omniture

Ma'aden Disahkan sebagai Rakan Kongsi Pengasas Forum Mineral Masa Depan Arab Saudi 2023

Future Minerals Forum
2022-12-09 19:52

RIYADH, Arab Saudi, 9 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Ma'aden, sebuah syarikat perlombongan terkemuka Arab Saudi, hari ini mengumumkan tajaan untuk Forum Mineral Masa Depan (FMF) yang akan datang, yang akan berlangsung di Riyadh antara 10-12 Januari 2023. Sebagai Rakan Kongsi Pengasas, Ma'aden akan mempamerkan pencapaian terbarunya dalam industri perlombongan yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat. 

Sebagai sebahagian daripada programnya, FMF akan menampilkan Encik Robert Wilt, Ketua Pegawai Eksekutif Ma'aden sebagai salah seorang penceramah utamanya. Encik Wilt merupakan seorang veteran industri perlombongan dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kejuruteraan, perlombongan dan pengurusan korporat multinasional, beliau terkenal dalam menyampaikan keputusan strategik dan operasi yang luar biasa dalam persekitaran global yang mencabar.

Encik  Wilt  mengulas:  "Dengan penyertaan Ma'aden sebagai Rakan Kongsi Pengasas Forum Mineral Masa Depan, saya berasa gembira dapat menyertai barisan penceramah yang dihormati untuk menyerlahkan usaha kami dalam menerajui industri perlombongan yang lestari dan bertanggungjawab yang akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi dan matlamat kepelbagaian ekonominya."

"Sebagai salah sebuah daripada 10 syarikat terbaik di Arab Saudi dan antara syarikat perlombongan yang paling pesat berkembang di dunia, kami berharap dapat menjalin kerjasama jangka panjang dalam industri perlombongan, selain menyokong ekonomi tempatan. Operasi kami berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong sektor perindustrian dengan aktiviti perlombongan dan cari gali mineral serta pelaburan yang berkaitan dalam teknologi dan kelestarian di seluruh ekosistem tempatan", beliau menyimpulkan.

Dihoskan oleh Kementerian Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, Forum Mineral Masa Depan kedua dijangka akan mengumpulkan lebih 13,000 pembuat keputusan dari lebih 130 buah negara dan lebih 200 orang penceramah antarabangsa.

Tentang Ma'aden, Syarikat Perlombongan Arab Saudi

Ma'aden ialah syarikat perlombongan dan logam pelbagai komoditi terbesar di Timur Tengah dan merupakan antara syarikat perlombongan yang paling pesat berkembang di dunia, dengan pendapatan sebanyak SAR26.7 bilion (USD7.12 bilion) pada tahun 2021. Syarikat ini sedang membangunkan industri perlombongan untuk menjadi tonggak ketiga ekonomi Arab Saudi selaras dengan Wawasan 2030 dan mensasarkan untuk menjadi model peranan dalam operasi yang bertanggungjawab dan lestari.

Ma'aden mengendalikan 17 buah lombong dan tapak perlombongan, mempunyai lebih 6,000 orang pekerja langsung dan mengeksport produk ke lebih 30 buah negara. Ia memulakan pertumbuhan besar-besaran dalam tempoh 18 tahun akan datang di seluruh peringkat fosfat, aluminium, emas, tembaga dan mineral berharga – untuk memanfaatkan simpanan mineral Kerajaan Arab Saudi yang dianggarkan bernilai $1.3 trilion.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1964766/Maaden_Logo.jpg?p=medium600

Source: Future Minerals Forum
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals Joint ventures Personnel announcements Trade show news