omniture

GEMFOREX melancarkan UX yang memberi tumpuan kepada identiti baharu selepas memperoleh lesen daripada Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) Seychelles

GEMFOREX
2022-12-08 08:00

LIMASSOL, Cyprus, 7 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Kita telah berada di penghujung tahun 2022, pasaran kewangan telah mengalami tahun yang sangat tidak menentu. Daripada perang Rusia-Ukraine, inflasi di seluruh dunia hingga ke platform dagangan MT4/5 yang dilarang di Apple App Store, ia merupakan keadaan yang sukar untuk para pedagang dan broker forex.

 

GEMFOREX releases new UX focused identity after obtaining an FSA Seychelles license
GEMFOREX releases new UX focused identity after obtaining an FSA Seychelles license

 

Bagaimanakah platform dagangan kewangan dalam talian yang terkemuka di Asia terus berkembang maju? Pada 12 Mei 2022, GEMFOREX Limited telah memperoleh Lesen Pengedar Sekuriti daripada FSA Seychelles, dengan lesen No. SD116. Selepas persediaan yang dilakukan dengan teliti, GEMFOREX mengakhiri tahun ini dengan melancarkan identiti global yang dipertingkatkan. Apakah yang boleh diharapkan oleh para pedagang daripada pelancaran ini?

Pengalaman pengguna merupakan kunci utama

"Kami telah meningkatkan pelbagai alat yang digunakan oleh para pengguna setiap hari dalam dagangan mereka. Dengan menawarkan perjalanan dan pengalaman pengguna yang lebih baik, kami berhasrat untuk memberikan perkhidmatan dan menarik perhatian bakal pelanggan dan sedia ada untuk membantu mereka merealisasikan, berdagang boleh menjadi mudah dan keperluan mereka didengari. Ia hanya permulaan dalam perjalanan kami dan kami mengharapkan lebih banyak kemajuan menjelang tahun 2023." Diulas oleh Jessica Kim, Ketua Pemasaran GEMFOREX.

Sama ada anda seorang pedagang atau rakan kongsi, para pengguna akan mencari laman web yang mudah dinavigasi untuk mengukur falsafah syarikat sepintas lalu dan dapat membuka akaun dalam masa 30 saat melalui proses pendaftaran yang cekap dan mudah. Tambahan pula, portal pelanggan yang komprehensif boleh membantu memantau semua aktiviti dan laporan dagangan. Para pengguna boleh mendeposit dan membuat pengeluaran dengan selamat melalui lebih banyak kaedah pembiayaan dan yang paling penting mendapat akses kepada GEMFOREX global, satu identiti serba baharu yang bertekad untuk mengoptimumkan pengalaman semua pedagang pada bila-bila masa.

Di bahagian produk, GEMFOREX memberi tumpuan kepada pembinaan model perniagaan yang boleh memberi manfaat kepada hubungan jangka panjang dengan para pelanggannya. Terdapat pelarasan pada jenis akaun dan program rakan kongsi yang bertujuan untuk memberikan lebih banyak peluang kepada para pelanggan untuk menjana keuntungan yang lebih besar.

Inovasi hanya bermula di sini 

Melangkah ke tahun 2023, akan terdapat beberapa perubahan besar yang akan datang untuk mengguna pakai kerangka asas yang telah dibina sehingga kini. Para pedagang boleh menjangkakan lebih banyak penyelesaian pembayaran, platform dagangan tambahan dan instrumen dagangan.

Tentang GEMFOREX 

GEMFOREX ialah sebuah broker global yang menawarkan mata wang, CFD, syiling kepada lebih 400,000 pelanggan di seluruh dunia. Dibina oleh pedagang untuk pedagang, GEMFOREX diiktiraf atas perkhidmatan dan teknologinya yang menyediakan kelebihan kepada para pedagang untuk bersaing di pasaran. Ia telah berkembang menjadi jenama global dan terkenal sejak sedekad yang lalu.

Dengan gabungan unik produk inovatif, GEMFOREX berusaha untuk menyediakan keadaan dagangan yang kukuh kepada pedagang yang berpengalaman dan cukup intuitif untuk para pemula. Walaupun menawarkan salah satu keadaan dagangan terbaik dalam industri dan masa pelaksanaan yang paling cepat, GEMFOREX juga mengutamakan keselamatan dana pelanggan dan keselamatan data.

Buka akaun dengan GEMFOREX di sini.

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1963498/GEMFOREX.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1963497/GEMFOREX_logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: GEMFOREX
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services Financial Technology