omniture

National Bonds di UAE memilih iMAL Azentio untuk meningkatkan kecekapan operasi dan menyokong strategi pertumbuhannya

Azentio Software Pvt Ltd
2022-12-12 15:56

SINGAPURA, 12 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Azentio Software ("Azentio"), sebuah firma teknologi yang beribu pejabat di Singapura dengan pemilikan dana yang diuruskan oleh Apax Partners, hari ini mengumumkan bahawa National Bonds, syarikat simpanan dan pelaburan patuh Syariah yang terkemuka di UAE dan dimiliki oleh Perbadanan Pelaburan Dubai, telah memilih iMAL, penyelesaian Perbankan Islam Azentio yang terkemuka di pasaran, bagi membantu usaha menambah baik kecekapan proses, meningkatkan kawalan dalaman dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang luar biasa sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan National Bond yang bercita-cita besar. 

iMAL Azentio ialah sebuah platform perbankan dan kewangan Islam digital yang terkemuka dalam industri dan merupakan yang pertama mendapat pentauliahan daripada AAOIFI (Pertubuhan Perakaunan & Pengauditan untuk Institusi Kewangan Islam). Platform yang boleh ditingkatkan, fleksibel dan seragam daripada syarikat ini akan memberikan ketangkasan perniagaan yang diperlukan oleh National Bond serta membolehkan syarikat tersebut memenuhi syarat pematuhan Syariah, memastikan pelancaran produk dan perkhidmatan Islam yang lebih pantas, selain menyediakan perkhidmatan pelanggan yang boleh dijadikan teladan. Platform ini akan memastikan bahawa pelbagai tugas dapat diautomasikan dengan lancar, membolehkan konfigurasi tanpa memerlukan keupayaan pemprograman tambahan serta memberikan inovasi dan nilai kepada setiap pengguna dalam sistem ini dengan kadar kerumitan yang kurang.

Mohammed Qasim Al Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan National Bond  berkata, "Teknologi telah membawa perubahan besar dalam dunia kewangan. Di National Bonds, kami menyedari akan pentingnya menggunakan teknologi canggih kerana ia bukan sahaja membantu kami menambah baik proses dalaman malah turut mempercepat perjalanan kami ke pasaran dan memantapkan kedudukan kami dalam pasaran secara keseluruhan. Kerjasama kami dengan Azentio merupakan satu lagi langkah dalam perjalanan inovasi kami dan dengan adanya penyelesaian Perbankan Islam Azentio, kami berharap dapat memacu transformasi yang berjaya dengan prestasi operasi yang lebih baik yang akan memberi manfaat kepada para pekerja dan pelanggan kami serta pihak berkepentingan di luar organisasi kami."

Tony Kinnear, Ketua Pegawai Eksekutif Azentio Software  mengulas, "Azentio berbesar hati dapat bekerjasama dengan National Bonds dan menyokong inisiatif kerajaan UAE untuk terus mengukuhkan sektor kewangan di negara ini. Kami yakin bahawa pemilihan penyelesaian iMAL Azentio ini akan membantu National Bonds menyesuaikan keperluan pelanggan untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan syariah yang inovatif dan sentiasa berubah dengan pantas serta menawarkan mutu perkhidmatan yang unggul."

Tentang Azentio Software 

Azentio menyediakan produk perisian misi kritikal kepada bank konvensional dan Islamik, penyedia perkhidmatan kewangan dan syarikat insurans di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika dan India. Ia juga menyediakan penyelesaian ERP kepada perusahaan pasaran pertengahan.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1712686/Azentio_Software_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Azentio Software Pvt Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Contracts New products/services Financial Technology