omniture

TerraPay memenangi anugerah 'Penggunaan data terbaik' dalam acara Banking Tech Awards 2022 yang berprestij

TerraPay
2022-12-09 22:12

LONDON, 9 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Banking Tech Awards yang terkenal telah mengurniakan anugerah 'Penggunaan Data Terbaik' tahun 2022 kepada TerraPay, sebuah syarikat infrastruktur pembayaran global yang terkemuka. Sepanjang 23 tahun yang lalu, Banking Tech Awards (Anugerah Teknologi Perbankan) telah mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan dan inovasi penggunaan IT dalam perkhidmatan kewangan di seluruh dunia serta individu yang berjaya merealisasikannya.

Anugerah 'Penggunaan Data Terbaik' mengiktiraf komitmen TerraPay dalam membangunkan penyelesaian pembayaran yang inovatif untuk rakan kongsi serta memperkasakan mereka dengan kecekapan, keselamatan, ketelusan dan kuasa data. Pada bulan Julai 2021, TerraPay telah mengasaskan sebuah fungsi Analitik yang khusus dan serba lengkap. Sepanjang satu setengah tahun yang lalu, syarikat ini telah melaburkan sejumlah modal yang besar dalam fungsi ini untuk melaksanakan pelaporan dan kes penggunaan analitik yang kompleks yang telah meningkatkan skala dan kualiti dalam logik membuat keputusan, menambah baik pembangunan produk baharu dan membantu membina kepemimpinan berwibawa.

"Kami benar-benar teruja dan berbesar hati kerana telah diiktiraf oleh Banking Tech Awards yang amat dikagumi ini atas usaha berterusan kami dalam membangunkan penyelesaian pembayaran yang inovatif,"  kata Encik Ambar Sur, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TerraPay. " Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Analitik TerraPay atas pelbagai usaha yang telah mereka lakukan demi mencapai matlamat TerraPay. Kami teruja menantikan inovasi kami yang berterusan dalam industri teknologi kewangan sambil berusaha merapatkan jurang pembayaran digital," tambah beliau.

Mengulas tentang penghargaan tersebut, Encik Saransh Verma, Pengarah Analitik TerraPay berkata, "Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Banking Tech Awards kerana memberi penghargaan ini kepada kami. TerraPay memulakan perjalanan Analitik pada bulan Julai 2021 dengan matlamat untuk meningkatkan produktiviti, melancarkan proses membuat keputusan yang dipacu data di seluruh TerraPay dan memperkasakan rakan kongsi dengan cerapan yang membantu dalam pertumbuhan perniagaan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi kami dan seluruh pasukan TerraPay kerana sokongan mereka telah mendorong kami mencapai objektif dalam fungsi analitik."

Banking Tech Awards dimiliki oleh FinTech Futures, sumber berita dan analisis yang muktamad bagi sektor teknologi kewangan global. Anugerah ini ditentukan oleh barisan panel hakim yang terdiri daripada para penganalisis dan telah diumumkan pada majlis penganugerahan di Hotel Royal Lancaster di London.

Tentang TerraPay 

TerraPay yang mempunyai ibu pejabat di United Kingdom, percaya bahawa pembayaran terkecil juga berhak menjalani proses pemindahan tanpa sempadan yang selamat sebagaimana yang diperolehi pembayaran terbesar. Syarikat ini telah membina laluan utama pembayaran yang sentiasa berkembang yang memperkasakan perniagaan untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang telus dengan laluan global masa nyata yang lancar dan selamat untuk setiap pembayaran, sama ada kecil atau besar. Dilesen dan diluluskan di seluruh 26 pasaran global, syarikat-syarikat TerraPay merupakan rakan kongsi global terkemuka kepada bank, dompet mudah alih, pengendali pemindahan wang, pedagang dan institusi kewangan yang mewujudkan ekosistem pembayaran antarabangsa yang lebih luas dan inklusif. Dengan akses kepada satu infrastruktur pembayaran yang boleh didapati di seluruh dunia, rakan kongsi syarikat ini menjadi simbol kepada ikrar rangkuman kewangan global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari terrapay.com

Anwesha Mukherjee
anwesha@terrapay.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1964305/Banking_Tech.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1222771/TerraPay_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: TerraPay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Awards Data Analytics Financial Technology