omniture

Kumpulan pemikir menyeru inovasi dalam penyumberan mineral dan logam yang bertanggungjawab di seluruh Afrika, Asia Barat dan Asia Tengah

Future Minerals Forum
2022-12-13 18:59

Rakan usaha sama Forum Mineral Masa Depan (FMF) iaitu Development Partner Institute (DPI) dan Clareo, bersama- sama mengeluarkan kertas kerja baharu yang meyakinkan dengan fokus ke arah kepentingan mendapatkan bekalan mineral yang bertanggungjawab. Mereka menyeru kepada pendekatan berbilang sektor dan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, serta menekankan peranan yang mesti dimainkan oleh Arab Saudi serta wilayah yang lebih luas termasuk Afrika, Asia Barat dan Asia Tengah untuk menerajui inovasi. 

RIYADH, Arab Saudi, 13 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Menjelang edisi kedua Forum Mineral Masa Depan (FMF) tahun 2023 yang dijadualkan berlangsung antara 10 hingga 12 Januari di Riyadh, Development Partner Institute dan Clareo menyeru industri untuk memaksimumkan dan membangunkan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkepentingan. Kertas kerja yang diusahakan bersama-sama ini menekankan keperluan terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang seragam bagi menangani kebimbangan utama, termasuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mendorong ke arah pewujudan ekonomi yang bebas daripada bahan api fosil.

Dengan lebih 600 peruntukan pelaporan ESG yang dibentuk di seluruh dunia, DPI dan Clareo menekankan kepentingan usaha-usaha yang dilakukan di peringkat organisasi seperti Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa (ISSB) yang diumumkan di COP26 pada tahun lalu.

Organisasi tersebut mendesak agar industri perlombongan menerima pendekatan yang universal namun fleksibel dengan mengguna pakai standard antarabangsa namun pada masa yang sama, tetap mengambil kira faktor-faktor tempatan. Model ini memberikan penjelasan yang lebih baik terhadap masalah yang digelar "kesukaran pelaporan ESG semasa".

DPI dan Clareo menekankan peranan yang kini boleh dimainkan oleh Arab Saudi untuk menyokong pembentukan satu set prinsip yang diterima pakai secara universal yang dapat menyokong penyumberan mineral yang mencukupi, berpatutan, selamat dan dilakukan secara bertanggungjawab.

Mereka berpendapat bahawa dengan sokongan dan penglibatan yang besar dalam isu-isu ini, Arab Saudi mempunyai kedudukan yang penting untuk memupuk kepercayaan antara kerajaan, komuniti dan syarikat perlombongan. Mereka mengenal pasti tiga bidang khusus di mana Arab Saudi berupaya untuk memberi impak terbesar.

Peter Bryant, Pengerusi Development Partner Institute dan Clareo (khusus untuk inovasi ESG) menyimpulkan dalam kertas kerja tersebut:

"Menangani cabaran ini memerlukan anjakan minda, pelaburan dalam inovasi dan yang paling penting, pendekatan pelbagai pihak berkepentingan dengan mengambil kira matlamat dan insentif setiap pihak yang terlibat dalam rantaian nilai."

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila muat turun laporan lengkap melalui pautan berikut https://bit.ly/3iSwWN2

Omar Shereen, omar.shereen@fleishman.com, +966 50 663 0489

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1966565/Future_Minerals_Forum_Logo.jpg?p=medium600

   

 

Source: Future Minerals Forum
Keywords: Mining/Metals Publishing/Information Service Conservation/Recycling Survey, Polls & Research