GURUGRAM, India, 13 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Shipsy, penyedia pengurusan logistik pintar berasaskan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS), baru-baru ini mengumumkan pembelian semula ESOP (Pelan Pemilikan Saham Pekerja) pertamanya. Pembelian semula ini dibuka kepada semua pekerja sepenuh masa Shipsy yang sedia ada serta telah melengkapkan pekerjaan secara sepenuh masa dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun. Pelabur peringkat awal Shipsy telah menyedari akan nilai yang tinggi dalam urus niaga kedua serta urus niaga pembelian semula saham organisasi ini dalam tempoh setahun setengah yang lalu.
Shipsy memuktamadkan kadar pertumbuhan sebanyak 2.5 kali ganda tahun ke tahun. Ia mencatatkan pertumbuhan pendapatan berulang sebanyak lebih 100% dan mengembangkan pangkalan pelanggannya sebanyak 75% pada tahun lalu. Untuk meningkatkan operasinya, penyedia SaaS ini sedang menambah bilangan pekerjanya dan melantik bakat terbaik dari seluruh dunia, dengan pantas. Dalam tempoh kurang daripada tujuh tahun, bilangan tenaga kerja Shipsy telah melebihi 350 orang. Selain itu, untuk memastikan penerimagunaan teknologinya yang pantas di seluruh dunia, Shipsy bekerjasama dengan penyepadu sistem global, syarikat teknologi terkemuka dan penyedia perisian bebas.
"Kami telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa sejak beberapa tahun yang lalu. Kejayaan kami merupakan gabungan usaha semua kakitangan kami di Shipsy dan meraikan kejayaan ini bersama-sama merupakan sebahagian daripada budaya kerja kami. Kami melanjutkan pilihan pembelian semula saham ini untuk memberikan kenangan manis kepada para pekerja kami dan ahli keluarga mereka yang telah menjadi rakan kongsi yang konsisten dalam membantu kami mencapai kejayaan. Ini merupakan satu cara untuk menghargai para pekerja kami atas nilai yang mereka hasilkan kepada syarikat ini," kata Soham Chokshi, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Shipsy.
Penyedia pengurusan logistik pintar berasaskan SaaS yang terkemuka ini telah mengumpul dana sebanyak USD25 juta pada awal tahun ini daripada A91 Partners dan Z3 Partners, serta pelabur sedia ada iaitu Info Edge dan Sequoia Capital India's Surge, menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaannya kepada hampir 33 juta.
Selain India, syarikat ini juga mempunyai ibu pejabat dan penampilan yang kukuh di Timur Tengah dan Asia Tenggara, serta merancang untuk menubuhkan pejabat di Amerika dan Eropah tidak lama lagi. Ia mempunyai visi untuk menjadi platform de-facto di seluruh dunia agar setiap bungkusan yang dihantar ke negara-negara di seluruh dunia atau secara domestik dalam negara dikuasakan oleh teknologi Shipsy.
Shipsy merupakan rakan teknologi pilihan untuk lebih 220 syarikat di seluruh dunia, termasuk sebuah syarikat gergasi Fortune 100, pengeluar petrokimia terbesar di dunia, rantaian piza yang paling digemari, penyedia perdagangan runcit pantas yang terkemuka, pengeluar dan pengedar produk manisan terbesar di dunia, penyedia khidmat penghantaran kurier, ekspres dan bungkusan yang terkemuka di Asia serta banyak lagi syarikat-syarikat terkemuka yang lain. Ia membantu dalam pembelian pengangkutan bernilai lebih USD2 bilion setiap tahun dan mengoptimumkan pergerakan lebih 70 juta bungkusan setiap bulan melalui platformnya.
Tentang Shipsy:
Shipsy membolehkan perniagaan di seluruh dunia membina operasi logistik dan rantaian bekalan yang berdaya tahan, terhubung, tangkas, lestari dan autonomi. Platform pengurusan logistik pintarnya memperkasakan perniagaan dalam mengurangkan kos operasi yang ketara, mengurangkan jejak karbon, meningkatkan pengalaman pelanggan, memacu produktiviti penghantaran dan pergerakan pengangkutan rentas sempadan yang lancar. Pasukan Shipsy dengan kakitangan seramai lebih 350 orang yang berpangkalan di luar India, Dubai dan Indonesia memberikan perkhidmatan kepada lebih 220 pelanggan di seluruh dunia. Shipsy menjejak lebih 650,000 kontena setiap bulan, membeli pengangkutan bernilai lebih USD2 bilion setiap tahun, menghantar lebih 70 juta bungkusan setiap bulan dan mempunyai lebih 100,000 kumpulan pelanggan bulanan yang diperkasakan oleh teknologi. Dari perspektif yang lebih luas, Shipsy bersepadu dengan lebih 60 buah syarikat perkapalan utama, lebih 100 buah syarikat logistik pihak ketiga, lebih 300 syarikat pengangkutan, lebih 50 ejen kastam dan satu rangkaian penghantar global yang terdiri daripada lebih 20,000 syarikat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami, sila layari www.shipsy.io.
Hubungan Media:
arjun.alva@shipsy.io
+91-9986484287
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1965326/Shipsy_Logo.jpg?p=medium600