Kajian dwitahunan ini mengungkap peranan Ketua Pegawai Data dan pewujudan fungsi pengurusan data yang lebih luas merentasi industri di seluruh dunia
NEW YORK, 9 Disember 2022 /PRNewswire/ -- EDM Council, sebuah persatuan perdagangan silang industri untuk pengurusan data, telah mengeluarkan Laporan Penanda Aras Pengurusan Data Global 2023 miliknya yang menunjukkan kepentingan Ketua Pegawai Data di seluruh industri serta peningkatan peranan pengurusan data sebagai satu disiplin rasmi dalam organisasi.
Data Laporan Penanda Aras 2023 mendedahkan kepentingan strategik yang semakin meningkat berkaitan peranan Ketua Pegawai Data dan amalan pengurusan data dengan dapatan khusus bahawa:
"Dalam tempoh lebih 30 tahun saya bekerja sebagai seorang eksekutif data, skop tanggungjawab telah berkembang dengan ketara, terutamanya dalam beberapa tahun yang lalu," kata John Bottega, Presiden EDM Council. "Laporan Penanda Aras tahun ini menunjukkan bahawa Eksekutif Data dan fungsi pengurusan data secara keseluruhan menggalas peranan strategik yang lebih besar kerana mereka bukan sahaja membantu mentakrifkan visi pengurusan data firma mereka tetapi juga hala tuju analisis, AI/ML, ESG dan kelestarian data mereka."
Edisi keempat Laporan Penanda Aras ini menyaksikan peningkatan sebanyak tiga kali ganda dalam keseluruhan penyertaan serta maklum balas daripada lebih banyak industri, dengan 58% maklum balas tersebut diperoleh daripada syarikat bukan kewangan, peningkatan sebanyak 27% daripada tinjauan pada tahun 2020. Kajian Penanda Aras ini menggunakan DCAM (Model Penilaian Keupayaan Pengurusan Data), yang menggariskan amalan terbaik untuk program data, sebagai rangka kerja untuk menilai bagaimana profesion ini telah memajukan agenda program pengurusan data secara keseluruhan.
Peserta tinjauan menyatakan bahawa 80% daripada mereka mempunyai program tadbir urus data yang sedang dijalankan atau telah pun diwujudkan. Laporan ini turut menekankan peranan penting pengurusan data awam yang bertanggungjawab dan beretika namun memerlukan penambahbaikan, dengan hanya 62% responden menunjukkan bahawa program tadbir urus analisis data lestari mereka telah dibentuk dan berkembang maju, walaupun kadar ini telah meningkat daripada 51% pada tahun 2020. Topik literasi data sebagai elemen penting bagi budaya dipacu data yang kukuh juga ditampilkan dalam analisis ini sebagai faktor utama kejayaan keseluruhan firma. Muat turun Laporan Penanda Aras ini.
Tentang EDM Council
EDM Council ialah persatuan global yang diwujudkan untuk meningkatkan amalan pengurusan dan analisis data sebagai keutamaan perniagaan dan operasi. EDM Council merupakan penyokong global terkemuka dalam pembangunan dan pelaksanaan piawaian data, amalan terbaik serta program latihan dan pensijilan yang komprehensif. Dengan lebih 350 ahli organisasi global dari Amerika, EMEA dan Asia serta lebih 15,000 orang profesional pengurusan data sebagai ahlinya, EDM Council menyediakan wadah kepada ahli profesional data untuk berinteraksi, berkomunikasi dan bekerjasama menghadapi cabaran serta kemajuan dalam pengurusan dan analisis data sebagai fungsi organisasi yang penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://edmcouncil.org/.