omniture

SX GLOBAL MENGUMUMKAN KALENDAR SEMENTARA TAHUN 2023 UNTUK ENAM ACARA KEJOHANAN SUPERCROSS DUNIA FIM

FIM World Supercross Championship
2022-12-09 23:58

Dalam Usaha Memenuhi Janjinya untuk Membawa Supercross Global kepada Para Peminat di Seluruh Dunia, SX Global Mengesahkan Pusingan Kejohanan WSX untuk Australia, UK, Perancis, Jerman, Kanada dan Asia Tenggara 

QUEENSLAND, AUSTRALIA, 9 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Selepas kejayaan besar dua acara rintis pada tahun 2022 yang menyaksikan lebih 85,000 orang peminat menikmati aksi permotoran supercross bertaraf dunia di Cardiff, Wales dan Melbourne, Australia, SX Global hari ini mengumumkan enam buah acara untuk Kejohanan Supercross Dunia FIM (WSX) 2023. Jadual 2023 ini akan mengembangkan jejak global kejohanan ini dengan mengadakan pusingan Kejohanan yang ditetapkan oleh FIM di Perancis, Jerman dan Kanada, serta turut kembali ke Australia dan UK. Kejohanan ini juga akan diperluaskan ke Asia Tenggara, di mana lokasi sebenarnya akan diumumkan dalam masa terdekat.  


"Adalah amat menggembirakan untuk melihat visi kami dalam membentuk sebuah kejohanan sukan supercross yang benar-benar bersifat global semakin hampir digapai. Walaupun kami bercita-cita tinggi, matlamat kami adalah jelas untuk menaikkan supercross kepada khalayak global melalui sebuah kalendar acara yang benar-benar bersifat antarabangsa, dengan mengunjungi pelbagai destinasi yang mempunyai pangkalan peminat yang kukuh dan bersemangat serta mengunjungi rantau baharu di mana supercross boleh berkembang dan maju," kata Ketua Pegawai Eksekutif SX Global, Adam Bailey. "Kami percaya jadual 2023 ini dapat memenuhi janji-janji ini, namun ia hanyalah satu permulaan. Kami mempunyai lebih banyak ruang untuk berkembang di rantau-rantau di seluruh dunia yang teruja untuk menyaksikan persembahan yang luar biasa ini secara langsung. Kami baru sahaja bermula bagi melaksanakan pelan jangka panjang kami untuk WSX."

Pengarah Suruhanjaya Motocross FIM, En. Antonio Alia Portela berkata, "Selepas kejayaan musim sulungnya pada tahun 2022, SX Global kini membawa Kejohanan WSX FIM ke negara-negara baharu. Kejohanan Dunia Supercross memasuki era baharu yang akan menyaksikan siri ini berkembang ke negara-negara dan tempat-tempat di seluruh dunia yang dapat menggembirakan ramai peminat-peminatnya. Ini hanyalah satu permulaan dan kami yakin bahawa lebih banyak negara akan menyertai Kejohanan ini dalam masa terdekat."

WSX akan membawa pengalaman rintisnya dalam sukan supercross kembali ke UK, di Villa Park, Birmingham untuk pusingan pembukaan pada 1 Julai nanti. Kejohanan ini kemudiannya akan merentasi lautan menuju ke Perancis untuk pusingan kedua pada 22 Julai di Stadium Groupama di Lyon-Décines. Siri kejuaraan ini akan menuju ke Asia Tenggara pada 30 September sebelum menuju ke Dusseldorf, Jerman pada 14 Oktober di Merkur Spiel Arena. Pada 28 Oktober pula, WSX akan berada di Kanada di BC Place di Vancouver dan sekali lagi, peringkat akhir siri ini akan berlangsung di Melbourne, Australia di Stadium Marvel pada 24 dan 25 November.

"Musim kejuaraan rintis kami ini direka untuk menguji apa yang mungkin untuk dilakukan dan membuktikan bahawa sukan supercross mempunyai permintaan yang kukuh daripada para peminat di negara-negara di seluruh dunia yang sebelum ini kurang diberi perhatian," kata Bailey. "Sambutan dan kehadiran peminat yang luar biasa untuk acara di Cardiff dan Melbourne ini memperkukuhkan bahawa naluri kami sememangnya betul dan kami kini dikuasakan oleh momentum dan minat yang tinggi daripada bandar-bandar, penganjur, penyiar dan penaja yang mana semuanya ingin menjadi sebahagian daripada kejohanan global baharu ini. Kami teruja untuk terus mempamerkan sukan yang luar biasa ini kepada para peminat di seluruh dunia".

Untuk maklumat lanjut tentang jadual WSX 2023 yang akan datang, sila layari www.wsxchampionship.com dan mendaftar untuk mendapatkan surat berita WSX atau ikuti WSX di Facebook dan Instagram.

Tentang Kejohanan Supercross Dunia FIM
Kejohanan Supercross Dunia FIM (WSX) ialah sebuah platform hiburan dan kejohanan perlumbaan motosikal global terbaharu di dunia. Dengan membawa atlet sukan supercross terbaik di dunia ke bandar-bandar dan stadium ikonik di seluruh dunia, WSX berjanji untuk menawarkan peluang kepada berjuta-juta peminat supercross untuk menyaksikan dan merasai pengalaman sebuah kejohanan global. Format WSX ini akan memperkenalkan sebuah gabungan unik perlumbaan kejohanan, persembahan muzik secara langsung dan hiburan untuk semua peringkat umur dan latar belakang kepada berjuta-juta peminat baharu. Sebelum ini, Kejohanan Supercross Dunia FIM telah terikat secara geografi kepada Amerika Syarikat, walau bagaimanapun dengan usaha rintis oleh para pemegang hak komersial siri ini, SX Global berjanji untuk memartabatkan Supercross kepada sukan permotoran yang benar-benar global buat pertama kalinya dalam sejarah.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1964358/WSX_2023Map_061222_16x9_2__95.jpg?p=medium600

 

 

Source: FIM World Supercross Championship
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports