omniture

Nikmati Pengalaman Perjalanan yang Unik dengan FindGuide

FindGuide
2022-12-09 19:17

Muat turun aplikasi untuk mengatur lawatan dengan pemandu pelancong tempatan dan merasai suasana sebenar destinasi anda

DUBAI, UAE, 9 Disember 2022 /PRNewswire/ -- FindGuide, sebuah platform baharu yang menghubungkan pemandu pelancong tempatan dengan pengembara di seluruh dunia, telah melancarkan aplikasi untuk pengembara di kedua-dua gedung aplikasi iOS Apple dan Android Play Store Google. Kini pelancong boleh mencari, menghubungi dan membuat lawatan yang eksklusif dengan pemandu pelancong tempatan walau di mana-mana sahaja di dunia tanpa perlu keluar daripada aplikasi tersebut atau melalui pihak ketiga.

Discover the new FindGuide app for finding local guides

"Pakej percutian moden" hari ini telah mengurangkan suasana gembira meneroka sejarah dan budaya apabila kembara dilakukan dengan meninggalkan kampung halaman. Kebanyakan pengembara kini tidak lagi menikmati pengalaman paling indah apabila bercuti: kembara bersama penduduk tempatan yang akan membawa anda ke lokasi menyeronokkan dan memberi inspirasi kepada anda dengan kisah-kisah mereka.

FindGuide telah dicipta untuk menjadikan lawatan peribadi sesuatu yang mudah, boleh diakses dan menarik untuk semua orang tanpa mengira usia, kedudukan, latar belakang dan pemikiran.  Aplikasi FindGuide menawarkan akses kepada beratus-ratus pemandu pelancong tempatan di lebih 100 buah bandar di seluruh dunia, termasuk di Eropah, Amerika Utara & Selatan, Asia Tenggara dan banyak lagi.

Tersedia dalam 5 bahasa utama, ia mempunyai navigasi dalam aplikasi yang intuitif dengan antara muka yang cantik yang dapat menjadikan proses membuat lawatan berjalan dengan pantas dan lancar. Aplikasi FindGuide ini juga menawarkan lawatan peribadi yang dibuat secara berjalan kaki dan lawatan menggunakan kenderaan serta mencadangkan kepada anda tempat terbaik yang lengkap dengan hidangan tempatan.

Pengembara hanya perlu memuat turun aplikasi, memilih destinasi dan tarikh perjalanan mereka serta menetapkan pilihan peribadi mereka. Mereka boleh memilih daripada senarai pemandu pelancong tempatan atau menunggu pemandu pelancong untuk menghubungi mereka.

Semua pemandu pelancong tempatan di FindGuide mempunyai pengalaman dan cara tersendiri yang unik dalam melakukan lawatan bandar. Dan untuk para pengembara yang lebih konservatif, FindGuide menawarkan pemandu pelancong veteran yang mempunyai sijil dan sangat berkelayakan.

Dapatkan aplikasi FindGuide sekarang dan jadikan percutian anda lebih dari sekadar perjalanan biasa

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1964504/FindGuide.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1964473/FindGuide_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: FindGuide
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Travel New products/services