- Pertumbuhan ekonomi global dijangka merangsang perdagangan tahun baharu
GUANGZHOU, China, 13 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Walaupun perangkaan kehadiran dan perdagangan bagi kedua-dua Pesta Canton pada tahun 2013 secara umumnya adalah stabil berbanding tahun sebelumnya, pandangan ekonomi global yang lebih baik menandakan acara perdagangan paling berprestij oleh China ini akan menjadi lebih cerah pada tahun 2014. Kaji selidik telah dihantarkan kepada lebih 600 syarikat yang mengambil bahagian, menunjukkan lebih separuh daripadanya yakin dengan tahun perdagangan yang kian bertambah dengan Pesta tersebut terus memainkan peranan utamanya.
Pesta Canton dilihat sebagai barometer bagi penilaian ekonomi penduduk di China secara umumnya. Walaupun masalah berterusan berkaitan permintaan global yang semakin berkurangan, perdagangan asing China kelihatannya telah berjaya mengatasi cabaran pada tahun 2013 dengan baik sekali. Menurut sumber kerajaan, perdagangan asing China telah meningkat sebanyak 9.3% tahun demi tahun pada bulan November dengan eksport sehingga 12.7% sehingga lebih AS$ 200 bilion. Ini dijangka akan menggalakkan pertumbuhan perdagangan tahunan bagi tahun 2013, agar menghampiri sasaran 8% Beijing.
Perdagangan asing China diramalkan akan mengekalkan pertumbuhan yang menggalakkan pada tahun ini dengan pertambahan tidak kurang pencapaiannya pada tahun 2013. Dengan perdagangan dijangka mencapai rekod setinggi AS$ 4 trilion pada tahun 2014, China akan menjadi negara perdagangan paling besar di dunia dari segi jumlah buat julung kalinya.
Dari segi persekitaran perdagangan antarabangsa pula, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) kedua-duanya meramalkan ekonomi global akan bertambah sehingga 3.6% pada tahun ini berbanding 3% pada tahun 2013.
Pertumbuhan ekonomi Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) membantu menyokong pertumbuhan eksport China dengan pertumbuhan ini dijangka akan berterusan pada tahun ini. Didorong oleh pertumbuhan ekonomi di AS, sehingga 4.1% tahun demi tahun pada suku ketiga tahun 2013, eksport permainan China ke Amerika turut meningkat sebanyak 5.5% kepada AS$ 2.95 bilion dalam tempoh tiga suku pertama tahun 2013 di samping eksport permainan ke EU yang turut meningkat dalam tempoh yang sama.
Para pengeksport China sangat yakin dengan keadaan ekonomi semasa. Dalam kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini terhadap lebih 500 pengeksport, lebih dua pertiga daripada mereka menjangkakan memperoleh hasil perdagangan pada separuh pertama tahun 2014 yang menandakan pertumbuhan tahun demi tahun. Walau bagaimanapun, keadaan turun naik perdagangan yang tidak menentu, renminbi yang kian meningkat nilainya dan kos pengeluaran yang meningkat kekal sebagai kebimbangan berterusan.
Para penganjur Pesta Canton kini amat menantikan kehadiran kesemua peserta acara ini pada Musim Bunga dan Musim Luruh yang merupakan permulaan terbaik bagi pasaran yang kian menguntungkan di China.
Bagi maklumat lanjut, sila layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp