omniture

Zaman kanak-kanak yang hilang: sebuah rangkaian yang 'amat erat' bagi memerangi penderaan dan kesedihan

Menarini Industrie Farmaceutiche Riunite
2022-12-08 20:39

On Radar  dilancarkan, iaitu mesyuarat pertama Kumpulan Pemikir Fondazione Internazionale Menarini

ROME, 8 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Menetapkan perubahan sebenar dalam gerakan melalui dialog di kalangan pakar bagi menangani isu kesedihan golongan kanak-kanak yang belum dapat diselesaikan. Ini merupakan topik yang dibincangkan semasa mesyuarat pertama 'On Radar' bagi Kumpulan Pemikir Fondazione Internazionale Menarini yang dianjurkan di Rome pada 29 November lepas.

First meeting of On Radar, Think Tank of Fondazione Internazionale Menarini
First meeting of On Radar, Think Tank of Fondazione Internazionale Menarini

"Kami percaya bahawa setiap syarikat mempunyai tanggungjawab untuk menjadi sebahagian daripada komuniti sosial dan menggalakkan dialog walaupun pada topik yang paling diabaikan," jelas Lucia Aleotti, pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah Menarini Group.

On Radar telah diwujudkan dengan matlamat untuk mengawasi masyarakat, mengenal pasti masalah dan komited untuk menambah baik persekitaran tempat kita tinggal. Untuk acara pertamanya, seramai 28 orang pakar telah terlibat termasuk pakar pediatrik, ahli psikologi, guru, hakim dan pegawai daripada pasukan polis Itali: kesemuanya bersatu untuk mencari penyelesaian yang kukuh bagi fenomena penderaan dan keganasan terhadap kanak-kanak dan remaja yang selama bertahun-tahun telah menjadi sebahagian besar daripada masalah sosial yang utama di seluruh dunia.

Mesyuarat ini membincangkan masalah penderaan kanak-kanak dalam pelbagai bentuk layanan buruk dari segi fizikal dan psikologi, pengasingan sosial dan kemiskinan, dengan memberikan tumpuan khusus terhadap kawasan pinggir bandar.

Salah satu cadangan yang ditampilkan dalam mesyuarat ini ialah mewujudkan sebuah organisasi Kehakiman yang Memantau penjagaan mangsa penderaan secara tetap, berserta mesyuarat yang melaporkan perkembangan secara berkala dan mempromosikan sebuah rangkaian yang menghubungkanpengendali dan pejabat pendakwa awam dalam sektor ini untuk memupuk dialog dan memastikan bahawa setiap situasi ditangani dengan sewajarnya. Namun, ia tidak terhad setakat itu sahaja: Penglibatan pakar paediatrik merupakan salah satu topik yang turut dibincangkan bagi memperkenalkan petunjuk potensi kesedihan dalam mendraf laporan penjagaan kesihatan serta potensi peranan kursus latihan terhadap ibu-ibu baharu tentang risiko mendedahkan gambar anak-anak di media sosial kerana mereka mungkin menjadi subjek pornografi kanak-kanak. 

Di Itali terdapat kira-kira 9 juta kanak-kanak bawah umur dan daripada jumlah ini, 9% mengalami penderaan di mana 85% daripadanya ialah penderaan psikologi, 10% penderaan fizikal dan 3% penderaan seksual. Data yang membimbangkan ini menjadi semakin teruk akibat berlakunya pandemik Covid 19.

"Hasrat kami yang besar," jelas Massimo Scaccabarozzi, Presiden On Radar "ialah untuk menyumbang bagi mencapai keadaan kesihatan kanak-kanak di seluruh dunia yang selaras dengan beberapa matlamat Agenda 2030 PBB, terutamanya dalam menangani kemiskinan dan akses kepada pendidikan".

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1963436/Menarini_Industrie.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1958938/MENARINI_GROUP_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1963434/On_Radar_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Menarini Industrie Farmaceutiche Riunite
Keywords: Education Entertainment Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Children-related news New products/services