NEW YORK, 13 Disember 2022 /PRNewswire/ -- U.S. Immigration Fund (USIF), sebuah Pusat Serantau EB-5 yang diluluskan oleh USCIS, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pinjaman USIF 855 Avenue of the America bernilai USD80 juta telah dibayar sepenuhnya oleh peminjam. 855 Avenue of the Americas ialah bangunan bercampur 41 tingkat, tertumpu kepada kediaman yang merentasi di sepanjang blok barat 6th Avenue antara 30th dan 31st Streets. Terletak di salah satu alamat yang paling dicari-cari di Manhattan, bangunan ini menghadap ke tiga pasaran kediaman dan perniagaan yang sibuk yang merangkumi kejiranan seperti NoMad, Chelsea dan Hudson Yards.
"Ini merupakan satu lagi kejayaan besar bagi para pelabur EB-5 kami dan keluarga mereka yang melabur dalam projek 855 Avenue of the Americas," kata Nicholas Mastroianni, III, Presiden USIF. "Selama lebih sedekad, kami cukup bernasib baik untuk menawarkan para pelanggan kami dan keluarga mereka tawaran pelaburan berkualiti tinggi yang pernah wujud dalam industri EB-5, yang menghasilkan pulangan kepada pemastautin tetap yang berjaya untuk lebih 5,000 pelanggan serta ahli keluarga mereka dan pulangan modal ke atas pelaburan mereka. Ia merupakan suatu penghormatan besar bagi Pusat Serantau EB-5 kami untuk menaja Projek 855 AOA dan bekerjasama dengan setiap keluarga dalam mencapai impian kehidupan mereka di Amerika."
Dibangunkan oleh salah sebuah firma yang paling berprestij di New York, 855 Avenue of the America terdiri daripada kediaman EOS, termasuk 375 buah pangsapuri sewa mewah dan 127,000 kaki persegi ruang pejabat Kelas A yang telah dipajak sepenuhnya oleh Nike sejak tahun 2015. Selain itu, 57,000 kaki persegi ruang peruncitan premium aras jalan telah dipajak sepenuhnya kepada Nordstrom Rack yang telah dibuka pada tahun 2017.
U.S. Immigration Fund telah berjaya membiayai projek hartanah berkualiti pelbagai saiz dengan nilai antara USD15 Juta hingga lebih USD1 Bilion dan telah memainkan peranan penting dalam menyelesaikan beberapa projek EB-5 yang paling dikenali yang pernah disiapkan. USIF menjadi Pusat Serantau "pertama" yang diiktiraf oleh 18 buah institusi kewangan utama termasuk J.P. Morgan, Goldman Sachs dan Blackrock. "Mengekalkan hubungan rakan kongsi yang kukuh dalam industri EB-5 adalah penting kepada kejayaan kami sebagai sebuah pusat serantau dan kepada semua pelabur kami. Dengan memainkan peranan penting dalam industri ini, kami berbesar hati untuk terus menetapkan standard pelaburan dan amalan terbaik – kami terus membezakan diri kami daripada para pesaing untuk membantu para pelabur kami mencapai impian mereka untuk menempatkan diri di Residensi A.S.," simpul Nick Mastroianni, II, Pengerusi U.S. Immigration Fund.
Para pelabur yang berminat dalam Program Visa EB-5 kini boleh melanggan tawaran semasa USIF yang berkelayakan di bawah Program EB-5 yang baharu. USIF telah mempelbagaikan peluang pelaburan yang tersedia bermula daripada projek USCIS yang diluluskan terlebih dahulu hingga kepada projek yang menawarkan pembiayaan pelabur EB-5 di mana para pelanggan hanya perlu melabur sebanyak USD500,000 sementara baki sebanyak USD300,000 diperoleh melalui pembiayaan. Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut.
KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT SAMA ADA ANDA LAYAK UNTUK PROGRAM PUSAT SERANTAU EB-5
INI BUKAN SATU TAWARAN UNTUK MENJUAL SEKURITI. Maklumat yang terkandung dalam siaran ini bukan merupakan satu tawaran untuk menjual sekuriti atau pengumpanan tawaran untuk membeli sekuriti dan tidak akan ada jualan sekuriti di mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, pengumpanan atau penjualan sedemikian adalah tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan mengikut undang-undang sekuriti mana-mana bidang kuasa tersebut.
Hubungan Media: info@usifund.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1884862/USIF_Logo.jpg?p=medium600