omniture

PARAMOUNT+ TIBA DI JERMAN, AUSTRIA DAN SWITZERLAND, MENGAKHIRI PENGEMBANGAN GLOBAL SELAMA SETAHUN

Paramount Global
2022-12-09 21:40

Bintang-bintang Tempatan dan Global Seperti Dani Levy serta Pelakon THE SHEIK dan STAR TREK: STRANGE NEW WORLDS, Anson Mount dan Pelakon 1883, Marc Rissmann Meraikan Pelancaran Tersebut Semasa Acara Pelancaran Eksklusif di Berlin

Susulan Pelancaran yang Berlangsung pada Minggu Lepas di Perancis dan Pelancaran pada Hari Ini di Jerman, Austria dan Switzerland, Paramount+ Kini Tersedia di 45 buah Pasaran di Seluruh Dunia

Muat Turun Aset DI SINI 

BERLIN, 9 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Paramount+, perkhidmatan penstriman global daripada Paramount (NASDAQ: PARA, PARAA), dilancarkan hari ini di Jerman, Switzerland dan Austria dengan beribu-ribu jam hiburan, yang menyusul setelah pelancaran perkhidmatan tersebut di Perancis pada 1 Disember lepas serta mengukuhkan pengembangan global yang dilaksanakan selama setahun memandangkan perkhidmatan tersebut kini beroperasi di 45 buah pasaran.

Bagi meraikan pelancaran terbarunya, Paramount melancarkan Permaidani Biru ikoniknya di UCI Luxe di Berlin dan menganjurkan acara yang tidak dapat dilupakan yang menampilkan pratonton pertama beberapa kandungan premium Paramount+. Bintang-bintang tempatan dan global berkumpul bersama-sama dalam acara eksklusif ini, termasuk bintang STAR TREK: STRANGE NEW WORLDS, Anson Mount, pelakon 1883, Marc Rissmann, Dani Levy dan Pelakon THE SHEIK serta Barisan Pelakon GERMANY SHORE termasuk keseluruhan pelakon SPOTLIGHT. Semasa acara tersebut berlangsung, pengumuman turut dibuat tentang Musim Kedua YELLOWJACKET yang akan bermula pada bulan Mac ini di beberapa pasaran di seluruh dunia. 

Perkhidmatan penstriman ini menyediakan rangkaian kandungan yang pelbagai untuk hiburan seisi keluarga, merangkumi kandungan asal Paramount+ yang baharu dan eksklusif, rancangan terbaik dan filem popular setiap genre daripada jenama dan studio penerbitan Paramount yang terkenal di dunia, termasuk CBS, Comedy Central, MTV, Nickelodeon, Paramount Pictures, SHOWTIME® dan Smithsonian Channel™ yang menawarkan kandungan tempatan dan program antarabangsa eksklusif yang terbaik.

Selain daripada siri STAR TREK: STRANGE NEW WORLDS yang mendapat pujian daripada para pengkritik dan amat dinanti-nantikan serta drama AS, YELLOWSTONE dan filem susulannya, 1883, siri global yang akan tersedia di Paramount+ di Jerman, Switzerland dan Austria merangkumi SUPER PUMPED: THE BATTLE FOR UBER yang mengisahkan tentang salah sebuah syarikat unicorn yang paling berjaya dan inovatif di Silicon Valley; THE OFFER, berdasarkan pengalaman penerbit yang memenangi anugerah Oscar® iaitu Albert S. Ruddy, yang luar biasa dan belum pernah berlaku sebelum ini, dalam menghasilkan "The Godfather," THE MAN WHO FELL TO EARTH yang mengikuti kisah watak makhluk asing baharu yang tiba di Bumi pada ketika berlakunya titik perubahan dalam evolusi manusia dan TULSA KING yang menyaksikan Sylvester Stallone memegang watak sebagai Dwight "Jeneral" Manfredi yang membuka sebuah kedai di Tulsa, Oklahoma tidak lama selepas dia dibebaskan daripada hukuman penjara selama 25 tahun dan disingkirkan daripada kumpulan mafia tersebut oleh ketuanya. Siri ini juga telah pun dipersetujui untuk tayangan musim kedua.

Di samping itu, Paramount+ juga akan memiliki pilihan filem blokbuster baharu susulan pelancaran hiburan rumah dan teater, termasuk filem "Top Gun: Maverick" yang akan tiba dalam perkhidmatan ini pada 22 Disember.

