omniture

Dagangan bebas swap Vantage berikan pedagang emas hampir AS$1 juta penjimatan sepanjang tempoh tiga bulan

Vantage
2022-12-08 17:05 292

Kemas kini produk popular akan dilanjutkan kepada dagangan yang dibuat untuk aset digital yang lain

PORT VILA, Vanuatu, 8 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Vantage, (atau "Vantage Markets") berkata dagangan XAUUSD emas bebas swap telah menyaksikan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggan. Dalam tempoh tiga bulan pertama pelaksanaannya, pedagang Vantage dapat menikmati hampir USD 1 juta penjimatan* daripada yuran semalaman.

Dagangan bebas swap Vantage memberikan kepada pedagang emas hampir AS$1 juta penjimatan sepanjang tempoh tiga bulan
Dagangan bebas swap Vantage memberikan kepada pedagang emas hampir AS$1 juta penjimatan sepanjang tempoh tiga bulan

Sebagai respons kepada maklum balas yang positif daripada pelanggan, Vantage telah memutuskan untuk meneruskan dagangan bebas swapnya selepas tahun 2022 dan melanjutkan penawaran berkenaan kepada aset-aset digital yang lain demi memberi manfaat kepada lebih ramai pelanggan.

Peningkatan produk bebas swap direka bentuk untuk memberi kemudahan yang lebih besar kepada pedagang XAUUSD emas. Pelanggan tidak dikenakan yuran semalaman apabila berdagang merentas semua akaun dagangan, termasuk pada Vantage App, tanpa mengira saiz dagangan. Butiran tentang dagangan bebas swap boleh ditemui di sini. Pelanggan juga boleh mengira potensi penjimatan mereka dengan Vantage Swap Calculator.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi dan Perdagangan berkata, "Kami menerima banyak maklum balas yang positif daripada pelanggan kami dan berasa gembira untuk melanjutkan penawaran ini demi manfaat mereka. Di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran yang melampau, dagangan bebas swap menghapuskan yuran semalaman sebagai pertimbangan kos untuk pelanggan kami apabila mereka memilih untuk meneruskan strategi dagangan dalam tempoh yang lebih panjang. Ia juga memberi kefleksibelan kepada mereka untuk menutup dagangan mereka mengikut masa yang mereka pilih, bagi tujuan lindung nilai, lalu menghapuskan keperluan untuk menutup dagangan mereka setiap hari."

"Di Vantage, kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan penawaran kami bagi membolehkan pelanggan kami memperdagangkan peluang pasaran mengikut cara mereka sendiri."

*Berdasarkan angka yang disediakan oleh entiti-entiti Vantage.

Latar Belakang Vantage

Vantage (atau "Vantage Markets") ialah broker berbilang aset bertaraf global yang menawarkan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon kepada pelanggan. Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 13 tahun, kini Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage adalah lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang perdagangan. Muat turun Vantage App di App Store atau Google Play.

Diperkasa untuk memanfaatkan peluang pasaran yang menarik dengan lebih baik apabila anda berdagang lebih bijak @vantage.

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Hispanic-oriented news Financial Technology