Saudi yang semakin berkembang, menyumbang kepada pertumbuhan sektor kebudayaan sebagai komponen ekonomi negara yang tidak melibatkan petroleum serta meningkatkan usaha Arab Saudi untuk menjadi salah satu ekonomi terbesar di dunia yang paling pesat berkembang dan begitu pelbagai.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1962836/Cultural_Development_Fund1.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1962837/Cultural_Development_Fund2.jpg?p=medium600

The Cultural Development Fund Highlights the Importance of Enabling the Kingdom’s film Sector through Participation in International Red Sea Film Festival
Cultural_Development_Fund2
Source: Cultural Development Fund
Keywords: Art Entertainment Film & Motion Picture Trade show news