Paramount+ melabur dalam kandungan dan bakat tempatan, dengan pelbagai kandungan asal Jerman yang terbaik seperti DER SCHEICH (The Sheik) (22 Disember), SPOTLIGHT (8 Disember), siri Nickelodeon yang berjaya berkenaan para pelajar lakonan, tarian dan nyanyian yang berbakat di Sekolah Seni Berlin dan SIMON BECKETT'S CHEMISTRY OF DEATH (Januari 2023), sebuah siri jenayah mendebarkan berdasarkan novel terlaris yang popular serta pelbagai lagi.

Marco Nobili, Naib Presiden Eksekutif merangkap Pengurus Besar Antarabangsa Paramount+ mengulas: "Tidak dapat disangkal lagi bahawa tahun 2022 merupakan tahun pengembangan global untuk Paramount+. Dengan pelancaran terkini di Jerman, Switzerland dan Austria serta pelancaran di Perancis pada minggu lepas, kami kini menyediakan perkhidmatan penstriman di pasaran utama di Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Asia, Australia dan tidak lama lagi di India. Melalui tawaran kandungan kami yang tiada tandingan bagi hiburan seisi keluarga yang tersedia di seluruh pasaran yang begitu luas, kami berada pada kedudukan yang baik untuk meneruskan momentum kami pada tahun 2023." 

PERANCANGAN KANDUNGAN YANG MANTAP 

Rangkaian Kandungan Jerman yang Tiada Tandingan 

Berskrip:

DER SCHEICH. Penerbit filem yang memenangi anugerah, Dani Levy menceritakan kisah seorang penipu yang unik. Dalam siri lapan episod ini, seorang lelaki yang berkeluarga iaitu Ringo (Björn Meyer) mengubah dirinya dan menguasai dunia kewangan Zurich dengan berpura-pura sebagai anak luar nikah seorang jutawan dari dinasti Arab - tanpa mempunyai apa-apa tapi hanya berbekalkan pelbagai cerita khayalan rekaannya dan satu penyata bank palsu bernilai $8 bilion. Isteri Ringo, Carla (Petra Schmidt-Schaller) pada masa yang sama terperangkap dalam sebuah rangkaian yang berbahaya yang melibatkan pembohongan, wang dan ketamakan.

Musim keenam SPOTLIGHT, siri Nickelodeon yang berjaya yang mengisahkan tentang para pelajar lakonan, tarian dan nyanyian yang berbakat di Sekolah Seni Berlin. Dalam musim ini, barisan pelakon yang biasa telah ditambah untuk menyertakan watak pelajar-pelajar baharu dan seperti selalunya, ia disokong dengan penampilan bintang-bintang tetamu dari dunia TV, muzik dan pempengaruh seperti penyanyi Lotte dan Madeline Juno, bintang TikTok, JulesBoringLife dan Twenty4Tim serta usahawan, pereka tari dan pengarang, Nikeata Thompson.

SIMON BECKETT'S CHEMISTRY OF DEATH (Januari 2023), sebuah siri jenayah mendebarkan berdasarkan novel terlaris yang popular tentang ahli antropologi forensik, Dr. David Hunter. Hunter yang meninggalkan kerjayanya sebagai seorang polis selepas mengalami satu peristiwa malang, mencari kedamaian dan ketenangan sebagai seorang doktor keluarga di kawasan desa Inggeris. Tetapi apabila sekujur mayat ditemui di dalam hutan, polis tempatan meminta beliau untuk membantu. Pelakon British-Jerman yang membintangi siri ini termasuklah Harry Treadaway sebagai Dr. David Hunter, pelakon Jerman-Perancis, Jeanne Goursaud dan pelakon Jerman, Hardy Krüger Jr.

Sebuah siri filem saspens berkaitan alam sekitar-siber, A THIN LINE (awal 2023) berkisarkan kisah dua beradik kembar remaja, Anna (Saskia Rosendahl) dan Benni (Hanna Hilsdorf) yang menggunakan semua alatan digital milik mereka untuk mendedahkan jenayah terhadap alam sekitar. Apabila mereka menggodam pelayan kerajaan yang menyebabkan serbuan polis dilakukan, Anna yang pemalu telah ditangkap, manakala Benni yang berkarisma pula telah hilang. Tidak lama selepas itu, Anna menerima kunjungan ketua unit polis (Peter Kurth) yang menangani jenayah siber. Apabila beliau mendedahkan bahawa Benni merupakan sebahagian daripada kumpulan pengganas radikal baharu yang melakukan serangan ganas terhadap ahli-ahli politik dan perniagaan, Anna perlu membuat keputusan untuk berpihak di pihak yang mana.

Siri KOHLRABENSCHWARZ (tahun 2023) berdasarkan siri audiodrama misteri dengan tajuk yang sama. Pelakon Michael Kessler yang mencetuskan ilham bersama-sama dengan pengarang Tommy Krappweis, sekali lagi memegang watak utama sebagai pakar psikologi yang baru bercerai iaitu Stefan Schwab yang mengembara ke kaki bukit Alps yang tenang. Namun perkara sebaliknya berlaku yang bertentangan dengan rancangannya, dia tidak menemui kedamaian kerana legenda kuno secara tiba-tiba telah terbangun di sana: Kanak-kanak hilang, "pendosa" dibunuh, legenda kuno menjadi kenyataan.

Tanpa Skrip:

Selain daripada pelbagai pilihan rancangann realiti antarabangsa, Paramount+ akan turut melancarkan sorotan rancangan realiti eksklusif Jerman bermula pada bulan Disember ini. Pada 15 Disember, Paramount+ akan menayangkan episod baharu format realiti MTV yang popular, GERMANY SHORE yang sebelum ini dikenali sebagai Reality Shore. Bintang realiti yang gemarkan parti ini tidak terlibat dengan konflik, tiada sentuhan fizikal dan berusaha dengan bersungguh-sungguh ketika mereka berparti dan bertarung di Croatia yang cerah. Cabaran yang sukar mendorong bintang realiti tersebut untuk mencapai prestasi terbaik mereka serta mengukuhkan ikatan di antara mereka sebagai sebuah keluarga, ketika berlakunya pelbagai peristiwa yang penuh emosi.

Paramount+ untuk Kanak-kanak dan Keluarga

Terdapat juga pelbagai jenis kandungan untuk kanak-kanak dan keluarga seperti BIG NATE, sebuah siri animasi baharu tentang seorang kanak-kanak gred enam yang sentiasa ingin membuktikan kehebatannya kepada dunia; PAW PATROL: THE MOVIE serta 217 episod siri ini, termasuk episod eksklusif baharu dari musim 9; filem utama, SECRET HEADQUARTERS yang dibintangi oleh Owen Wilson dan SONIC THE HEDGEHOG 2; siri animasi Komputer Grafik, STAR TREK: PRODIGY; RUGRATS dan THE FAIRLY ODDPARENTS: FAIRLY ODDER yang diberi nafas baharu, sebuah siri media campuran baharu dengan lakonan hidup dan animasi berdasarkan siri animasi Nickelodeon lama.
Paramount+ turut menawarkan sebuah pustaka bagi kandungan francais untuk kanak-kanak dan keluarga yang paling digemari seperti "SpongeBob SquarePants,""PAW Patrol" dan banyak lagi.

Kandungan asal Paramount+

Filem asal Paramount+ termasuk TULSA KING, dibintangi oleh Sylvester Stallone sebagai 'jeneral' mafia New York yang membuka sebuah kedai di Tulsa, Oklahoma tidak lama selepas dia dibebaskan daripada hukuman penjara selama 25 tahun dan disingkirkan daripada kumpulan mafia tersebut oleh ketuanya; THE OFFER, sebuah siri terhad berdasarkan pengalaman penerbit yang memenangi anugerah Oscar®, Albert S. Ruddy yang luar biasa dan belum pernah berlaku sebelum ini dalam menghasilkan "The Godfather;" dengan Miles Teller, Matthew Goode dan Juno Temple; 1883, filem susulan "Yellowstone" yang sangat dinanti-nantikan daripada Taylor Sheridan yang mengikuti kisah keluarga Dutton ketika mereka memulakan perjalanan ke barat melalui Great Plains menuju benteng terakhir Amerika yang belum diterokai, menampilkan bintang dari Jerman, Marc Rissmann; 1923 yang turut dihasilkan oleh Sheridan, menampilkan Helen Mirren dan Harrison Ford dalam episod seterusnya bagi cerita asal "Yellowstone" yang memperkenalkan generasi baharu keluarga Dutton serta menerokai awal abad kedua puluh; dan HALO, sebuah siri berdasarkan francais Xbox ikonik yang mengisahkan konflik abad ke-26 yang epik antara manusia dan ancaman makhluk asing yang dikenali sebagai Covenant.

