omniture

Microland Diiktiraf sebagai Peneraju untuk Tahun Ketiga Berturut-turut dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2022 bagi Perkhidmatan Rangkaian Terurus

Microland
2022-12-08 19:39

BENGALURU, India, LONDON dan SAN JOSE, California, 8 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Untuk tahun ketiga berturut- turut, Microland telah dinobatkan sebagai Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2022 bagi Perkhidmatan Rangkaian Terurus. Microland telah diiktiraf atas Keupayaannya untuk Melaksana dan Penyempurnaan Visi dalam bidang ini.

Microland Recognized as a Leader for the Third Consecutive Year in the 2022 Gartner® Magic Quadrant™ for Managed Network Services
Microland Recognized as a Leader for the Third Consecutive Year in the 2022 Gartner® Magic Quadrant™ for Managed Network Services

Dalam dunia pasca pandemik Covid, Microland telah meningkatkan pendekatannya terhadap transformasi dan pengurusan rangkaian dengan mengubah fokusnya kepada Pengalaman Pengguna dan Produktiviti Pengguna. Metodologi pengurusan rangkaian berpusatkan pengguna baharu ini mengoptimumkan produktiviti, pengalaman dan keselamatan melalui sebuah dasar akses berasaskan persona, keutamaan penggunaan khusus perniagaan atas permintaan dan operasi yang dipertingkatkan dengan memanfaatkan Automasi, AIOps (Kecerdasan Buatan untuk Operasi IT) dan Analisis. Kami percaya bahawa fokus yang ditakrifkan semula dan usaha inovasi kami untuk memperkaya Pengalaman Pengguna melalui operasi rangkaian pintar telah mendorong peningkatan dari segi kepuasan pelanggan dan telah membuatkan kami diletakkan pada kedudukan sebagai Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus.

Rangkaian penyelesaian kami yang dikenali sebagai Microland Intelligent Network Experience (m.i.n.e.) menyediakan perkhidmatan rangkaian penuh daripada perundingan dan penilaian kepada perkhidmatan transformasi serta perkhidmatan terurus. Rangkaian penyelesaian m.i.n.e. merangkumi teknologi rangkaian generasi seterusnya yang utama termasuk SD-LAN, SD-WAN, SASE, Rangkaian OT, SDN untuk Pusat Data, Rangkaian Awan dan 5G Persendirian. Rangkaian m.i.n.e. disokong oleh sebuah platform tersendiri yang unik yang dikenali sebagai Platform Jaminan Rangkaian (NAP), iaitu platform pemecut transformasi dan kecemerlangan operasi kami yang dibangunkan secara dalaman.

Robert Wysocki, Naib Presiden Kanan dan Ketua Penyelesaian Pelanggan Global bagi Rangkaian & Keselamatan Siber Microland berkata "Kami amat teruja untuk berada pada kedudukan sebagai Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2022 untuk Perkhidmatan Rangkaian Terurus buat kali ketiga berturut-turut. Kami percaya pengiktirafan ini bertindak sebagai satu pengiktirafan terhadap komitmen berterusan kami ke arah pendekatan inovatif untuk beralih daripada Pengurusan Rangkaian berasaskan infrastruktur kepada Pengurusan Rangkaian Berpusatkan Pengguna dan pengiktirafan oleh Gartner ini mengesahkan semula kepercayaan pelanggan terhadap kami disebabkan oleh tumpuan yang kami berikan secara berterusan terhadap inovasi, pengoptimuman dan keupayaan untuk memacu kecekapan."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengiktirafan ini, sila layari: https://www.microland.com/analyst-insights/leader-gartner-magic-quadrant-for-managed-network-services-2022

Penafian Gartner 

GARTNER ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar bagi Gartner manakala Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar bagi Gartner, Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan dalam siaran ini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi Penyelidikan & Penasihat Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Tentang Microland 

Komitmen Microland terhadap "Merealisasikan Digital" ("Making Digital Happen") membolehkan teknologi melakukan lebih banyak perkara serta mengurangkan gangguan. Kami memudahkan syarikat-syarikat untuk beralih kepada infrastruktur digital generasi seterusnya melalui portfolio perkhidmatan kami yang luas termasuk pusat-pusat Awan dan Data, Rangkaian, Tempat Kerja Digital, Keselamatan Siber dan Internet Benda Perindustrian. Kami memastikan bahawa penggunaan perkhidmatan digital ini boleh diramal, boleh dipercayai dan stabil.

Microland merealisasikan digital untuk syarikat perusahaan dengan fokus utamanya tertumpu kepada perkhidmatan yang lebih berkaitan dengan para pelanggan dan prospek kami berbanding sebelum ini, sekali gus menjamin hasil perniagaan. Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bengaluru, India, Microland mempunyai lebih 4,500 orang pakar digital di seluruh pejabat dan pusat perkhidmatan di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Sila baca lebih lanjut di sini: https://www.microland.com/

Hubungan Media: madhur.dubey@microland.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1963801/Microland_2022_Gartner_Magic_Quadrant.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1343841/Microland_Logo.jpg?p=medium600

Source: Microland
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards