omniture

Hisense CES Lancarkan TV ULED Generasi Seterusnya bagi Menyaingi TV OLED

Hisense Group
2014-01-10 05:49 119

QINGDAO, China, 10 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Pada 8 Januari lalu, berita daripada CES 2014 mendedahkan Hisense dengan rasminya telah melancarkan HDTV Ultra 4K Siri "U-LED" generasi seterusnya. Produk ULED menggunakan teknologi "enjin pemandangan" bebas Hisense dengan prestasi berkualiti yang setanding dengan OLED. TV ULED Hisense dijadualkan untuk dikeluarkan secara besar-besaran di China menjelang penghujung Februari tahun ini.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140109/CN39889 )

Di Tapak Pameran Hisense di Dewan Utama CES, Hisense menjalankan ujian perbandingan prestasi lapangan antara TV OLED dan TV ULED Hisense serta menjemput penilaian daripada pakar industri, bagi meningkatkan lagi minat terhadap produk tersebut dalam kalangan pengunjung. Perbandingan produk ini menunjukkan ULED Hisense mempunyai prestasi skrin yang jauh lebih baik daripada segi perincian pemandangan, dengan penghasilan semula warna dan kelancaran skrin yang setanding dengan OLED.

TV ULED generasi seterusnya Hisense telah mengaplikasikan teknologi enjin pemandangan lalu mencapai nisbah kontras imej sejuta kepada satu melalui kawalan cahaya latar yang teliti dan inovasi dalam algoritma imej video yang berjaya mengubah prestasi warna dan tindak balas kelajuan dengan baik sekali di samping membawakan kualiti imej video LED kepada tahap yang lebih baik. Hisense, menerusi pacuan inovatif bebasnya telah mencapai beberapa kejayaan utama dalam teknologi TV LCD dengan cahaya latar LED dan turut mengemukakan berdozen-dozen paten ciptaan Cina. Syarikat tersebut telah pun menerima dua paten antarabangsa.

Dr. Liu Weidong yang bertanggungjawab terhadap pembangunan produk ULED Hisense telah mendedahkan pada tahun 2014, Hisense merancang untuk terus mempertingkatkan dan mempromosikan dengan lebih komprehensif teknologi "enjin pemandangan" serta memperkaya rangkaian produk U-LED bagi memenuhi permintaan pasaran di serata dunia.

Source: Hisense Group
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services Trade show news