Selain itu, Paramount+ merupakan destinasi untuk para peminat "Star Trek" di Jerman, Austria dan Switzerland. Perkhidmatan ini menampilkan STAR TREK: DISCOVERY, yang mengikuti kisah pelayaran Starfleet dalam misi mereka untuk menemui dunia baharu dan bentuk kehidupan baharu, serta seorang pegawai Starfleet yang mesti belajar bahawa untuk benar-benar memahami semua perkara asing, seseorang mesti memahami dirinya terlebih dahulu; dan STAR TREK: STRANGE NEW WORLDS, yang berdasarkan pada tahun-tahun Kapten Christopher Pike mengetuai pimpinan U.S.S. Enterprise. Siri ini akan menampilkan filem kegemaran peminat daripada musim kedua bagi STAR TREK: DISCOVERY, Anson Mount sebagai Kapten Christopher Pike, Rebecca Romijn sebagai Number One dan Ethan Peck sebagai Pegawai Sains, Spock. Siri ini akan mengikuti kisah Kapten Pike, Pegawai Sains, Spock dan Number One pada tahun-tahun sebelum Kapten Kirk menaiki U.S.S. Enterprise, ketika mereka menerokai dunia baharu di sekitar galaksi.

Sorotan eksklusif daripada SHOWTIME® termasuk AMERICAN GIGOLO, yang merupakan imaginasi semula masa kini bagi filem ikonik tahun 1980; SUPER PUMPED: THE BATTLE FOR UBER, menceritakan kisah salah sebuah syarikat gergasi yang paling berjaya dan inovatif di Silicon Valley iaitu Uber; dan THE MAN WHO FELL TO EARTH, berdasarkan novel dan filem ikonik dengan tajuk yang sama, yang mengikuti kisah makhluk asing yang tiba di Bumi pada ketika berlakunya titik perubahan dalam evolusi manusia.

Filem-filem ini menyertai kandungan skrip asal Paramount+ yang diterbitkan melalui kerjasama syarikat penerbitan bebas di pelbagai pasaran antarabangsa. Selain daripada rangkaian skrip Jerman, skrip asal dari seluruh dunia yang diumumkan sebelum ini akan tersedia pada tahun 2023 termasuk SEXY BEAST dan A GENTLEMAN IN MOSCOW dari UK; BOSÉ dari Amerika Latin dan Sepanyol; SINALOA'S FIRST LADY dan ONE MUST DIE dari Mexico.

STRIM SEKARANG 

Bermula pada hari ini, Paramount+ di Jerman, Switzerland dan Austria akan tersedia secara dalam talian di https://paramountplus.de , pada peranti mudah alih dan pelbagai peranti TV terhubung dengan pengedaran melalui Apple, Amazon, Google, Samsung, Roku dan lain-lain.
Para pengguna boleh mendaftar pada harga €7.99 atau CHF12 selepas tempoh percubaan selama 7 hari. Paramount+ akan turut dilancarkan pada platform Sky di Jerman dan Austria pada 8 Disember. Melalui perjanjian ini, para pelanggan Sky dengan Sky Cinema akan mempunyai akses kepada kandungan Paramount+ tanpa kos tambahan, manakala aplikasi Paramount+ akan dilancarkan pada Sky Q. Di kawasan Switzerland yang penduduknya bertutur dalam bahasa Perancis, Paramount+ akan diedarkan secara eksklusif melalui Canal+ sebagai sebahagian daripada tawaran CANAL+ Famille, CANAL+ Ciné Séries dan CANAL+ La Totale.

Tentang Paramount+
Paramount+ ialah sebuah perkhidmatan penstriman video langganan digital global daripada Paramount yang menampilkan 'segunung' hiburan premium untuk khalayak daripada pelbagai peringkat usia. Di peringkat antarabangsa, perkhidmatan penstriman ini menampilkan sebuah pustaka siri asli, rancangan terbaik dan filem popular yang meluas merentasi pelbagai genre daripada jenama dan studio penerbitan yang terkenal di dunia, termasuk SHOWTIME®, CBS, Comedy Central, MTV, Nickelodeon, Paramount Pictures dan Smithsonian Channel™, selain daripada tawaran kandungan tempatan utama yang mantap. Perkhidmatan tersebut kini disiarkan di A.S., Kanada, U.K., Australia, Amerika Latin, Caribbean, Perancis, Itali, Ireland, Jerman, Austria, Switzerland dan Korea Selatan. 

Untuk maklumat lanjut tentang Paramount+, sila layari www.paramountplus.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1956021/Paramount_Plus_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Paramount Global
Related Stocks:
NASDAQ:PARA NASDAQ:PARAA
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Television Corporate Expansion New products/services