omniture

Modul Wayarles Mudah Digunakan daripada RS Components Memudahkan Ketersambungan Internet

RS Components
2014-01-09 11:00 113

Pemproses SimpleLink Wi-Fi CC3000 TI bantu memperkembangkan 'Internet of Things' dengan kemudahan teknologi Wi-Fi

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Januari 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar dengan perkhidmatan tinggi bagi produk elektronik dan penyelenggaraan yang menerajui di dunia, terus memperkembangkan tawaran semikonduktor miliknya dan kini mempunyai stok rangkaian produk SimpleLink Wi-Fi CC3000 yang dihasilkan oleh Texas Instruments (TI).

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Modul TI CC3000 ialah pemproses rangkaian wayarles 802.11 serba lengkap yang memudahkan dan mempercepat implementasi ketersambungan Internet. Penyelesaian SimpleLink Wi-Fi TI turut meminimumkan keperluan perisian bagi pengawal mikro (MCU) hos dan seterusnya menjadikannya penyelesaian ideal bagi aplikasi terbenam dengan menggunakan MCU yang rendah kos dan rendah kuasa dengan kesan memori yang padat.

Modul CC3000 yang serba lengkap direka bagi mengurangkan masa pembangunan serta kos pembuatan, lalu membolehkan tambahan mudah kepada PCB dengan kepakaran RF yang minimum serta menyediakan pematuhan RF di seluruh AS, Kanada dan Eropah (FCC, IC dan ETSI). Faktor bentuk kecil modul itu yang berukuran 16.3mm x 13.5mm x 2mm menjimatkan ruang pada papan dan sesuai bagi aplikasi automasi kediaman, keselamatan kediaman, peralatan yang disambungkan, kuasa pintar serta komunikasi M2M. Prestasi radio terbaiknya juga memastikan liputan yang andal bagi seluruh kawasan aplikasi yang berkaitan.

Papan Modul Penilaian (EM) CC3000 juga boleh didapati daripada RS, yang disediakan bagi membantu melancarkan proses penilaian dan pembangunan. Papan EM mengandungi modul CC3000 dan pengepala standard RF1 dan RF2 bagi membuat sambungan kepada kebanyakan platform TI termasuk MSP430, Stellaris dan C5000.

Di samping itu, penyelesaian platform lengkap ini disertakan dengan pemacu perisian, aplikasi sampel, panduan API, dokumentasi pengguna dan komuniti sokongan bertaraf dunia.

Kedua-dua produk boleh didapati secara pesanan terus daripada stok RS bagi penghantaran pada hari yang sama.

Latar Belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar dengan perkhidmatan tinggi bagi produk elektronik dan penyelenggaraan yang menerajui di dunia. Dengan beroperasi di 32 negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk menerusi Internet, katalog dan di kaunter dagangan kepada lebih sejuta pelanggan serta penghantaran sebanyak 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, bersumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuklah komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan pada Bursa Saham London dan beroleh pendapatan sejumlah GBP 1.24 bilion pada tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2013.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web di http://www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components pada Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components pada Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com

RS Components
http://www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components

Tan Soo Chun
Pengurus Bahagian Perhubungan Awam -- Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

SUMBER    RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Internet Technology Semiconductors Wireless Communications Licensing/marketing agreements New products/services